
Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon, Cat Farish yang telah selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Shikin Maembong dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Asiana Grand Hall, Setapak Kuala Lumpur tepat jam 9.07 malam.
Dengan sekali lafaz, pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh
Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Ibnu Abbas Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur Mohd Shukri Hj Shafie dan disaksikan oleh wali yang juga merupakan bapa pengantin perempuan, Ismail Embong.
Dalam majlis itu, Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli
menyerahkan mas kahwin RM200 dan sebentuk cincin.
Sementara itu, Cat turut memberi tiga dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pihak pengantin perempuan.
Terdahulu, Cat pernah berumah tangga dengan Suriani Hassan, 37, pada November 2020, namun bercerai, pada Januari lalu, tanpa cahaya mata.
Cat juga pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli dan berpisah pada April 2016. Perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13, dan Qul Iskandar, 12.
Sementara itu, Shikin pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan pada 5 Disember 2014, sebelum bercerai pada Jun 2016.
Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna.
Shikin kemudian berkahwin buat kali kedua pada Mac 2020, namun, berpisah selepas dua tahun.
Pasangan ini bakal mengadakan majlis resepsi di Bukit Jelutong pada Sabtu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mungkin Kurang Kasih Sayang, Kehidupan Dia Sedih Sangat,” – Kena Body Shaming, Almy Nadia Doakan Individu Ini Temui Kebahagiaan Dunia & Akhirat

Pelakon, Datin Almy Nadia mendedahkan dirinya telah menerima ‘serangan’ komen berbaur hinaan mengenai rupa paras fizikalnya di platform Instagram.
Enggan melatah, Almy sebaliknya menitipkan doa buat individu berkenaan agar dia dipertemukan dengan ketenangan dan kebahagiaan jiwa.
Malah, dia juga turut menganggap individu berkenaan seperti kurang mendapat kasih sayang daripada orang di sekelilingnya.
“Posting ni maybe kejap sahaja. Lepas tu kita delete. Cuma nak minta semua tolong berdoa agar yang menulis ni bahagia dunia akhirat.
“Semoga pemilik akaun IG ni dapat reda dgn apa yang dia lalui. Maybe zaman makin moden ni IG ni kurang kasih sayang dan kehidupan dia sedih sangat-sangat,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelakon, Datuk Fizz Fairuz itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, Almy turut memaklum dia sebenarnya langsung tidak terkesan dengan kata-kara hinaan yang dilontarkan oleh individu tersebut.
“Jom kita berdoa agar dia bahagia dunia akhirat. Minta semua doa yang baik-baik please
Saya tak kisah tau. Saya sangat-sangat okay ja,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut memuji sifat tenang yang ditunjukkan oleh Almy.
“Alahai, kisah pula dia nasihatkan orang. Toksik, jauhkan. Kita bahagia begini.
“Yang penting you tetap lagi letop daripada dia.
“Body Shaming ini adalah jenayah siber buli. Report je pada polis dan MCMC.
“Janji Datin sihat dan bahagia.
“Ignore je. Mulut kita tekak kita badan kita. Kita nak makan. Suka kita la,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 26 April 2014 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Almy Nadia & Fizz Fairuz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Genap 4 Tahun Kita Kahwin, Allah Dah Tunai Hampir Segala Permintaan…,” – Ucapan Ulang Tahun Fadzil Buat Yana, Idam Anak Kembar Pula!

