Penghulu segala hari, Jumaat menjadi momen paling bermakna buat pereka terkenal jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin apabila selamat diijabkabul bersama wanita pilihan, Nurida Suraya dengan sekali lafaz.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga merupakan sahabat kepada pereka fesyen popular itu.
“Alhamdullillah.. subhanallah.. .. Tahniah buat sahabatku.. @rizman.n @nuridasuraya,” tulis Datuk Seri Siti.
Tampil sedondon mengenakan persalinan polos putih nan suci, pasangan sama cantik sama padan ini melangsungkan majlis nikah di Glasshouse at Seputeh, Kuala Lumpur awal pagi tadi.
Dihadiri ahli keluarga kedua mempelai, majlis nikah tersebut turut diraikan teman rapat dan rakan selebriti jemputan.
Tahniah buat pasangan raja sehari ini dari MH, moga kekal hingga ke jannah.
Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Time Tu Kak Intan Belikan Kasut, Baju Hitam…,” – Mawar Rashid Cerita Fasal Kakak, Dedah Pernah Kerja Tempat Sama… Parkson Di Pavillion!
Pelakon Mawar Rashid mendedahkan dirinya sedang merancang untuk bersama-sama melakukan bisnes dengan kakaknya, Intan Rashid kerana semangat yang dibawa wanita berkenaan yang disifatkan sebagai seoranf yang positif dan mempunyai energi yang baik.
Menerusi Instagram, ibu kepada seorang cahaya mata itu juga turut bercerita kisahnya yang pernah bekerja di tempat sama dengan kakaknya itu.
“Kitorang dulu sama2 kerja PARKSON PAVILLION..Dan nilah sebab2 kenapa Mekwa nak buat sama2 bisnes ngan kak @intanrashid__ .
“So…ni kakak Mawar anak yang ke-3 @intanrashid90. Mawar suka Kak Intan ni sebab dia ada mindset yg positive dan energy mmg POWER, yang penting KOMITED. Kalau duduk ngan dia mmg ckp pasal bisnes 24/7. Dah la rajin, lemah lembut pulak tu. Sorry lah, I mmg adore kakak2 i. Kak intan ni ada kembar sebenarnya nama @indri.rashid,” tulisnya lagi.
Pada masa sama, bintang berusia 25 tahun ini turut menjelaskan, ketika itu, individu yang banyak berjasa dalam membantunya mendapat pekerjaaan ialah kakaknya yang juga merupakan anak ketiga dalam keluarga.
“Kak lily and kak intan, keje kat shopping mall nak dekat 10tahun lebih tau. Dorang mula kerja lepas abis SPM, evendo dorang ni budak pandai tapi x dapat continue blajar sebab.
“Mekwa rasa kene cite kat post lain la pasal kakak kembar mekwa ni. Post ni MekWa nk crita pasal kak Intan je dulu kay.
“After 10 YEARS, barula kak intan brenti kerja demi nak tolong adik dia majukan bisnes. Beberapa hari lepas kak brenti tu, sebak adik bila kkk cakap. Adik, camni ke perasaan jaga anak”.
“Fuhhh.. Mmg sebak gila dgr masa kakak cakap camtu. Adk mmg faham kakak, sbb slama 10 tahun kkk kerja pagi sampai malam, utk bayar commitment mcm2 utk mummy lagi. So kkk tk dpt betul2 merasa jd seorang ‘ibu & isteri’ di rumah.
“Sbb tu la adk mmg niat nak buat bisnes yg boleh tarik semua kakak2 ngan abg adik utk senang sama2. Insyaa’Allah semua nanti boleh jd team sama2.
“Mmg kakak bnyk sgt jasa baik kakak kat kitorg semua. Yang ni adk paling ingat… memang touching bila teringat. Masa adk baru pas abis SPM, kak intan tlg adik carikan tempat keje sbb nak adik ada duit.
“So kitorang keje sama2 kat dalam Parkson Pavi, time tu kak intan belikan kasut hitam, baju hitam, (pekerja parkson kan kene pakai all blck).
“Walaupun duit kakak cukup2 makan.. tp kkak still belikan utk adik, time tu adik niat…“YA ALLAH YA TUHAN KU, DAKU AKAN TOLONG KAKAK2 ADIK BRADIK KU , IBUKU YA ALLAH. AKU BERSYUKUR AKU ADA ADIK BRADIK YG BAIK2”.
“Dan Alhamdulillah, now Allah memberi peluang utk Mekwa and kak Intan sama2 MEMBARA UNTUK MEMPERJUANGKAN SEMANGAT KAMI UNTUK @mawarose_hq.
“Team @mawarose_hq tengah mencari usahawan yang mindset macam kak Intan. Comment NAK kalau korang ada mindset yang commited, positive dan energetic,” tulis Mawar panjang lebar.
Foto: Instagram Mawar Rashid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ini Pandangan Peribadi, Bukan Nak Menilai Sesiapa,” – Fazura Pegang Prinsip, Tak Mahu Jual Tudung P@lestin
Pelakon dan usahawan, Nur Fazura tidak berhasrat untuk melancarkan sebarang produk bertemakan Palestin walaupun bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu negara bergolak tersebut.
Menurut Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, hal ini hanya akan mencetuskan konflik kerana merasakan agak mustasil untuk para pengusaha menyalurkan 100 peratus hasil jualan sebagai sumbangan.
“Ini merupakan pandangan peribadi dan bukannya nak menilai sesiapa. Lagipun, bukan urusan kita nak menghukum dan kita juga tak tahu niat orang lain.
“Namun, saya rasa perkara ini agak pelik sedikit. Saya boleh sahaja nak jual tudung bermotifkan Palestin tapi nak berikan keuntungan 100 peratus tu, boleh ke?
“Kita tetap kena keluarkan modal. Sebagai pengusaha tudung, sudah tentu akan berlakunya konflik kepentingan. Mesti ada duit yang masuk ke kita.
“Jadi, saya menolak untuk berbuat sedemikian,” katanya kepada MH.
Isteri kepada pelakon, Fattah Amin itu berkata sedemikian ketika ditemui di program Ngopi Bersama Fazura yang berlangsung pada Ahad.
Katanya lagi, dia mempunyai cara sendiri untuk menyampaikan sumbangan buat mangsa perang di Palestin.
“Memang ada permintaan tapi ia bukan cara saya. Ia tidak selari dengan prinsip saya. Saya juga ada berikan sumbangan melalui platfrom-platform lain tapi tak perlulah kita sebutkan.
“Itu antara saya dan Allah. Kita gunakan senjata orang mukmin iaitu berdoa agar konflik dan keganasan di bumi Palestin segera berakhir,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Fazura turut menyeru kepada semua pihak untuk terus memboikot dan memberikan tekanan kepada produk atau jenama yang mempunyai pertalian dengan Israel.
“Wajar kita boikot produk Israel. Apa sahaja produk yang menyumbang kepada Zionist untuk mereka gunakan bagi menghancurkan saudara kita di Palestin memang wajib diboikot.
“Walaupun ramai yang pandang rendah tapi cara ini telah terbukti. Saham mereka telah jatuh dan banyak kedai yang terpaksa ditutup. Ini adalah jihad kita,” akhirinya.
Terdahulu, Fazura baru sahaja melancarkan produk kopi terbaharu yang diberi nama Trully Caffe.
Truffly Caffe hadir dengan dua perisa premium iaitu Cafee Latte dan Buttercream Latte.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pergi Pada Malam 27 Ramadan,” – Ibu Nurul Syuhada Nurul Ain Meninggal Dunia
Personaliti televisyen, Nurul Syuhada Nurul Ain memaklumkan ibunya, Permai Hasan telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Selasa jam 4 pagi.
Khabar mendukacitakan itu dikongsikan sendiri oleh Nurul Syuhada menerusi laman Instagram pagi tadi.
Menurut Nurul Syuhada, dia sendiri tidak menyangka akan pemergian tersebut kerana hari sebelumnya ibunya itu dikatakan berada dalam keadaan yang baik.
“Dukacita dimaklumkan ibu saya Allahyarhamah Permai binti Hasan telah pulang ke Rahamatullah pada malam 27 Ramadan (sekitar jam 4 pagi) di rumah saya Taman TAR Ampang.
“Saya menggunakan ruang ini untuk memaklumkan kepada sebahagian keluarga dan sahabat handai yang mengenali Allahyarhamah ibu saya yang masih belum menerima berita duka ini.
“It’s very surreal to us because she was still okay the day before despite being a very high spirit dialysis patient for the past 7 years and only last few days complained about her gastric and stomach upset,” tulisnya.
Dalam pada itu, bekas pengacara progam Malaysia Hari Ini itu turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang telah menziarah dan membantu menyempurnakan majlis pengebumian ibunya semalam.
“Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga, jiran dan sahabat yang hadir untuk solat jenazah dan membantu kelancaran pengembumian Allaryahmah.
“It’s all happened so fast and smooth yesterday from the moment after her passing in the morning until her burial right after Zuhur with the tremendous help from qariah Masjid Darul Ehsan. Allahuakbar,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Nurul Syuhada turut memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan arwah ibunya itu ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Lastly, saya memohon doa dari kalian semua untuk mendoakan ibu saya di bulan Ramadan yang berbaki ini agar Allah SWT menurunkan Rahmat, ampunan dan syafaat kepada ibu saya dan ditempatkan bersama para soliheen, sidiqqin dan syuhada,” akhirinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa duka selain turut memberikan kata-kata semangat buat Nurul Syuhada serta keluarga bagi menempuhi detik sukar ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nurul Syuhada Nurul Ain
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI