Penghulu segala hari, Jumaat menjadi momen paling bermakna buat pereka terkenal jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin apabila selamat diijabkabul bersama wanita pilihan, Nurida Suraya dengan sekali lafaz.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga merupakan sahabat kepada pereka fesyen popular itu.
“Alhamdullillah.. subhanallah.. .. Tahniah buat sahabatku.. @rizman.n @nuridasuraya,” tulis Datuk Seri Siti.
Tampil sedondon mengenakan persalinan polos putih nan suci, pasangan sama cantik sama padan ini melangsungkan majlis nikah di Glasshouse at Seputeh, Kuala Lumpur awal pagi tadi.
Dihadiri ahli keluarga kedua mempelai, majlis nikah tersebut turut diraikan teman rapat dan rakan selebriti jemputan.
Tahniah buat pasangan raja sehari ini dari MH, moga kekal hingga ke jannah.
Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Duit Ni Memang Pemusnah, Mulut Perosak Dan…,”- Fazren Rafi
Isu faraid atau pembahagian harta pusaka kini turut menjadi perbualan hangat kalangan netizen.
Masing-masing memberikan pandangan pelbagai terhadap perkara berkenaan.
Pelakon Fazren Rafi misalnya turut memberikan pendapat mengenai isu tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.
Bintang drama bersiri Pengantin 100 Hari ini menjelaskan, isu wang ringgit secara langsung juga mampu menyebabkan berlakunya permusuhan dalam keluarga.
“Faz x pernah ada wallet harta pun x byk.. harap2 harta faz yg bernilai 32juta xde la yg rebut, rumah2 bungalow, penthouse, rumah panjang, jet pejuang, kapal selam n kereta2 sukan.
“duit nie mmg pemusnah, mulut perosak dan penyebar musuh negara dan bangsa, senang kata kalau kita nie berdiri tegak org boleh komen apa je yg dia rasa kurang, akan ada je salah n x kena.
“tp susah senang kita xde siapa yg tahu melainkan yg duduk serumah dgn kita lebih2 lg yg sekatil dgn kita.. jadi jagalah tepi katil sendiri jgn jdi mahkamah keadilan.
“selesakan katil anda supaya akn terbela dikemudian hari sbb xde org yg akn belikan katil utk kita, tapi kalau nk beli, belilah katil coway x pasal2 nama coway naik #my2cents tambah sikit lepas nie jumpa waris ucap takziah ye bukan tahniah anda dpt harta..,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by FAZREEN RAFI (@fazrenrafi) on
Sekadar informasi, Fazren mendirikan rumah tangga bersama Syarifah Marlina Asyikin pada tahun 2011 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata bernama Rizqin Uwais, Rizqeen Humaira, Rizqin Haqq dan Rizqin Qayyum.
Foto: Instagram Fazren Rafi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Orang Tanya Kenapa Tutup Muka Suami’ Wanita Tabah Jawab Persoalan Netizen
MH agak tersentuh baca satu perkongsian seorang isteri yang membuatkan ramai tertanya-tanya mengapa gadis ini sering menutup wajah suaminya jika muat naik gambar ke sosial media.
Rupa-rupanya, Nurr Hidayah Hassan memberitahu dia bukan dengan sengaja untuk melakukan sebegitu sebaliknya kerana suaminya itu sedang mengalami masalah kulit yang berpunca dari sakit mata.
Melalui sebuah posting, Hidayah memberitahu suaminya Hamdan Hashim bukanlah mempunyai penyakit kulity yang kronik, tetapi sebenarnya dia terkena alahan teruk melalui ubatan yang diambil.
Penyakit ini dipanggil Steven Syndrome Johnson di mana ubat yang diambil itu telah menyebabkan kulit terbakar dan ia dianggap sebagai alahan paling teruk yang jarang didapati oleh manusia biasa.
Jujur kami tersentuh melihat bagaimana Hidayah sanggup sabar dan bertahan untuk semua ini.
Menurutnya dia sangat takut untuk berkongsi gambar suaminya di media sosial kerana bimbang jika ada yang mengutuk.
Malah, Hidayah turut memberitahu kulit suaminya semakin pulih dari hari ke hari. Namun keadaan mata semakin teruk.
Malah, Hidayah turut memberi contoh yang baik dan buatkan ramai kagum dengan kemuliaan hatinya apabila berkongsi perasaan redhanya dan ikhlas bersama suami tanpa simpan sebarang dendam.
Apapun kami puji nilai positif dan semangat yang kuat ditunjukkan oleh Hidayah. Semoga suaminya diberi kesihatan yang baik dan semakin pulih.
Ini dia beberapa gambar yang sempat dikongsikannya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Si Bapa Mithali, Aeril Sikat Rambut Anak, Netizen Speku Wawa Mengandung Anak Ketiga. Namun…
Aduhai comelnya rutin harian anak beranak ni, main sikat-sikat rambut sebelum tidur.
Kata Aeril Zafrel, ini adalah rutin anaknya sebelum masuk melelapkan mata.
“Rutin harian Hayla sebelum tidur. Ni kalau dah panjang, main gunting2 rambut lagi dengan attar siap kau ya,” tulisnya di ruangan kapsyen.
View this post on InstagramA post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on
Bagaimanapun, turut menjadi perhatian adalah objek yang dipegang Hayla, seperti sekeping gambar imbasan bayi!
Malah, ada netizen yang perasan, lalu bertanya kepada selebriti itu.
Namun buat yang tidak mengikuti perkembangan Aeril di laman Instagram, gambar imbasan tersebut adalah untuk kucing mereka.
View this post on InstagramA post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Ahmad Fakharuddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.
Foto – Instagram Aeril Zafrel
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI