Sekali Lafaz, Cat Farish Kini Suami Shikin Maembong

Share

Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon, Cat Farish yang telah selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Shikin Maembong dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Asiana Grand Hall, Setapak Kuala Lumpur tepat jam 9.07 malam.

Dengan sekali lafaz, pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh
Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Ibnu Abbas Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur Mohd Shukri Hj Shafie dan disaksikan oleh wali yang juga merupakan bapa pengantin perempuan, Ismail Embong.

Dalam majlis itu, Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli
menyerahkan mas kahwin RM200 dan sebentuk cincin.

Sementara itu, Cat turut memberi tiga dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pihak pengantin perempuan.

Terdahulu, Cat pernah berumah tangga dengan Suriani Hassan, 37, pada November 2020, namun bercerai, pada Januari lalu, tanpa cahaya mata.

Cat juga pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli dan berpisah pada April 2016. Perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13, dan Qul Iskandar, 12.

Sementara itu, Shikin pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan pada 5 Disember 2014, sebelum bercerai pada Jun 2016.

Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna.

Shikin kemudian berkahwin buat kali kedua pada Mac 2020, namun, berpisah selepas dua tahun.

Pasangan ini bakal mengadakan majlis resepsi di Bukit Jelutong pada Sabtu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Aizam Manaf