“Sejujurnya Tak Terfikir Pun…,” – Aiskrim ‘Nasi Lemak’ Awal Ashaari & Scha Alyahya, Idea Hebat & Kreatif!

Share

Sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lengkap tanpa juadah istimewa untuk disajikan pada pagi raya bagi santapan seisi keluarga.

Malah, selepas dua tahun tidak dapat meraikan hari raya dengan penuh kemeriahan, 1 Syawal kali ini pastinya tidak sabar dinantikan.

Bukan saja dapat pulang ke kampung halaman dan menziarahi sanak saudara, rakan taulan, tapi satu perkara yang pasti tidak boleh dilupakan adalah hidangan dan masakan.

Dan bagi menambahkan kegembiraan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, jenama aiskrim terkenal Crème De La Crème memperkenalkan ais krim ‘Nasi Lemak’.

Menerusi kreativiti dan inovatif, aiskrim unik ini dihasilkan daripada 100% aiskrim asli.

Lebih menarik, pencuci mulut ini turut menampilkan jenama sambal milik pasangan selebriti, Scha Alyahya dan Awal Ashaari iaitu Schambal bagi memberikan pengalaman yang lebih sedap dan menyelerakan.

Bagi Awal Ashaari, kerjasama yang terjalin antara Schambal dan Crème De La Crème sesuatu yang istimewa dan di luar kotak fikiran. 

“Sejujurnya tak terfikir pun bagaimana pencuci mulut aiskrim boleh ‘diubah’ dan dihasilkan jadi hidangan nasi lemak.

“Menu itu diakui menjadi kegemaran dan pilihan orang ramai. Bagi saya ini sesuatu yang hebat dan betul-betul kreatif.

“Apabila cadangan untuk berkolaborasi dengan jenama Schambal, pada saya ia menambahkan lagi keenakan Nasi Lemak Crème De La Crème ini. Nasi lemak tanpa sambal memang tak bermakna.

“Jadi dengan adanya Schambal ini melengkapkan lagi hidangan istimewa ini,” kata bapa kepada dua cahaya mata ini.


Terdahulu, Schambal yang dilancarkan lebih setahun lalu di bawah jenama Amina Food itu terhasil selepas Scha Alyahya yang mengidam makanan pedas ketika hamil anak kedua mereka, Lyla Amina.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH