Usahawan dan selebriti popular tanah air, Neelofa hari ini mengumumkan pertubuhan kebajikan pertamanya, Pertubuhan Kasih Neelofa.
Merupakan idea yang telah tercetus beberapa tahun lalu, pengusaha jenama pakaian Naelofar itu melihat Pertubuhan Kasih Neelofa sebagai platform terbaik untuknya terlibat dengan masyarakat secara total.
“Sejujurnya, saya telah lama berhajat untuk membangunkan sebuah kebajikan demi membantu golongan yang memerlukan. Namun, saya tidak mahu ia berjalan tanpa melibatkan saya secara keseluruhan. Saya mahu memberi fokus seratus peratus dan benar-benar mendalami masalah yang dihadapi oleh masyarakat.
“Sebagai contoh, jika saya terlihat seseorang yang memerlukan bantuan di Twitter, saya akan cuba mendekati individu tersebut dan terus berhubung dengannya. Saya mahukan pendekatan seperti itu,” kongsi Neelofa.
Dibangunkan untuk membantu masyarakat dengan pemberian sumbangan secara konsisten serta menyeluruh, Pertubuhan Kasih Neelofa merangkumi 3 teras utama.
Menurut Neelofa, 3 teras tersebut adalah teras Keagamaan, Kemasyarakatan dan Bantuan Untuk Golongan Kurang Bernasib Baik.
Ads
“Teras Keagamaan meliputi apa sahaja aktiviti seperti program keilmuan dan program keagamaan. Sementara itu, untuk teras Kemasyarakatan, kami akan cuba mendekati komuniti dengan melaksanakan program-program bersama tenaga kerja Pertubuhan Kasih Neelofa dan para sukarelawan.”.
“Bagi teras Bantuan Untuk Golongan Kurang Bernasib Baik pula, kami memfokuskan kepada mereka yang terpinggir dan kurang berkemampuan seperti asnaf, ibu tunggal dan anak yatim. Kami akan cuba mendekati golongan ini dengan lebih rapat, mendengar keluhan dan masalah mereka, dan kemudia cuba menyelesaikan atau meringankan beban melalui bentuk sumbangan atau penganjuran aktiviti-aktiviti amal,” katanya.
Tambah Neelofa lagi, menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa ini, tidak ada sesiapa pun yang ketinggalan dan cuba untuk membantu semua yang memerlukan.
Melanjutkan bicara, Neelofa menjelaskan, beliau turut menubuhkan Syarikat Kasih Neelofa Resources, iaitu sebuah entiti yang berfungsi untuk menjana pendapatan untuk menggerakan Pertubuhan Kasih Neelofa.
Ads
“Kasih Neelofa Resources merupakan sebuah platform yang boleh dijadikan sebagai medium untuk menjual pelbagai item untuk pengguna, dan keuntungan daripada hasil semua jualan akan disalurkan sepenuhnya ke dalam tabung pertubuhan.
“Selain itu, inisiatif ini juga dapat memberi galakan kepada mereka di luar sana yang berkemampuan untuk sama-sama menyumbang dan membantu golongan yang memerlukan,” katanya.
Diterajui bersama ibu, ibu saudara dan Ustaz Azam, Pertubuhan Kasih Neelofa merupakan pertubuhan peringkat kebangsaan.
Sempena dengan kedatangan Hari Raya Aidiladha nanti, Qurban Kasih Neelofa adalah aktiviti pertama yang akan dilancarkan di bawah Pertubuhan Kasih Neelofa. Program ini memberi peluang kepada individu yang ingin melaksanakan ibadah korban dengan mudah disamping memberi ilmu pengetahuan kepada ramai orang yang mungkin tidak tahu tentang proses untuk melaksanakan ibadah korban secara berhemah dan betul.
Ads
“Menerusi program Qurban Kasih Neelofa ini, kami berharap agar dapat memudahkan proses golongan yang ingin melaksanakan ibadah korban. Menerusi program ini juga, kami berharap ia dapat menambah ilmu orang ramai tentang kepentingan dan kebaikan ibadah korban dalam kalangan umat Islam,” katanya lagi.
“Banyak aktiviti lain yang dirangka oleh pihak Pertubuhan Kasih Neelofa. Tetapi, kami akan umumkan satu persatu pada masa akan datang,” ujarnya.
Neelofa berharap agar inisiatifnya untuk membantu golongan yang memerlukan menerusi penubuhan Pertubuhan Kasih Neelofadapat diterima baik dalam kalangan orang ramai.
“Bukan mudah untuk menguruskan pertubuhan, lebih-lebih lagi yang melibatkan wang kebajikan dan derma daripada orang ramai. Ia merupakan satu amanah yang sangat besar.