Baru sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan ke-4 pada hari ini, Fadzil Zahari memuatnaik ucapan romantik buat isteri, Yana Samsudin.
Fadzil meluahkan kesyukuran kerana dipermudahkan segala urusan kehidupan.
“TQ sayang teman i pi hospital semalam…♥
“Sat ja rasanya, hari ni genap dah 4 tahun kita kahwin, Allah dah tunai hampir segala permintaan kita, Ya Allah ada lagi yg nak mintak ni huhu, anak kembar ???? tahun ni yang sihat sempurna insyaAllah. Hangpa yang baca & aminkan ni abang juga doakan hangpa dapat apa yang hangpa minta dari Allah, pasangan yang baik, anak yang baik & sihat, kesihatan yang baik, ibu bapa & mertua yang baik & sihat macam yang kami dapat. dan seterusnya rezeki hangpa yang melimpah ruah insyaAllah,” tulisnya.
Malah, adik kepada Farid Kamil ini juga berkongsi detik hubungan cinta yang seakan tidak direstui ramai pihak.
“Teringat lagi 5-6 tahun dulu kami pun bukan semudah ini, jalan yang di lalui penuh dugaan & ujian… walaupun keluarga semua dah ok, tapi ada juga pihak yang tak setuju kita berkawan, depa hasut cakap i takda masa depan, akan ganggu masa depan u, tQ sayang u buat bodoh ja apa depa cakap, u terima i nak berkawan dgn u dulu, masa i takda apa2, seorang penganggur yang berkepala botak, naik kereta kancil subsidi dari mama & abah?.. (dulu belum ada BRIM) ada redha ibu bapa, buat ja apa yang hangpa rasa betoi.. Go!!”
Tambahnya lagi, perancangan berkahwin pasti akan dipermudahkan sekiranya niat kerana Allah.
“Sampai sekarang kita sama2 bina @prokuyastudios @ayanahijab @yanasupercookies @foodchannel.my dan janji Allah tu benar, niat ja nak kahwin masa tu, rezeki datang melimpah ruah.. tak tersangka sangka. Bila dapat anak pulak lagi melimpah ruah rezekinya haaa (nak tulis sini panjang sangat, kena buat novel nanti).
“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”.
— HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi
“Yang mana rasa ragu ragu nak kahwin takut tak cukup duit nak bagi anak isteri makan, niat dulu nak kahwin kerana Allah. Pastu hang tengok la macamana Allah mudahkan urusan hang.”
Di akhir ucapan, dia sempat memohon agar dikurniakan rezeki mempunyai anak kembar.
“Happy 4th Wedding Anniversary @yanasamsudin ♥ u so much… @aisymateen doa kuat2 kasi dapat adik kembar huhu… amin amin ya rabb,” tambahnya.
View this post on InstagramA post shared by Fadzil Zahari (@fadzilzahari) on
Terharu dengan ucapan romantik Fadzil, netizen turut sama mendoakan agar pasangan romantis ini terus bahagia ke syurga.
Foto – Instagram Fadzil Zahari
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Boleh Letakkan Kesalahan Anak Atas Didikan Mak Ayah. Tolong…,” – Reaksi Janna Nick Isu Penarikan Balik Dewi Remaja 2018/19

Kecewa dengan sikap segelintir netizen yang berterusan menyalahkan ibu Haneesya Hanee atas tindakan bekas Dewi Remaja itu, Janna Nick tampil memberikan reaksi menerusi sepotong video.
Penyanyi lagu Akan Bercinta itu memuat naik video berkenaan menerusi Instagram, awal semalam.
Kandungan video tersebut antara lain merakam Janna menasihati Haneesya yang menganggap insiden berlaku adalah pengajaran buat gadis berusia 18 tahun itu untuk menjadi individu yang lebih baik.
“Anggap ni satu pengajaran for you to be a better person. Jangan stress over the same thing. Just move on because if not it will lead you to depression and i hope that will never happen.
“Stay strong, don’t repeat and surround yourself with good people. Don’t simply trust anyone,” katanya.
Dalam video yang dikongsi, Janna berharap agar netizen berhenti menyalahkan didikan ibu bapa atas tindakan anak-anak.
‘Saya buat video ini untuk sampaikan salam sayang kepada Haneesya Hanee. Saya ada ucapkan tahniah masa malam dia menang tu.
“Saya agak kecewa bila melihat video. Tapi hari ni saya kasihan apabila gelaran Dewi Remaja ditarik balik sebab kita tak tau apa usaha yang dia dah letak untuk sampai ke tahap tu.
“Nampak tak apa perkara viral boleh buat untuk efek kehidupan seseorang.
“Apa yang saya terpanggil untuk buat video ini apabila netizen menyalahkan mak Hanee dalam hal ni,” jelas Janna.
Pada masa sama, Janna turut memberitahu apa yang berlaku pastinya tiada kena mengena dengan soal penjaga.
“Sebab saya rasa, ini tidak ada kena mengena dengan mak dia. Tolonglah you all. Dia dah besar dan kita masing-masing boleh fikir mana positif, mana negatif.
“You all tak boleh letakkan kesalahan anak itu atas didikan mak ayah. Tolong hentikan. Saya sangat sensitif dalam hal ini. Untuk Hanee, jangan putus asa dan jangan ulang,” kongsinya panjang lebar.
Terdahulu, sesi penarikan semula Dewi Remaja 2018/19 dari Haneesya telah pun dilakukan menerusi suatu sidang media khas yang diadakan petang semalam di Nu Ideaktiv, Seksyen 15, Shah Alam.
Turut hadir pada sesi berkenaan ialah pemenang tempat kedua, Tia Sarah.
View this post on InstagramA post shared by Janna Nick (@jannanick) on
Foto : Instagram Janna Nick
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI