Pemenang tempat kedua Big Stage 2019, Neeta Manishaa terharu serta menerima dengan hati terbuka keputusan malam final program realiti berkeaan yang telah bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, pada Ahad.

Akur dengan berbezaan markah dari segi undian peminat, bintang berusia 26 tahun ini bagaimanapun turut memuji persembahan serta kredibiliti sang juaranya, Han-Byul.

Neeta berkata demikian kepada MH sejurus sidang media usai malam kemuncak.

“Apabila tinggal nama saya dan Han-Byul sahaja yang belum diumumkan, saya sudah tidak kisah mendapat kedudukan mana sekalipun. Ini kerana, saya pernah menduduki tempat kedua dari segi undian peminat sehinggalah pada tahap sekarang, sudah rasa sangat bersyukur.

“Sekurang-kurangnya saya mendapat tempat kedua cuma yang paling penting, saya puas dengan dua persembahan yang sudah dijayakan. Apa sahaja keputusannya selepas itu, saya berserah,” katanya optimis.

Ditanya apa reaksi apabila para juri profesional sepakat memberikannya markah paling tinggi berbanding empat saingan lainnya, Neeta mengakui bukan perkara mudah untuk menjadi peserta paling awal membuat persembahan.

IKLAN

“Saya antara yang membuat persembahan terawal dan saya memang fobia bila berdepan situasi sedemikian. Kiranya peserta pertama yang membuat persembahan kena setkan satu standard tersendiri.

“Jadi dengan pemarkahan dari pihak juri profesional, kiranya saya sudah set standard sendiri. Malah, ketika sesi raptai pun, masing-masing memberikan persembahan yang baik dan ‘power’.

“Lebih baik untuk saya fikirkan mengenai persembahan yang kedua pula. Sejurus selesai pusingan pertama, saya ke bawah dan tak tonton persembahan lainnya untuk fokus pada diri sendiri,” kata Neeta yang turut berbangga atas kemenangan peserta Korea Selatan itu.

Atas kemenangan yang diraih, Neeta membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 serta sebuah trofi.

IKLAN

Lebih bermakna, Neeta turut dinobatkan sebagai VIVO BBNU Of The Week untuk minggu ketujuh Big Stage 2019 buat kali yang ketiga.

“Saya berharap peminat bangga dengan pencapaian saya sebab ada juga yang anggap saya seperti ‘wakil Malaysia’ di Big Stage.

“Meski saya tak berjaya rangkul gelaran juara, tetapi saya tetap berharap agar ada sesuatu yang boleh dibanggakan.

IKLAN

“Pada masa sama, saya berharap agar apa yang telah saya berikan sepaniang minggu itu mampu gembirakan hati semua,” terang Neeta jujur.

Dalam saingan akhir, Neeta mengumpul markah sebanyak 60.90 peratus dari pihak juri sementara Han-Byul di kedudukan kedua dengan 60.67 peratus.

Bagaimanapun, undian online yang melibatkan 30 peratus markah secara keseluruhan berpihak kepada Han-Byul sekaligus bergelar juara musim kedua.

“Sejurus Pusingan Pertama, Saya Ke Bawah Dan Tak Tonton Persembahan Lainnya,” – Neeta Sukses Raih Markah Tertinggi JuriSementara itu, Adzrin mendapat tempat ketiga sementara Irfan Haris dan Dinda Permata masing-masing diumumkan sebagai pemenang keempat dan kelima.

Final Big Stage 2019 yang dipancarkan menerusi Astro Ria dan Ria HD, menyaksikan Misha Omar sebagai juri jemputan sementara Datuk Seri Siti Nurhaliza san Cakea Khan berada di posisi juri tetap.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI