
Untuk dua tahun berturut-turut, nama pelakon Meerqeen dan Anna Jobling sekali lagi berada senarai 100 Wajah Lelaki Paling Kacak 2023 (100 Most Handsome Faces 2023) dan 100 Wajah Wanita Paling Jelita 2023 (100 Most Beautiful Faces 2023) pilihan TC Candler.
Meerqeen, 21, berada di posisi ke-62, manakala Anna Jobling, 23, pula di tempat ke-66.
Bagi kategori lelaki, nama Meerqeen mendahului beberapa nama popular dunia seperti David Beckham yang berada di tangga ke-68 dan anggota kumpulan K-Pop BTS iaitu Jin di tangga ke-67.
Manakala Anna berada di kedudukan lebih atas berbanding aktres Hollywood, Margot Robbie yang berada di kedudukan ke-90.
Terdahulu, pasangan selebriti ini mulai melonjak namanya selepas menbintangi drama episod, Melur Untuk Firdaus.
Dalam pada itu, pelakon berdarah Amerika-Perancis, Timothee Chalametdi berada di posisi pertama Wajah Lelaki Paling Kacak 2023, manakala untuk kategori wanita pula disandang penyanyi dan pelakon kacukan Korea-Amerika, Nancy Jewel Mcdonie.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tiada Siapa Yang Bersedia Sepenuhnya, Umur Dah Cecah 40 Tahun Pun Belum Tentu…,” – Ulas Soal Kahwin Pada Usia 22 Tahun, Ini Ulas Elisya Sandha

Pelakon, Elisya Sandha merasakan tiada sebab baginya untuk berkata tidak dalam soal mendirikan rumah tangga meskipun ada yang beranggapan usianya masih lagi terlampau muda untuk mamasuki fasa berkenaan.
Bagaimanapun, menurut Elisya, soal jodoh dan pertemuan ini merupakan rahsia Allah SWT yang tidak sepatutnya dipersoalkan.
“Sebenarnya ramai juga bercakap mengenai soal kahwin muda ini tetapi bagi saya kalau dah jodoh, siapa kita nak menolak. Betul tak?
“Mungkin anda boleh berkata tidak untuk berkahwin pada waktu sekarang tetapi bagaimana pula kalau kita tidak berkesempatan untuk bertemu jodoh lagi pada masa akan datang. Tak ke perkara itu akan membuatkan anda berasa sedih?
“Jadi, bila dah ditakdirkan jodoh saya tiba lebih awal, saya pun terima. Saya juga anggap ini sebagai satu amanah daripada Allah SWT untuk saya mendirikan rumah tangga pada usia muda ini.
“Saya pun tak rasa untuk berkata tidak mengenai perkahwinan ini bila mana suami saya ingin melakukan perkara yang baik dengan menghalalkan perhubungan kami,” katanya kepada MH.
Adik kepada pelakon, Fasha Sanda ini berkata sedemikian menerusi program #MHlifestyle, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Elisya menyifatkan soal bersedia atau tidak bukanlah bergantung kepada faktor usia semata sebaliknya lebih kepada persediaan seseorang itu sendiri.
“Untuk yang bercakap mengenai saya berkahwin awal itu, saya tak anggap pun ia sesuatu perkara yang tak elok. Anda boleh berkahwin pada bila-bila masa sahaja jika anda sudah bersedia. Kalau belum bersedia, lebih baik jangan.
“Bagi saya pula, saya rasa saya memang belum cukup bersedia tetapi saya dah pun membuat persediaan rapi untuk bergelar isteri. Sejujurnya, tiada siapapun yang bersedia sepenuhnya.
“Walaupun umur anda dah cecah 40 tahun sekali pun, belum tentu anda sudah bersedia untuk berkahwin. Tetapi anda boleh buat persediaan.
“Dengan usia saya yang kini memasuki 22 tahun ini, saya tahu yang saya sudah bersedia untuk bergelar isteri. Jadi, saya tak rasa itu satu masalah,” jelasnya lagi.
Sementara itu, pelakon drama Ratu Ten Pin ini turut memaklumkan dia dan suami akan tetap melangsungkan majlis resepsi mereka di kampung halaman di negeri Perlis bila keadaan negara sudah kembali pulih nanti.
Terdahulu, Elisya dan suaminya yang juga merupakan anak kepada pelakon, Sheila Rusli iaitu Uzair Haqimy telah pun selamat melangsungkan majlis pernikahan mereka pada tanggal 21 Ogos yang lalu.
Dalam perkembangan lain pula, Elisya sedang sibuk mempromosikan drama Hello, Jangan Tapau Cintaku yang kini sedang bersiaran di platform iQiyi.
Saksikan video penuh temuramah bersama Elisya Sandha menerusi program MHlifestyle yang akan ditayangkan pada malam ini.
Kredit Foto: Instagram Elisya Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tewaskan Persembahan ‘Terbang-Terbang’, AJL38 Milik Amir Jahari & Kaut RM100,000

