Selepas dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), pengacara, Maria Tunku Sabri berkongsi keadaan terkininya buat tatapan para keluarga dan sahabat handai.
Menurut Maria, bacaan oksigen dan darahnya kini dilaporkan telah kembali normal namun, keadaan kuman yang terdapat di dalam salur darahnya dikatakan sedang berada ditahap yang membimbangkan.
Katanya lagi, dia juga mahu memanfaatkan setiap waktunya di pusat kuarantin untuk berehat agar proses pemulihannya dapat berjalan dengan lancar.
“Assalamualaikum Keluarga dan Sahabat yang saya kasihi. Maafkan saya tiada posting khabar berita dari saya didalam MAEPS sebab saya nak rehat dan pulihkan sakit yang kita tak nampak sebab dalaman luaran badan nampak susut apa nak buat sakitkan.
“Bacaan oxygen dan darah tinggi normal cumanya kuman dalam darah semakin mengganas,” tulisnya.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh bekas pengacara program, Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Maria turut membuat permohonan maafnya andai dia pernah menyakiti hati mana-mana pihak sebelum ini.
“Saya Maria Tunku Sabri mohon maaf jika saya ada salah dan silap dengan sesiapa sahaja. Halalkan makan minum saya selama ini ya. Baiklah saya nak berehat ya semua sejujurnya saya rasa dah letih dan penat sangat,” kongsinya lagi.
Menerusi video berdurasi hampir dua minit itu, Maria dilihat berada di dalam keadaan yang agak lemah dan memerlukan rehat yang banyak.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menzahirkan rasa risau selain turut menitipkan kata-kata semangat buat Maria.
“Sis Maria, stay strong sis. Banyak plan kita belum buat ni,” kata Sharifah Shahora
” I know you are too strong to fight for it, kami mendoakan semuga you all cepat sembuh okay. We love you,” tulis Didie Alias.
“Ya allah kakak! I’m so sorry I just found out! I doakan you cepat sembuh kakak,” luah Catriona Ross.
Jumaat lalu, MH telah melaporkan mengenai keadaan Maria yang terpaksa dibawa menaiki ambulans ke Maeps, selepas tahap kesihatannya dilaporkan menurun akibat jangkitan wabak Covid-19.
Sumber: Instagram Maria Tunku Sabri