Baru sahaja tamat episod Sweet Dreams, pelakon kacak Ben Amir menerusi Instagram berkongsi kunjungannya ke Brunei atas jemputan istimewa kerabat Diraja Brunei, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Jefriah sekeluarga.
Aktor berusia 29 tahun ini turut berkongsi momen istimewa sepanjang meluangkan masa bersama keluarga Diraja itu.
“Thank you Her Royal Highness Princess Hajah Amal Jefriah and Family for the invitation and hospitality.
“I had a wonderful time in Brunei and definitely will come back again. Jumpa lagi Brunei,” kongsinya.
Netizen meninggalkan reaksi di ruang komen.
Semoga kerjaya Ben Amir terus bersinar selepas ini.
Foto : Instagram Ben Amir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Biarkan Je Dia Macam Ni,” – Ramai Bertanya, Neelofa Maklum Dah Lama Tak Cukur Kening
Ahli perniagaan dan hos terkenal, Neelofa hari ini ada memberitahu pengikutnya yang dia kini sudah lama tidak mencukur atau mencabut keningnya.
Persoalan tersebut dijawab Lofa menerusi video pendek yang muat naik menerusi Insta Stories selepas ramai yang bertanya mengenai perkara berkenaan.
“Orang banyaklah komen, cakap sama ada saya lukis atau pun cukur kening.
“Saya dah lama dah tak cukur kening, biarkan je dia macam ni.
“Untuk mereka yang rasa sangsi kalau sama cukur kening atau tidak, ia tidak dicukur atau dicabut,” katanya jujur.
Terdahulu media melaporkan bekas pengacara program MeleTOP itu mengesahkan dirinya kini sudah berpurdah.
Dalam satu kenyataan, Neelofa memohon semua pihak mendoakan perjalanan baharunya itu sentiasa dalam rahmat dan reda Allah.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Bukan Sekadar Memiliki Suara Luar Biasa,”- Christina Aguilera Jadi Penerima Pertama Anugerah Ikon Muzik People’s Choice Award
Kehebatan vokal Christina Aguilera tidak perlu disangkal lagi, dia antara penyanyi antarabangsa yang cukup dikenali dek vokalnya yang memukau. Mula menceburi dunia seni tarik suara sejak kecil lagi dengan menyertai pelbagai pertandingan nyanyian, ketika berusia 13 tahun dia terpilih untuk menjadi hos The Mickey Mouse Club bersama personaliti popular lain seperti Britney Spears, Ryan Gosling dan Justin Timberlake.
Terkini, pada usia 41 tahun, ibu kepada dua orang cahaya mata ini bakal diangkat sebagai penerima pertama Anugerah Ikon Muzik People’s Choice Award yang bakal dilangsungkan pada 7 Disember akan datang.
Selain hadir untuk menerima anugerah, dia juga bakal mempersembahkan rangkaian medley lagu-lagu hits miliknya. Paling mengujakan, ia akan disulam dengan alunan lagu Pa Mis Muchachas daripada album terbaharu berbahasa Sepanyol yang akan dilancarkan kelak. Kali pertama dan terakhir Christina menghasilkan album berbahasa Sepanyol adalah pada tahun 2000.
Sebagai penyanyi yang memenangi lima anugerah Grammy, sepanjang kariernya, Christina memiliki lima lagu yang mencapai kedudukan pertama dalam carta Billboard Top 100. Lagu-lagu tersebut adalah Genie in a Bottle, What a Girl Wants, Come On Over Baby, Lady Marmalade (berduet dengan Lil’ Kim, Mya dan Pink) dan Moves Like Jagger (berduet dengan Maroon 5).
Selain itu dua daripada albumnya iaitu album debut, Christina Aguilera pada tahun 1999 dan Back To Basics pada tahun 2006 berjaya mencapai kedudukan nombor satu dalam carta Billboard.
Jen Neal yang merupakan naib presiden eksekutif, acara langsung hiburan & E! News bagi Televisyen dan Penstriman Hiburan NBCUniversal berkata, “Ada sebab Christina Aguilera dirujuk sebagai ‘suara generasi kita’. Dia bukan sekadar memiliki suara yang luar biasa, tetapi sebagai pencipta, dia menghasilkan muzik yang membangkitkan emosi sebenar dan merentasi begitu banyak demografi yang berbeza.”
Sumber: Billboard, Kredit Foto: Instagram Christina Aguilera
+++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sangat Beri Makna, Terima Kasih TokTi,” – Siti Buat Status Puji Jaclyn Victor, Tuan Badan Terharu
Penyanyi dan Juara Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Jaclyn Victor terharu apabila mendapat tahu mengenai ‘tweet’ Datuk Seri Nurhaliza yang memuji persembahannya, malam tadi
Jaclyn berkata, beberapa hari lalu mereka bertemu ketika sama-sama membuat persembahan.
“Saya sempat bejumpa dengannya di sebuah acara Khamis lalu. Dia sangat menyokong dan kongsikan foto kami berdua di Insta Stories.
“Saya terharu. Ini TokTi (Siti) tau. Dia bukan saja punya nama besar di Malaysia, tapi di Asia. Malah mungkin ada peminatnya di seluruh dunia juga.
“Bagi seseorang yang sebegitu besar, berikan saya penghargaan yang sebegitu, ia sangat memberi makna. Terima kasih TokTi,” katanya kepada MH.
Terdahulu pada Ahad, Siti melakukan ciapan yang berbunyi;
“Jac you memang terror!!! Juara please,” ciap Siti ringkas, dipercayai ditujukan kepada persembahan Jaclyn Victor berdasarkan masa ciapan di itu ditulis.
Terdahulu, Jaclyn menerima markah tertinggi iaitu sebanyak 85.86%, sekaligus mengepikan saingan lima bintang akhir lainnya.
Kesemua bintang diadili oleh juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang bersama juri jemputan, Edry Abd Halim.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI