
Hanya dengan sekali lafaz Mohamed Amirul Yunus selamat menjadi suami kepada pelakon Farah Nabilah pada majlis pernikahan yang berlangsung di Mutiara Ballroom, Royal Chulan, Damansara disini jam 9:04 minit malam.
Pasangan itu dinikahkan bapa Farah, Datuk Saipuddin Ahmad dengan disaksikan kira-kira 100 tetamu, termasuk keluarga dan kenalan terdekat.
Pada majlis itu, Farah menerima mas kahwin sebanyak RM1000 dengan berbalas tujuh hantaran masing-masing.
Sementara wang hantaran pula sebanyak RM77,777.77.
Bertemakan Melayu Tradisional, pasangan sama cantik sama padan ini tampil mengenakan busana berwarna putih.
Pasangan ini akan mengadakan majlis resepsi pada 28 Disember (belah lelaki) dan 5 Januari depan (belah perempuan).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Benarlah, Hidup Kita Akan Bahagia Bila Selalu Rasa Bersyukur Dan Reda,” – Sarah Raissuddin

Mengambil keberkataan pada Penghulu Segala Hari, penyanyi Sarah Raisuddin memaklumkan dia sekeluarga mahu berkongsi rezeki dengan menyumbangkan sarapan pagi ke beberapa lokasi terpilih.
Hajat murni tersebut disampaikan penyanyi Semakin itu menerusi Instagram.
View this post on InstagramA post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on
“Demi Tuhan sukar untuk gambarkan rezeki kurniaan Allah pagi ini buat Sarah. Sarah diberikan peluang meluangkan masa bersarapan dengan anak-anak…Meskipun ada rasa sayu, tapi Sarah tenang dan seronok melihat gelagat mereka dan betapa ikhlas kasih sayang yang ditunjukkan buat Sarah.
“Melihat senyuman mereka dan tiap suapan dari jari mereka membuatkan Sarah bersyukur dengan erti sebuah kehidupan.
Benarlah, hidup kita akan bahagia apabila selalu rasa bersyukur dan reda.
“Itu juga yang Sarah bisikkan pada hati sendiri dan tiga anak sarah Uwais, Thalita dan Mateen yang turut ikut sama.
“Buat semua anak-anak, terima kasih paling dalam kerana mengajar Sarah tentang erti sebuah kehidupan.
“Terima kasih kepada team @ratasyacosmetics yang bertungkus lumus seawal 5 pagi walupun ada yg tidur jam 2 pagi .. Allah .. moga Allah permudahkan kan segala urusan kalian,” tulisnya.
Pada entri sama, ibu kepada tiga cahaya mata ini turut memuat naik beberapa potongan video pendek sepanjang majlis.
Foto: Instagram Siti Sarah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tak Faham Masih Ada Yang Degil Meski Ia Harus, Nora Ariffin Tekankan ; “Pesanan Saya Ikhlas, Walaupun Berbunyi Agak Sensitif.”

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menyarankan kepada orang ramai tidak menolak untuk pengambilan vaksin Covid-19 yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.
Tambah bintang berusia 47 tahun ini, ia adalah perlu demi menjaga keselamatan antara satu sama lain.
Tambahan pula, kadar kes positif Covid-19 di seluruh negara semakin meningkat di seluruh negara.

“Allahuakbar…Memang saya tak faham bila ada lagi golongan yg masih berdegil TAK MAHU ambik vaksin.
“Disini dah jelas, muzakarah bersama tokoh2 ulamak besar yg MENGHARUSKAN pengambilan vaksin.
“Usah ragu2 lagi saudara saudari. Pesanan saya ikhlas… walaupun berbunyi agak sensatif.
“Orang yg sudah mengambil VAKSIN pun belum guarantee selamat apatah lagi yg belum..! Cuba fikirkan….,” tulisnya.
Dalam pada itu, penyanyi yang sinonim dengan lagu Hanya Satu ini menyifatkan ajal dan maut merupakan satu ketentuan daripada Yang Maha Esa.
“Ajal maut rahsia Allah…tapi kita diberikan akal & ikhtiar harus dibuat. Sekiranya kita meninggal akibat COVID, keluarga kita pun tak boleh ziarah.
“Ini hakikatnya..Nauzubilah.Moga kita semua dijauhkan dari musibah ini. Credit. Jazakallah to @drizhar_ariff,” tulisnya lagi.

Foto: Instagram Nora Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Dalam PKP Pun Ada Antara Kita Yang Degil, Inikan Pula Jika Dilonggarkan,” – Naim Daniel

Susulan Perutusan Khas Perdana Menteri Sempena Hari Pekerja, rakyat Malaysia mula memberikan reaksi berikutan beberapa sektor dibenar beroperasi bermula 4 Mei ini.
Malah, Perintah Pergerakan Kawalan Bersyarat atau PKPB akan mula dilaksanakan sejajar dengan pembukaan semula aktiviti ekonomi negara.
Penyanyi Naim Daniel bagaimanapun punya pendapat tersendiri apabila PKP mula dilonggarkan.
Jelasnya, Malaysia masih belum menang dan tidak seharusnya netizen bergembira dengan keputusan yang dibuat kerana virus Covid-19 tiada vaksin penyembuh setakat ini.
“Kita tak punya vaksin, atau penawar.
“Angka yang dijangkiti masih wujud.
“Negara Taiwan yang 0 kes pun masih lagi melaksanakan kawalan pergerakan.
“Kita masih lagi 2 kes angka setiap hari macam dah menang perang,” kongsinya.
Rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan.

Foto : Instagram Naim Daniel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

