Usahawan dan selebriti popular tanah air, Neelofa hari ini mengumumkan pertubuhan kebajikan pertamanya, Pertubuhan Kasih Neelofa.
Merupakan idea yang telah tercetus beberapa tahun lalu, pengusaha jenama pakaian Naelofar itu melihat Pertubuhan Kasih Neelofa sebagai platform terbaik untuknya terlibat dengan masyarakat secara total.
“Sejujurnya, saya telah lama berhajat untuk membangunkan sebuah kebajikan demi membantu golongan yang memerlukan. Namun, saya tidak mahu ia berjalan tanpa melibatkan saya secara keseluruhan. Saya mahu memberi fokus seratus peratus dan benar-benar mendalami masalah yang dihadapi oleh masyarakat.
“Sebagai contoh, jika saya terlihat seseorang yang memerlukan bantuan di Twitter, saya akan cuba mendekati individu tersebut dan terus berhubung dengannya. Saya mahukan pendekatan seperti itu,” kongsi Neelofa.
Dibangunkan untuk membantu masyarakat dengan pemberian sumbangan secara konsisten serta menyeluruh, Pertubuhan Kasih Neelofa merangkumi 3 teras utama.
Menurut Neelofa, 3 teras tersebut adalah teras Keagamaan, Kemasyarakatan dan Bantuan Untuk Golongan Kurang Bernasib Baik.
Ads
“Teras Keagamaan meliputi apa sahaja aktiviti seperti program keilmuan dan program keagamaan. Sementara itu, untuk teras Kemasyarakatan, kami akan cuba mendekati komuniti dengan melaksanakan program-program bersama tenaga kerja Pertubuhan Kasih Neelofa dan para sukarelawan.”.
“Bagi teras Bantuan Untuk Golongan Kurang Bernasib Baik pula, kami memfokuskan kepada mereka yang terpinggir dan kurang berkemampuan seperti asnaf, ibu tunggal dan anak yatim. Kami akan cuba mendekati golongan ini dengan lebih rapat, mendengar keluhan dan masalah mereka, dan kemudia cuba menyelesaikan atau meringankan beban melalui bentuk sumbangan atau penganjuran aktiviti-aktiviti amal,” katanya.
Tambah Neelofa lagi, menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa ini, tidak ada sesiapa pun yang ketinggalan dan cuba untuk membantu semua yang memerlukan.
Melanjutkan bicara, Neelofa menjelaskan, beliau turut menubuhkan Syarikat Kasih Neelofa Resources, iaitu sebuah entiti yang berfungsi untuk menjana pendapatan untuk menggerakan Pertubuhan Kasih Neelofa.
Ads
“Kasih Neelofa Resources merupakan sebuah platform yang boleh dijadikan sebagai medium untuk menjual pelbagai item untuk pengguna, dan keuntungan daripada hasil semua jualan akan disalurkan sepenuhnya ke dalam tabung pertubuhan.
“Selain itu, inisiatif ini juga dapat memberi galakan kepada mereka di luar sana yang berkemampuan untuk sama-sama menyumbang dan membantu golongan yang memerlukan,” katanya.
Diterajui bersama ibu, ibu saudara dan Ustaz Azam, Pertubuhan Kasih Neelofa merupakan pertubuhan peringkat kebangsaan.
Sempena dengan kedatangan Hari Raya Aidiladha nanti, Qurban Kasih Neelofa adalah aktiviti pertama yang akan dilancarkan di bawah Pertubuhan Kasih Neelofa. Program ini memberi peluang kepada individu yang ingin melaksanakan ibadah korban dengan mudah disamping memberi ilmu pengetahuan kepada ramai orang yang mungkin tidak tahu tentang proses untuk melaksanakan ibadah korban secara berhemah dan betul.
Ads
“Menerusi program Qurban Kasih Neelofa ini, kami berharap agar dapat memudahkan proses golongan yang ingin melaksanakan ibadah korban. Menerusi program ini juga, kami berharap ia dapat menambah ilmu orang ramai tentang kepentingan dan kebaikan ibadah korban dalam kalangan umat Islam,” katanya lagi.
“Banyak aktiviti lain yang dirangka oleh pihak Pertubuhan Kasih Neelofa. Tetapi, kami akan umumkan satu persatu pada masa akan datang,” ujarnya.
Neelofa berharap agar inisiatifnya untuk membantu golongan yang memerlukan menerusi penubuhan Pertubuhan Kasih Neelofadapat diterima baik dalam kalangan orang ramai.
“Bukan mudah untuk menguruskan pertubuhan, lebih-lebih lagi yang melibatkan wang kebajikan dan derma daripada orang ramai. Ia merupakan satu amanah yang sangat besar.
“Saya berharap agar orang awam memberikan kepercayaan kepada saya dan sama-sama menjadikan Pertubuhan Kasih Neelofaini sebagai platform untuk semua,” tutup Neelofa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebelum mengusahakan perniagaan kedai runcit, isteri kepada penyanyi Lan Solo, Sheila Razlan ada berkongsi kisah mengenai kegagalan mereka ketika pertama kali menceburi bidang bisnes sewaktu sebelum berkahwin.
Menurut Sheila, dia bersama Lan pernah membuka sebuah studio latihan muzik namun usaha meraka gagal kerana dikatakan tidak fokus dan terlalu asyik bercinta pada ketika itu.
“Nak throwback sikit la. Ini adalah BISNES PERTAMA kami. KY & LS baru je bertunang masa tu. So kami plan untuk buka studio jamming dekat Taman Permata.
“Masa ni habis segala duit gaji/ duit show/ duit tabung kawen kami korek untuk merealisasikan impian nak ada bisnes bersama.
“Fuhh! Bisnes ini TIDAK BERJAYA ye sebab ada unsur percintaan kat situ. Fokus banyak pada dating & dating. Fokus kerja tu 20% je kot yang lain semua dating,” tulisnya.
Kisah menarik tersebut dikongsikan oleh ibu kepada empat orang anak itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Tambah Sheila lagi, kejadian tersebut menyebabkan mereka terpaksa memanjangkan tempoh pertunangan untuk mencari duit bagi melangsungkan perkahwinan.
“Dah la habis duit lepastu pergi dating pulak, lagi la tak berduit! Nak kahwin gigih cari duit. Tu yang extend tunang smpai 2 tahun tu. Tapi nasib baik kahwin. Jodoh kami panjang. Alhamdulillah.
“Gila tak jadi kahwin. Segala tabung ayam, tabung itik semua KY pecahkan. Demi cinta katanyaaa.
“Perjalanan kami jauh weh dan panjang. Sampai la kami ada SOLO BORNEO MART hari ini. Semua hasil idea dan angan-angan kami berdua. Nah jadi.
“Pasni KY akan pastikan LS dah tiada angan-angan atau impian lain. Risau pulak aku.
Kalau LS nak merasa muntah paku, kau coba la ada impian dan angan-angan lain.
“Coba, will see. Aku akan fail kan segala gantirugi dr 2009 – 2020! Haderrr,” selorohnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur selain turut mendoakan agar perniagaan Sheila bersama suami sentiasa sukses.
Terdahulu, Lan dan Sheila telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 5 Disember 2009.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, Nur Amna Qeesyara, Muhammad Akid Qassyaff, dan Nur Aman Quxandra
Sumber: Instagram Sheila Razlan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Ainan Tasneem atau nama sebenarnya, Ainan Tasneem Redzuan baru-baru ini ada mendedahkan wajah anak kembar sepasangnya yang dilahirkan 20 Disember lalu.
Bintang berusia 28 tahun itu sebelum ini turut berkongsikan nama anak kedua dan ketiganya, iaitu Faqeh Nael dan Faeqa Naela beserta dengan maknanya sekali.
Terdahulu menerusi hantaran dalam bentuk video di Instagram itu, kelihatan dua bayi itu sedang lena dalam tidur.
“Assalamualaikum semua! Alhamdulillah kami dah sebulan lahir kat dunia ni.
“Ummi kata ramai yg DM minta ummi share pengalaman bersalinkan kami haritu. Tunggu ya, nanti ummi akan share kat semua.
“Btw everyday Faqeh & Faeqa akan lepak dekat swing Nuna Leaf ni. Yg amazingnya this swing can hold up to 60kg tau! Even org dewasa pon boleh lepak kat situ,” tulisnya memberikan kredit.
Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya memuji kecomelan bayi yang baru dilahirkan itu selain ada yang turut berkongsikan pengalaman bersalin anak kembar.
Terdahulu Ainan yang mendirikan rumah tangga dengan suaminya Mohamad Ariffudin pada 7 Januari 2017 telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ainan Salsabiela yang kini berusia lebih dua tahun.
Foto: Instagram Ainan Tasneem
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, perkahwinan di antara pasangan pelakon, Hannah Delisha dan Imam Syah nyata mengejutkan hati ramai pihak terutamanya buat para peminat.
Bagaimanapun, selepas majlis tersebut dimaklumkan media, rata-rata peminat berasa sangat teruja dan ada juga yang menzahirkan rasa terkejut.
Terbaru, menerusi perkongsian di laman Twitter, individu ini mendedahkan dia nekad untuk memadam kesemua gambar-gambar Hannah yang pernah disimpan di telefon bimbitnya sebelum ini sebagai tanda menghormati status terkini pelakon asal Singapura itu.
Tindakan tersebut ternyata mendapat perhatian daripada Hannah yang turut dilihat meninggal respon pada tweet individu berkenaan.
Menurut Hanna, dia amat menghormati tindakan individu tersebut selain turut menyifat dia sebagai seorang lelaki yang kaya dengan adab.
“I respect your adab, brother,” tulisnya ringkas.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji tindakan individu tersebut selain turut mendoakan semoga Hannah dan juga suami akan kekal bahagia sampai ke jannah.
Terdahulu, Hannah dan Imam telah pun
selamat diijab kabul pada tanggal 18 Februari lalu menerusi sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Difahamkan pernikahan pasangan ini telah pun didaftarkan di Registry of Marriage Singapore atau Biro Lesen Perkahwinan Singapura.
Sumber: Twitter Hannah Delisha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!