Magis filem sarat emosi, Imaginur berjaya diterjemahkan oleh penyanyi, Amir Jahari apabila lagu ciptaannya, Hasrat mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38 yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.
Kemenangan itu melayakkan Amir memenangi trofi dan wang tunai RM100,000.
Amir yang dilihat tidak dapat menahan sebak mendedikasikan kemenangan ini buat seluruh peminat dan tenaga kerja bagi lagu hasrat.
“Terima ksih kepada isteri, mak, keluarga, bandmate dan pihak pengurusan. Ini untuk kita semua,” kata Amir sebak.
Naib juara AJL 37 menjadi milik lagu Sutera nyanyian Aisha seterusnya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi.
Malah, persembahan dengan gimik terbang turut menobatkan Aisha selaku pemenang bagi kategori Persembahan Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM12,000.
Manakala, lagu Jangan Mati Rasa Itu yang dinyanyikan oleh Aina Abdul di tempat ketiga sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM 30, 000 bersama trofi.
Selain itu, vokal luar biasa dan persembahan memukau berkonsep ‘tree of life’ ketika mendendangkan lagu Jangan Mati Rasa Itu turut membawa tuah buat Aina apabila diumumkan pemenang trofi Vokal Terbaik dengan hadiah trofi dan wang tunai RM12,000.
Malah, Aina juga turut diumumkan selaku pemenang bagi kategori, Penyanyi Pilihan Alha Alfa sekali gua meraih tambahan hadiah RM12,000.
Membawa tema Muzikaverse, AJL 38 dikendalikan oleh Sherry Alhadad dan Alif Satar sebagai hos dan turut diserikan dengan persembahan ramai artis.
Antaranya Shila Amzah, Vanessa Reynauld, Sissy Iman, Datang Nurfaezah, Ella dan Datuk Zainal Abidin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Terima Seadanya, Dulu & Sekarang,” – Biar Beza Agama, Nana Mahazan Syukur Ibu Mertua Sokong Keputusannya Pakai Tudung

Pengacara, Nana Mahazan, mendedahkan dia ada mendapat pertanyaan daripada ibu mertuanya mengenai keputusannya untuk berhijrah seterusnya mengenakan hijab.
Menurut Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan, dia kepada memberitahu ibu mertuanya, menjadi antara sebab dia memutuskan untuk mengenakan hijab adalah kerana ingin menjadi muslim yang lebih baik.
“A short story i would like to share will all of you. After my hijrah, MIL asked me (twice), why now i put my hijab on? I answered, i want to be a better servant to my creator.
“And then she said, being a better person isn’t it from the heart, ur attitude, ur behavior? Not how u look right?
“Masa tu macam tak sure nak jawab macam mana sebab betul kan, jadi baik ni is beyond just how we look. It is how we act, apa yg kita buat, cakap, kiranya keseluruhan sebab tu ianya harus selari.
“Istiqomah bukan sahaja dari berpakaian. Amal ibadat. Percakapan. Adab. Tingkah laku,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Katanya lagi, dia harus menjelaskan mengenai perkara tersebut memandangkan ibu mertuanya itu bukan beragama Islam.
Bagaimanapun, Nana amat bersyukur kerana dikurniakan ibu mertuanya yang sangat memahami dan sentiasa menyokong apa sahaja keputusannya.
“Well susah nak explain sebab my MIL is non muslim kan. Her concern macam tak panas ke? Hehehe.. but i did say, i want to be A BETTER ME. A new version of me yang trying to please my Almighty. Secara keseluruhan.
“Syukur alhamdulillah, MIL saya sgt supportive. Dari dulu. She accepted me for who i am dulu dan sekarang. Rezeki dan nikmat Allah, MIL dan saya sangat baik. Takde masalah.
“I am far from perfect, but i am trying on daily basis to improve myself. To be a better muslim. Doakan,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Nana akan istiqomah dalam perjalanan hijrahnya.
“True Nana. Why kita berhijab? Because Allah say so. And in order to please Allah, we do what Allah says us to do. Moga kita sama-sama istiqomah to be a better servant to Allah SWT.
“Nana sangat cantik berhijab.
“Semoga dipermudahkan segala urusan mu Nana.
“Thank you for inspiring me to be bettler as well,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Nana mula mengenakan tudung sepenuhnya pada Ogos lalu.
Nana mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohammad Raqeem Brian pada 2009 dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Nana Mahazan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI