Penyanyi Izzue Islam sering kali memuat naik foto dan video bersama isteri tercinta, Nurinafilah Waharudin atau lebih mesra disapa Awin menerusi media sosial.
Malah, kemesraan yang ditampilkan pasangan ini nyata mengundang rasa gembira di kalangan para peminatnya.
Terbaru, Izzue ada memuat naik sepotong video sedutan single terkininya yang berjudul Bimbang dengan berlatar belakangkan gambar perkahwinannya.
Menerusi ruangan kapsyen, bekas peserta Gegar Vaganza musim kelima itu ada menitipkan nulikan rasa buat isteri tercinta. Tulisnya;
“Isteriku, aku tahu bahawa pengorbananmu untukku sangatlah besar! Aku tau bahawa wanita itu selalu menjaga hati orang yang dia sayangi sehingga terkadang hatinya sendiri tersiksa! Inilah pengorbanan wanita yang lelaki tak pernah sedar!
“Aku ingin hubungan kita di dunia ini berakhir dengan bahagia, berpisah bukan kerana orang ketiga atau kerana sengketa antara kita, tapi berpisah disaat aku tak lagi mampu berdiri dan bernafas untukmu.
“Jangan bimbang wahai isteriku, sekali engkau menerimaku, maka berjuta kali aku akan setia kepadamu. Insyaallah,” kongsi Izzue.
Lalu, posting yang sudah pun mendapat lebih 22,000 tanda suka itu turut dihujani dengan ucapan tahniah dan semoga kekal bahagia sampai bila-bila oleh netizen.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2 Jun 2013.
Foto: Instagram Izzue Islam
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI