
Tahniah diucapkan buat pelakon, Sheera Iskandar yang telah pun selamat bergelar isteri kepada anggota polis Mohd Halim Abdul Gani, dengan sekali lafaz.
Majlis berlangsung di Magica Events Hall, Quill City, Kuala Lumpur.
Pasangan itu dinikahkan jurunikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Muhammad Firudz Saderi kira-kira pukul 6 petang, Isnin.
Memetik mStar, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM1,000 beserta dulang hantaran satu berbalas satu.
Majlis pernikahan Sheera atau nama sebenarnya Tengku Shahira Ilani Tengku Iskandar, 36, itu diadakan secara tertutup mengikut prosedur operasi standard (SOP) dihadiri 70 tetamu termasuk ahli keluarga.
Imbas kembali, Sheera yang juga anak kepada pelakon veteran Aznah Hamid sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdullah Harun, 36, pada Ogos 2015 namun bercerai pada hujung 2018.
Difahamkan, pelakon drama bersiri popular Gerak Khas itu mula mengenali suaminya ketika penggambaran Gerak Khas pada tahun 2019.
Turut hadir bagi meraikan pasangan raja sehari termasuk pelakon drama rantaian terbabit, Abby Abadi dan Salina Saibi.
Sumber: mStar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tak Belajar Tinggi, Tapi…,” – Apa Nak Malu? Ayu Raudhah Optimis Bisnes, Kini Jadi Tauke Pakaian Wanita

Nama Ayu Raudhah sebelum ini pernah mewarnai dunia lakonan tempatan sekaligus berjaya meletakkan namanya sebaris dengan aktres popular sedia ada.
Bagaimanapun, Ayu atau nama penuhnya, Raudhah Che Wan yang aktif berlakon sejak tahun 2007 pernah memperlahankan rentak seninya selepas berkahwin dengan pemain bola sepak Negeri Sembilan, Zaquan Adha.
Perkahwinannya sejak 21 Januari 2011 itu turut disusuli dengan keputusan bertudung sekembalinya mengerjakan umrah dan 21 Januari lalu genap 11 tahun usia perkahwinan mereka.
“Rindu terhadap dunia lakonan itu tidak pernah surut. Tambah lagi kalau tengok drama lakonan sendiri diulang siar di televisyen, lagi menebal kerinduan.
“Kali terakhir saya berlakon drama Cinta Bukan Kristal untuk slot Akasia TV3 pada 2018. Drama itu diterajui Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat. Saya berlakon watak Ma Su Faridah.
“Ikutkan sampai sekarang tawaran berlakon masih kunjung tiba. Tapi sejak merantau ikut tuntutan kerja suami termasuk ke Kedah dan kini Seremban, memang saya fikir banyak kali nak terima tawaran berlakon.
“Tambah pula berlakon perlu pengorbanan masa. Saya pula seboleh-bolehnya nak tengok anak membesar depan mata,” katanya yang turut gembira di kelilingi lima permata hati.
Ketika perhatian lebih terarah kepada keluarga, Ayu juga mula berjinak-jinak menceburi dunia perniagaan termasuk mengeluarkan produk kecantikan kulit, pakaian Muslimah dan lelaki serta tudung.
Terbaru sejak lebih sebulan lalu, Ayu dan suami membuka kafe makanan di Seremban. Ayu sejak hujung tahun lalu juga disunting sebagai duta pakaian wanita mampu milik, byLR.
“Ada kalanya apabila tumpuan berniaga lebih cenderung, suami mula merungut manja sebab masa dengannya tak banyak. Macam idea buka kafe pun bertitik tolak sebab suami nak makan air tangan saya.
“Tapi lama-kelamaan suami faham. Apa kami lakukan dengan mencari rezeki ini untuk kebaikan bersama termasuk masa depan anak,” katanya.
Pemenang kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem menerusi filem Lagenda Budak Setan 3 di Anugerah Skrin 2015 (ASK 2015) itu juga percaya pengalaman menjadi harta bernilai.
“Saya tidak belajar tinggi. Saya tak malu mengakuinya, bahkan bangga dengan semangat diri. Saya hanya lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Malah tak ada latar belakang jurusan perniagaan pun. Namun saya percaya pengalaman menjadi azimat berharga.
“Lalu ketika pihak byLR mempelawa untuk menjadi rakan strategik bagi memasarkan jenama itu, saya cabar diri. Komitmen saya bukan setakat duta, tapi juga ke depan dalam meningkatkan pengaruh serta kesedaran jenama itu.
“Saya fikir ini juga masa dan peluang terbaik untuk melangkah ke fasa lain sebagai usahawan. Ketika ini perhatian tertumpu kepada koleksi sedondon raya si ibu dan anak perempuan dan sebanyak 10000 helai pakaian diterbitkan sempena kehadiran Ramadan dan Syawal,” kata Ayu yang turut menampilkan anak perempuannya sebagai model baju raya si cilik.
Kata Ayu lagi, dia dan jenama itu bertekad untuk mengeluarkan pakaian wanita contohnya seperti baju kurung kain kapas premium dan corak ala songket yang dijual dengan harga berpatutan.
“Niat kami mahu semua golongan wanita boleh bergaya cantik tanpa mengeluarkan bajet yang mahal. Rangkaian harga pakaian bermula serendah RM69 hingga ke RM129 untuk usia 18 ke 50 tahun.
“10000 helai pakaian itu disasar boleh habis terjual dalam tempoh kurang sebulan. Kami mensasarkan RM1 Juta jualan dalam sebulan. Tahun ini secara keseluruhan kami sasar RM12 juta boleh disasar. Insya-Allah,” kata Ayu.
Jenama di bawah syarikat Iwan Industry Factory Sdn Bhd beribu pejabat di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang yang mula mengembangkan sayapnya sejak hujung tahun lalu itu juga tidak mahu membebankan golongan wanita terutama di era semasa.
“Dari zaman pandemik COVID-29 hinggalah ke endemik, kami tahu ada yang bergelut meneruskan survival. Bukan semua senang. Tapi di saat negara sudah mula ‘terbuka’ membiasakan norma baharu dan kesempatan beraya tahun ini, tak salah untuk berbelanja membeli pakaian raya.
“Sebab itu kami mahu puaskan keinginan wanita yang masih kekal berfesyen cantik dengan harga bukan kayangan. Golongan sasaran kami daripada gadis hinggalah wanita matang.
“Daripada pekerja kerajaan, swasta hingga ke sektor korporat dan juga pelajar kolej mahupun universiti ini masan untuk anda kekal bergaya tanpa berfikir panjang memikirkan nilai harganya,” katanya.
Ditanya wanita bertaraf figura umum atau public figure, apakah jenama diwakilinya itu seiring dengan statusnya, Ayu tidak kisah dengan pandangan orang.
“Saya boleh akui seorang yang tidaklah terlalu ringkas dalam bergaya. Kalau sudut artis, pakaian digayakan bergantung kepada majlis dan situasi.
“Namun atas kapasiti usahawan, saya tak boleh ikut kehendak sendiri. Pakaian cantik dan mahal belum tentu orang ramai pakai. Tapi pakaian cantik, selesa, ringkas, harga munasabah dan dianggap ‘kampung’ itu tentu-tentu ramai nak.
“Biarlah bijak membeli, menang memakai. Sekarang ini pun, koleksi terdahulu dijual pada harga diskaun 30 peratus sempena pra Ramadan. Saya juga nak ajak semua tambah pendapatan sempena raya kali ini dengan menjadi ‘dropship’,”katanya lagi.
Ayu berkata, dia diperkenalkan Nurhazlinda menerusi kakaknya, Rubitah Che Wan dan suami, Lan Pet Pet tahun lalu.
Bermula sebagai risikan menjadi duta jenama pakaian itu, Ayu menyerlahkan pengalamannya menceburi perniagaan sejak tahun 2012 menarik keyakinan rakan kongsinya itu untuk berada di depan menerajui perniagaan diusahakan.
Sebagai permulaan, Ayu turut mengumumkan akan mengedar 10,000 tudung percuma dan baucar RM10 kepada peminatnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dakwaan Tekanan Dihadapi Zynakal Hanya Propa? Rupanya Ini Sebenarnya Yang Berlaku, Diceritakan Tuan Badan

Penyanyi rap, Zynakal mendedahkan dirinya rasa kecewa apabila ada segelintir pihak yang menyifatkan dia sengaja mengada-adakan cerita mengenai berkaitan dengan tekanan dihadapi sebelum ini.
Zynakal ada membuat pendedahan mengenai kisah sebenar yang berlaku kepada dirinya kepada umum.
Bagaimanapun, masih ada yang sangsi sekali gus menuduhnya dengan pelbagai tuduhan kurang berasas.
Malah jelasnya lagi, ada yang menganggap segala yang diceritakan itu hanyalah rekaan semata-mata.
“Tekanan yang saya hadapi tak jelas sebab itu saya mampu melayan haters sampai akhirnya saya sendiri masuk ke dalam lokap,” katanya.
Mengimbas kisah hitam berkenaan, Zynakal turut mendakwa ketika di dalam lokap ada yang berkata dirinya kotor dan akan dibawa ke hospital.
Malah dakwanya juga, apa yang telah berlaku turut menyebabkan dia kurang aktif berbanding dahulu.
“Mereka kata saya kotor sebab duduk di dalam lokap dan perlu dibawa ke hospital. Bila sedar sahaja, saya nampak tulisan Wad Psikiatari.
“Pakaian pun semua dah tukar kepada baju hospital.
“Saya juga diberikan ubat berterusan memandangkan penyakit ini bukan mudah juga untuk disembuhkan.
“Impaknya saya sudah tidak aktif lagi macam dulu,” katanya menerusi perkongdian yang dipetik menerusi saluran YouTube Indigital Music, Zynakal- Pengakuan Kisah Hidup Finale.
Ikuti perkongsiannya secara penuh di sini;
Foto: YouTube Indigital Music
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bukan Lagi Rahsia & Majlis Akikah Anak Fatin Afeefa Jadi Sorotan, Ramai Puji Muhammad Jibril – “Copy Paste Muka Bapa Budak Comel Ni.”

Perkongsian video daripada pelakon Fatin Afeefa dan suami, Aliff Awang atau mesra disapa Opai yang baru sahaja menganjurkan majlis akikah buat permata hati sulung mereka, Muhammad Jibril, pada Ahad di TikTok menjadi sorotan warganet.
Selepas sekian lama mengunci mulut mengenai khabar selamat melahirkan cahaya mata, Fatin akhirnya berkongsi kepada umum wajah dan nama anak lelakinya itu yang kini berusia tujuh bulan.
Malah suaminya ada berkongsi mengenai kelahiran anak mereka menerusi Instagram yang turut memaklumkan mengenai perasaannya yang kini bergelar bapa.
“MashaAllah another blessing,” tulis Fatin Afeefa ringkas menerusi sedutan video majlis akikah yang kini sudah menerima lebih 200,000 tontonan di TikTok.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata tumpang gembira dengan perkongsian berita gembira itu selain tak kurang memuji kecomelan anak lelakinya.
Malah ada yang menyifatkan wajah Muhammad Jibril saling tidak tumpang seperti bapanya dan ini antara komen yang tertera;
“Muka daddy sangat Muhammad Jibril. Alhamdulillah, semoga kamu membesar menjadi seorang anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat.”
“Alhamdulillah… sumpah handsome. Comey betul Muhammad.”
“Wah tahniah Fatin. Tahu-tahu dah ada baby boy. Habis muka papanya yea.”
“Betul-betul copy paste muka bapak budak comel ni.”
“Copy muka ayah dia, tahniah.”
“MasyaAllah hensem boy. Alhamdulillah tahniah Faa. Moga Allah permudahkn segala urusan dan sentiasa dlindungi Allah.”
Imbas kembali, Fatin dan Opai berkahwin pada Disember 2022 dan menerusi perkahwinan sebelum ini, Fatin sudah mempunyai dua orang anak, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI