Selepas selesai prosedur perceraian semalam, Instagram Bella Astillah dihujani dengan komen sokongan dari para peminat.
Malah, rakan selebriti juga tak kurang tampil meninggalkan komen sama, malah ada yang turut mendoakan yang baik-baik buat mereka sejurus sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semalam.
Intan Liana Saleh misalnya yang sebelum ini ada memberikan kata semangat dalam menghadapi dugaan perkahwinan buat Bella, dilihat turut sama memberikan reaksi.
Menerusi entri terkini di Instagram, Bella turut berharap agar selepas ini dia mampu untuk menjadi ibu terbaik buat anak tunggal mereka.
“Alhamdulillah semua di permudahkan tadi. Mungkin sampai sini sahaja jodoh saya dan Aliff. Semoga selepas ini saya dapat menjadi ibu yang baik buat Ayden.
“Dan terima kasih yang tak putus2 mendoakan saya dan keluarga. Apa yang terjadi adalah takdir Allah s.w.t dan Bella redha. Allah s.w.t knows best,” tulisnya.
Posting yang dimuat naik Bella sejurus prosedur itu telah menerima hampir 500,000 tanda suka dengan lebih 20,000 komen.
Foto: Instagram Bella, Intan Liana