“Saya berharap agar orang awam memberikan kepercayaan kepada saya dan sama-sama menjadikan Pertubuhan Kasih Neelofaini sebagai platform untuk semua,” tutup Neelofa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti media sosial, King Koko akui kurang senang dengan sikap segelintir wanita yang sering memberikan persepsi buruk mengenai lelaki Melayu untuk dijadikan pasangan.
Menurut King Koko atau nama sebenarnya Marshaira Ismail, sikap dak tingkah laku seorang lelaki itu bukan dipengaruhi oleh bangsanya tetapi ia terpulang kepada keputusan individu itu sendiri.
“Aku tak faham dengan influencers Melayu ni konon tak suka lelaki Melayu. Kata lelaki Melayu low class la, asyik kahwin dua dan dating tempat mamak.
“Aku yang a lots of mix ni pun masih datang balik pada lelaki Melayu. Abang-abang Tesla atau Honda ke, nak kahwin sepuluh pun, itu hak individu bukan bangsa Melayu. Apo?,” tulisnya.
Pandangan itu disuarakan sendiri oleh King Koko mener beberapa hantaran di ruangan Instagram Stories.
Malah, dia juga terkilan kerana persepsi tersebut datang daripada wanita Melayu sendiri.
“Korang la terpaling oversea. Nak lelaki Mat Saleh dan bangsa lain. Bukan benci atau rasis, aku banyak sahaja kawan bangsa lain.
“Daripada pengalaman saya, lelaki Melayu tak busuk. Yang busuk individu atau perangai orang tu. Bukan bangsa. Kau sendiri pun Melayu.
“Aku lots of mix lain la tapi lelaki Melayu tetap nombor satu,” ujarnya lagi
Terdahulu, isu poligami ini tercetus selepas tular di media sosial sepotong video memaparkan tindakan
seorang pempengaruh Tik Tok, Abang Tesla yang memuat naik video khas bagi menghargai isteri pertamanya kerana memberikan keizinan untuk berkahwin lagi.
Isu berkenaan mendapat reaksi pelbagai dan menjadi perdebatan diantara netizen sehingga saat ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram King Koko
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sering menggunakan kaedah psikologi dalam mendidik anak-anak, angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszapahar Shukor kali ini mengajar anaknya solat dan mengenali kalimah Allah.
Berkongsi video yang melihatkan gelagat anak kembar lelakinya, Sheikh Adam dan Sheikh Noah yang sedang berusaha untuk solat, kedua kanak-kanak berusia dua tahun itu gembira melakukan aktiviti berkenaan.
“Teaching the Boys Solat
It’s never an easy task when there’s two of them – Haha
It’s okay – Double Pahala …
“Adam & Noah are slowly showing some interest on Solat imitating by watching us performing it.
“For the Muslims do try to introduce the word Allah to our kids from a very young age . The day when they asked what is Allah – which shows their ‘ Aqal dah boleh berfikir ‘ , then they are ready for the next level.
“Salam Jumaat Everyone. Love As Always …
PS – They end up doing somersault instead but that’s okay,” tulis Muszaphar.
Sehingga kini video tersebut telah mendapat hampir 100,000 tontonan selepas dimuat naik suami kepada Datin Dr. Halina itu beberapa jam lalu.
Untuk rekod, pasangan itu telah berkahwin pada 10.10. 2010 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha (kembar perempuan) dan anak kembar lelaki Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Selebriti popular, Noor Neelofa hari ini mengambil keputusan untuk menjual sebahagian daripada koleksi kasutnya menerusi satu karnival jualan (preloved) pada esok di Petaling Jaya, Selangor.
Neelofa yang juga isteri pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz itu berkongsi perkara berkenaan menerusi beberapa hantaran di Insta Stories.
“Nak buat preloved kasut-kasut saya yang sangat banyak ini. Ada jenama Christian Louboutin dekat sini, ini Balenciaga, ini Celine… Kebanyakan saiz ialah 36, 37 dan 38. Murah-murah sahaja.
“Kasut-kasut ini kalau tidak letak dalam kotak sahaja, tak tahu nak buat apa. So sekarang ini nak jual RM300, RM500, RM800… Yang ini contohnya (sambil tunjuk kasut perincian jenama Christian Louboutin) harga asal dia RM14,000 tapi nak jual RM1,000 sahaja.
“Sebab tak tahu nak buat apa dah. Letak dalam kotak begitu sahaja sayang. Korang belilah, murah-murah. Kalau tidak harga dia semua ribu-ribu, belas ribu,” katanya.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu sekali lagi mengingatkan bakal pembeli bahawa kasut yang ingin dijualnya adalah yang pernah dipakainya.
“Cuma saya nak beritahu, kasut ini semua 90 peratus yang sudah saya pakai, selebihnya belum pakai. Jadi jangan jangka ia dalam keadaan yang sempurna. Ini semua preloved yang saya pakai,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...