Hanya dengan sekali lafaz Mohamed Amirul Yunus selamat menjadi suami kepada pelakon Farah Nabilah pada majlis pernikahan yang berlangsung di Mutiara Ballroom, Royal Chulan, Damansara disini jam 9:04 minit malam.
Pasangan itu dinikahkan bapa Farah, Datuk Saipuddin Ahmad dengan disaksikan kira-kira 100 tetamu, termasuk keluarga dan kenalan terdekat.
Pada majlis itu, Farah menerima mas kahwin sebanyak RM1000 dengan berbalas tujuh hantaran masing-masing.
Sementara wang hantaran pula sebanyak RM77,777.77.
Bertemakan Melayu Tradisional, pasangan sama cantik sama padan ini tampil mengenakan busana berwarna putih.
Pasangan ini akan mengadakan majlis resepsi pada 28 Disember (belah lelaki) dan 5 Januari depan (belah perempuan).