Pelakon Raysha Rizrose, 27, selamat bergelar isteri kepada usahawan dan pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri, 29, kira-kira jam 8.52 malam tadi.
Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Fariz Arshad, dengan disaksikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi, dalam majlis tertutup di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Pada majlis yang dihadiri sekitar 200 orang itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM2,222 bersama tujuh dulang hantaran berbalas jumlah sama.
Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.
Raysha atau nama sebenarnya, Farza Naquraisha Mohd Fariz bersyukur kerana perancangan diatur berjalan lancar.
“Syukur segala-galanya yang dirancang salama ini dipermudahkan. Saya dengan kerendahan hati amat terharu kerana sejak mengumumkan berita pertunangan, banyak mesej dan doa yang baik-baik dipanjangkan ramai. Saya doakan kebaikan sama berbalik kepada semua.
“Semoga permulaan fasa baharu membina masjid ini akan terus mematangkan saya dan suami, insya-Allah,” kata juara Dewi Remaja 2014/2015 itu.
Berkongsi detik perkenanan, adik kepada Uqasha dan Nelydia Senrose itu mendedahkan perkenalan mereka mekar sejak 10 tahun lalu.
“Kami kenal dari tahun 2013 menerusi akaun Twitter. Ketika itu saya masih menuntut di sekolah menengah.
“Biasalah dalam tempoh sedekad itu, hubungan kami ada turun naik. Tapi pada akhirnya kami banyak bertolak-ansur.
Ads
“Kepercayaan dan komunikasi menjadi teras kepada hubungan kami,” kata anak keempat daripada tujuh beradik itu.
Mengenai bulan madu dan cahaya mata, pelakon ini mengakui mereka belum merancang.
“Banyak komitmen dan kerja yang saya kena selesaikan selepas kahwin. Malah sebelum majlis nikah ini pun, saya terikat dengan penggambaran beberapa kempen dan projek yang tak memerlukan komitmen panjang. Jadi bolehlah saya fokus membuat persiapan kahwin dalam tempoh itu.
“Sejujurnya, memang belum ada perancangan berbulan madu lagi saat ini. Soal anak pula, baik saya dan suami tidak meletakkan ketetapan. Bagi kami perihal cahaya mata ini, insya-Allah ada rezeki ia akan datang tepat pada waktunya.
“Cuma selepas kahwin, saya perlu lebih selektif memilih watak. Saya sudah berubah status, jadi keutamaan tentunya lebih kepada suami,” katanya.
Pelakon Raysha Rizrose, 27, selamat bergelar isteri kepada usahawan dan pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri, 29, kira-kira jam 8.52 malam tadi. Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Fariz Arshad, dengan disaksikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi, dalam majlis tertutup di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Mengenai Nabil atau nama penuhnya, Muhammad Nabil Jan Al Jeffri, Raysha menyifatkan suami melengkapi segala-galanya.
“Selama ini, dia (suami) sentiasa menjadi inspirasi dalam hidup saya. Dia sentiasa mendorong saya menjadi lebih baik,” kata Raysha.
Sementara itu, Nabil Jeffri menganggap Raysha sebagai wanita yang banyak menyuntik semangat.
“Dia (Raysha) sentiasa ada ketika saya memerlukannya. Di saat berada di tahap paling bawah dan sedih, dialah yang tak pernah berpaling daripada saya.
“Kebijaksanaannya juga menambat hati saya. Dia seorang yang memahami dan matang. Malah kualiti lain yang mencuri perhatian saya ialah dirinya memang pandai membawa diri, sentiasa santun dan menghormati orang.
“Tentunya, dia sangat comel dan itu yang buat saya jatuh hati dengannya. Dia juga jujur dan ikhlas dalam setiap apa dilakukan,” kata Nabil.
Ads
Tambah Nabil Jeffri lagi, Raysha juga selama ini begitu memahami jadual dan tuntutan kerjanya.
“Ada ketika saya perlu berada di luar negara kerana urusan kerja, dia umpama begitu dekat dengan diri ini menyokong dari kejauhan.
“Syukur, jodoh dan cinta kami mekar serta erat hingga ke saat ini. Moga hubungan ini kekal ke jannah,” katanya.
Terdahulu, pasangan ini melangsungkan pertunangan
secara tertutup pada 22 Disember, tahun lalu.
Namun, Raysha dan Nabil Jeffri hanya berkongsi dan mendedahkan cerita pertunangan mereka di media sosial pada 14 Februari lalu.
Tanggal 26 Februari ini, mereka akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi juga di lokasi sama majlis pernikahan berlangsung.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas dikatakan hampir setahun misinya tertangguh, penyanyi, Wany Hasrita akhirnya meluahkan rasa teruja apabila kini telah pun berjaya memiliki rumahnya sendiri.
Menurut Wany, berkat usaha dan doa yang berterusan, hampir segala yang diidamkannya telah pun tercapai.
Selepas muncul menerusi single, Adakah Kau Mendengar pada tahun 2020, penyanyi R&B dan producer, Alyph mendedahkan dia mempunyai sebab yang tersendiri mengapa memilih untuk menangguhkan terlebih dahulu projek album EP yang berjudul 111/111.
Menurut Alyph atau nama sebenarnya Muhammad Alif Abdullah, keputusan tersebut dibuat bagi menghormati perasaan semua pihak lebih-lebih lagi buat mereka yang terkesan sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini.
Katanya lagi, adalah tidak adil baginya untuk bersuka ria sedangkan orang lain sedang menghadapi detik yang amat sukar.
“Saya rasa, ini mungkin waktu yang paling sesuai untuk saya kembali fokus dalam muzik. Sebenarnya sejak dua tahu lalu, saya memang ingin memberi sepenuh tumpuan terhadap kerjaya muzik saya dan bukan orang lain.
“Tetapi disebabkan pandemik ini, takkan saya nak bersuka ria pula. Kalau saya hasilkan muzik yang ‘best’ dan ‘feeling good’, saya rasa situasinya sangat tak kena dengan keadaan pendengar ketika ini.
“Walaupun saya memang tak sabar untuk melancarkan album ep ini, saya pun kena fikirkan perasaan semua orang. Saya kena tahu muzik apa yang membuatkan mereka tetap berasa selesa walaupun ketika detik sukar ini.
“Apapun, saya tetap bersyukur dengan tiga buah lagu yang saya lancarkan ini. Saya rasa moodnya sesuai. Saya harap ia dapat membantu semua orang pada masa hadapan,” katanya kepada MH.
Bekas anggota kumpulan duo, Sleeq ini berkata sedemikian di majlis sidang media pelancaran album ep solo, 111/111 yang berlangsung secara virtual pada Khamis.
Jika sebelum ini, Alyph sememangnya terkenal dengan projek-projek kolaborasinya bersama penyanyi-penyanyi lain, namun, kali ini dia merasakan mungkin sudah tiba waktunya untuk dia memberikan fokus terhadap kerjaya solonya pula.
“Sepanjang karier saya sebelum ini, saya banyak berkerjasama dengan artis-artis hebat seperti Sonaone, Joe Flizzow, Ismail Izzani dan ramai lagi. Perkara sama juga berlaku ketika saya menjadi produser.
“Tetapi pada kali ini, saya seakan mendengar suara hati saya menitipkan ucapan syabas buat diri saya sendiri kerana berjaya merakam sebuah album ep tanpa bekerjasama dengan orang lain.
“Ini adalah kali pertama saya memberikan sepenuh tumpuan terhadap kerjaya solo dan saya berasa amat gembira. Saya seronok kerana dapat mengikuti rentak dan meluangkan masa untuk memahami diri sendiri.
“Saya dah banyak kali berikan tenaga dan tumpuan untuk artis lain. Ada kalanya saya rasa proses ini baik untuk saya. Saya mahu dahulukan diri saya dan buat apa yang saya suka. InsyaAllah pada masa hadapan, saya akan kembali semula dengan projek kolaborasi,” jelasnya lagi.
Dalam album ep 111/111 atau disebut sebagai ‘three-of- three’ ini, penyanyi asal Singapura ini telah pun menampil tiga buah lagu iaitu ‘Adakah Kau Mendengar?’, ‘Skali Lagi’ dan ‘Show Me Colours’.
‘III/III’ boleh didengari di semua platform digital pada 3 September 2021 dan video muzik rasmi ‘Skali Lagi’ akan ditayangkan secara perdana di laman YouTube ALYPH pada 2 September, 9 malam.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nama penyanyi jelita bersuara lunak, Farahdhiya mula meningkat naik dan dikenali dalam arena muzik tanah air apabila dia mula meraih kejayaan komersial pada tahun 2004 menerusi single sulungnya yang berjudul ‘Bertakhta Di Hati’.
Selain menguruskan karier sebagai anak seni, Farahdhiya juga sering berkongsi aktiviti dan juadah masakan di laman sosial miliknya.
Selain Menyanyi, Memasak Buat Farahdhiya Gembira!
Farahdhiya sebelum ini ketika ditemui team MH memaklumkan, “Antara benda yang buat saya sangat happy dalam hidup ialah bila dapat pergi pasar, dapat beli barang dapur, dapat masuk dapur, dapat masak untuk yang tersayang.”
Memang Naib Juara Gegar Vaganza Musim 2015 ini seorang ‘kaki masak’. Walau Farahdhiya mempunyai darah kacukan, tapi seleranya ditambat dengan juadah tradisi. Lebih-lebih lagi menu berasaskan lauk kampung.
Malah, Faradhiya dilihat semakin rancak di dapur, terutamanya bila menjelang bulan mulia bagi seluruh umat Islam, iai tu bulan Ramadhan, kerana pada bulan penuh keberkatan ini merupakan masa terbaik untuk menjamu selera keluarga tersayang.
Terdahulu, video juadah berbuka puasanya yang pernah dimuatnaik oleh Faradhiya telah meraih puluhan ribu tontonan. Lebih menarik lagi apabila ia turut mendapat reaksi daripada ‘otai’ masakan, Sheila Rusly.
Bukan Mak-Mak Je Masak Setiap Hari, ‘Single’ Pun Sama Tau – Farahdhiya
Selain itu, Farahdhiya dilihat tidak hanya hebat menyediakan juadah lauk pauk, malah dia juga mempunyai kebolehan untuk menyediakan pelbagai jenis hidangan pencuci mulut dan air!
“Gulai ayam dan telur rebus, sayur bendi pecah telur, ikan masin dengan timun dan sambal belacan, lepat pisang, greek yogurt, chia seeds dan air cincau. Done dan alhamdulillah fortoday.”
Kongsinya, “Kita share sekurang-kurangnya dapat idea apa nak masak esokkan? Bukan ibu-ibu je yang memasak ye, yang single tak kahwin lagi ni pun masak hari-hari juga. Banyak hari lagi ni nak memasak.
Kuih ketayap, ikan keli berlado, lemak putih pumpkin suun fucuk pecah telur, telur dadar (lauk wajib abang saya), buah sedikit dengan air sirap limau biji selasih.
Kecur tengok air tangan Farahdhiya! Pelantun lagu Bertakhta Di Hati ini bukan saja cantik tapi rajin ke dapur. Dengan wajah kacukan ‘Mat Saleh’ yang dimiliki Farahdhiya, pasti ramai tak menyangka jelitawan ini sebenarnya amat menggemari masakan kampung.
Sekadar info, Farahdhiya merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Beliau dilahirkan di Sarzana, Itali dan merupakan anak bongsu daripada dua beradik.
Farahdhiya juga mempunyai darah kacukan Melayu-Inggeris. Ibunya berketurunan Inggeris dari Portsmouth, England manakala ayahnya berketurunan Melayu yang berasal dari Johor.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Baru-baru ini, pelakon dan pelawak Afea Deanna yang popular menerusi watak Yah Kuchai ada berkongsi mengenai rutin hariannya menjaga haiwan ternakan di kampung selepas tersingkir daripada pertandingan lawak, Muzikal Lawak Superstar musim ke-4.