Pelakon Raysha Rizrose, 27, selamat bergelar isteri kepada usahawan dan pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri, 29, kira-kira jam 8.52 malam tadi.
Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Fariz Arshad, dengan disaksikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi, dalam majlis tertutup di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Pada majlis yang dihadiri sekitar 200 orang itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM2,222 bersama tujuh dulang hantaran berbalas jumlah sama.
Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.
Raysha atau nama sebenarnya, Farza Naquraisha Mohd Fariz bersyukur kerana perancangan diatur berjalan lancar.
“Syukur segala-galanya yang dirancang salama ini dipermudahkan. Saya dengan kerendahan hati amat terharu kerana sejak mengumumkan berita pertunangan, banyak mesej dan doa yang baik-baik dipanjangkan ramai. Saya doakan kebaikan sama berbalik kepada semua.
“Semoga permulaan fasa baharu membina masjid ini akan terus mematangkan saya dan suami, insya-Allah,” kata juara Dewi Remaja 2014/2015 itu.
Berkongsi detik perkenanan, adik kepada Uqasha dan Nelydia Senrose itu mendedahkan perkenalan mereka mekar sejak 10 tahun lalu.
“Kami kenal dari tahun 2013 menerusi akaun Twitter. Ketika itu saya masih menuntut di sekolah menengah.
“Biasalah dalam tempoh sedekad itu, hubungan kami ada turun naik. Tapi pada akhirnya kami banyak bertolak-ansur.
Ads
“Kepercayaan dan komunikasi menjadi teras kepada hubungan kami,” kata anak keempat daripada tujuh beradik itu.
Mengenai bulan madu dan cahaya mata, pelakon ini mengakui mereka belum merancang.
“Banyak komitmen dan kerja yang saya kena selesaikan selepas kahwin. Malah sebelum majlis nikah ini pun, saya terikat dengan penggambaran beberapa kempen dan projek yang tak memerlukan komitmen panjang. Jadi bolehlah saya fokus membuat persiapan kahwin dalam tempoh itu.
“Sejujurnya, memang belum ada perancangan berbulan madu lagi saat ini. Soal anak pula, baik saya dan suami tidak meletakkan ketetapan. Bagi kami perihal cahaya mata ini, insya-Allah ada rezeki ia akan datang tepat pada waktunya.
“Cuma selepas kahwin, saya perlu lebih selektif memilih watak. Saya sudah berubah status, jadi keutamaan tentunya lebih kepada suami,” katanya.
Mengenai Nabil atau nama penuhnya, Muhammad Nabil Jan Al Jeffri, Raysha menyifatkan suami melengkapi segala-galanya.
“Selama ini, dia (suami) sentiasa menjadi inspirasi dalam hidup saya. Dia sentiasa mendorong saya menjadi lebih baik,” kata Raysha.
Sementara itu, Nabil Jeffri menganggap Raysha sebagai wanita yang banyak menyuntik semangat.
“Dia (Raysha) sentiasa ada ketika saya memerlukannya. Di saat berada di tahap paling bawah dan sedih, dialah yang tak pernah berpaling daripada saya.
“Kebijaksanaannya juga menambat hati saya. Dia seorang yang memahami dan matang. Malah kualiti lain yang mencuri perhatian saya ialah dirinya memang pandai membawa diri, sentiasa santun dan menghormati orang.
“Tentunya, dia sangat comel dan itu yang buat saya jatuh hati dengannya. Dia juga jujur dan ikhlas dalam setiap apa dilakukan,” kata Nabil.
Ads
Tambah Nabil Jeffri lagi, Raysha juga selama ini begitu memahami jadual dan tuntutan kerjanya.
“Ada ketika saya perlu berada di luar negara kerana urusan kerja, dia umpama begitu dekat dengan diri ini menyokong dari kejauhan.
“Syukur, jodoh dan cinta kami mekar serta erat hingga ke saat ini. Moga hubungan ini kekal ke jannah,” katanya.
Terdahulu, pasangan ini melangsungkan pertunangan
secara tertutup pada 22 Disember, tahun lalu.
Namun, Raysha dan Nabil Jeffri hanya berkongsi dan mendedahkan cerita pertunangan mereka di media sosial pada 14 Februari lalu.
Tanggal 26 Februari ini, mereka akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi juga di lokasi sama majlis pernikahan berlangsung.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan dua sejoli, Aidil Aziz dan Fasha Sandha telah pun selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 30 Mac lalu dalam sebuah majlis sederhana tetapi cukup bermakna.
Lalu sejak percintaan hinggalah ke fasa perkahwinan, pasangan pelakon ini sering menjadi perhatian peminat kerana pasangan ini dikatakan secocok dan romantis bersama.
Apa-apa pun, mungkin ramai yang sedia mengenali si isteri, jadi apa kata kali ini kita lihat 10 fakta menarik yang suami Fasha Sandha pula!
1.Pelakon Aidil Aziz atau nama sebenarnya, Mohd Aidil Bin Abdul Aziz telah dilahirkan pada tanggal 28 Julai 1987 di Seri Kembangan, Selangor.
2. Menariknya, Aidil gemar bertutur dalam dialek Negeri Sembilan kerana keluarganya berasal daripada negeri tersebut.
3. Di samping itu, Aidil juga turut sinonim dengan panggilan ‘Pak Ngah’. Malah, Fasha turut menulis panggilan sama buat Aidil di media sosial.
4.Pada tahun 2009, Aidil memulakan karier sebagai seorang pelakon.Setelah beberapa tahun selepas itu, nama Aidil mula dikenali selepas Aidil membintangi sebuah drama bersiri berjudul Saiful Nita yang ditayangkan di TV3 suatu ketika dahulu.
5. Kemudian pada tahun 2010, filem pertama yang menampilkan pelakon kacak Aidil ialah filem berjudul Kapoww. Selepas itu, Aidil telah membintangi dalam filem Evolusi KL Drift2 arahan Syamsul Yusof.
6.Sehingga kini, Aidil sudah berlakon hampir 30 buah drama bersiri sepanjang bergelar sebagai seorang pelakon selama 10 tahun.
7. Selain meminati dalam bidang lakonan, Aidil juga amat meminati dalam sukan bola sepak. Oleh itu, Aidil telah banyak meluangkan masa bermain bola sepak.
8.Tidak lari dari kontroversi, nama Aidil pernah menjadi perbualan hangat suatu ketika dahulu apabila Aidil telah ditahan untuk siasatan selepas didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat hampir 500 gram dan memiliki senjata berbahaya pada September 2016.
9.Namun, Aidil telah dibebaskan dengan ikat jamin RM 4000 dan dakwaan terhadap Aidil telah digugurkan pada Mei 2017 selepas didapati tidak bersalah.
10. Aidil telah mula berkenalan dengan Fasha Sandha akhir tahun 2017 selepas mereka terbabit dalam sebuah penggambaran sitkom bertajuk Mamu Mami Gosip. Selepas hampir leboh setahun berkenalan, pasangan ini telah bertunang pada 18 November 2018 dan bakal disatukan tidak lama lagi.
Sumber : Carian Google, Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan menyangkal tanggapan segelintir pihak yang mendakwa keadaan tangannya kini sudah berkedut.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan di aplikasi Tik Tok, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta menunjukkan sendiri keadaan tangannya yang dicelupkan di dalam sebuah kolam bagi membuktikan tanggapan tersebut berbeza.
Menurut Che Ta, apa yang terlihat pada tangannya itu bukanlah tanda kedutan sebaliknya hanyalah urat yang timbul.
“Jahat ye mulut kata tangan aku berkedut. Kedut apanya. Cuba zoom tengok betul-betul sama ada itu urat atau kedut.
“Tangan saya tiada isi dan sebab itulah keluar urat. Tapi tak mengapalah. Tak payah tengok urat saya tu. Tengoklah inai yang meletop ni.
“Apa yang kita jual ni tak nak pula tengok. Sibuk nak tengok aku punya urat pula. Lepas tu kata kedut pula,” katanya.
Katanya lagi, daripada orang ramai mengambil tahu mengenai tangannya itu, adalah lebih baik sekiranya mereka memberikan fokus terhadap produk inai yang sedang diusahakannya itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan sokongan selain turut menasihati Che Ta agar mengeabaikan sahaja komen-komen negatif itu.
“Tetap cantik dari dulu lagi. Makin lama makin cantik.
“Tak mengapalah. Biarlah orang nak cakap apa pun, janji kita bahagia. Pedulikam sahaja cakap orang.
“Cantik tangan Che Ta. Putih gebu.
“Che Ta paling steady jawab kecaman netizen. Macam kawan-kawan je dia buat.
“Depa saja cakap macam tu. Kami tengok segak je,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Setakat ini, video tersebut telah pun meraih hampir 100,000 jumlah tontonan di aplikasi Tik Tok.
Terdahulu, selain aktif di dalam dunia seni, Che Ta juga kini sedang sibuk mengusahakan bisnes inai miliknya sendiri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Rozita Che Wan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Masih dalam mood pengantin baru, Pekin Ibrahim hari ini ada berkongsi dedikasi teristimewa buat isteri tercinta, Mona Allen yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-34, hari ini.
Dedikasi ucapan itu dikongsi aktor itu menerusi Instagram.
Di dalam ucapannya, pelakon tersebut turut meminta agar netizen mendoakan yang baik-baik sahaja.
“Happy Birthday to my wife .. semoga kalian semua doa yg baik baik ok . terus sukses dalam kerjaya sebagai anak seni dan kena kuat menempuh hari hari mendatang.
“Sentiasa merendah diri , jadi diri sendiri , jangan lalai dengan pujian , sentiasa belajar utk jadi lebih baik , hargai mereka yg sentiasa memberi sokongan , hargai kerja org lain , usaha dan terus usaha.
“I know u can do it .. always di belakang u,” tulis Pekin.
Terdahulu, pasangan selebriti ini telah pun mendirikan rumah tangga secara tertutup awal Disember lalu.
Foto: Instagram Pekin/ Mona Allen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Conor Maynard, sebelum ini terpalit kontroversi apabila namanya dipetik sebagai bapa kepada bayi yang baru dilahirkan bintang The Traitors, Charlotte Chilton.
Namun kini,...