Pelakon dan pengacara senior, Afdlin Shauki ada menitipkan rasa buat ibunda tercinta, Allahyarham Fadzilah Jelani.
Titipan kasih itu dikongsikan bintang terbabit menerusi Instsgram awal hari ini. Menerusi perkongsian tersebut, Afdlin memberitabu dia tidak boleh menggambarkan perasaan, apabila mendapat foto arwah ibu yang dikirimkan adiknya.
“Aku tak boleh nak gambarkan perasaan aku pagi ni, sekali lagi pada pukul 4 pagi aku masih bekerja… tiba tiba henfon beebunyi, adik aku pos gambar arwah ibu dan kata dia mimpi ibu dan nangis… gambar ibu dgn senyuman yg paling aku rindu… pasal senyuman dia buat aku bahagia…. buat penat aku berbaloi, buat sedihku terubat.
Ads
“Aku sebelum tido tiap malam akan terkenang ibu dan rasa kekosongan yg sangat besar dalam jiwa, aku rasa aku tak complete… aku sedih dan aku marah pada diri sendiri kerana tak luangkan lebih masa dgn ibu masa dia masih hidup dulu,” tulisnya.
Ads
Lalu, entri berkenaan turut mendapat komen netizen yang turut sedekahkan alfatihah buat arwah selain meminta agar pelakon Papadom itu tabah.
Ads
Terdahulu, ibunya dilaporkan meninggal dunia pertengahan Oktober tahun lalu selepas menjalani beberapa rawatan akibat diserang penyakit jantung.
Foto: Instagram Afdlin Shauki
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal berpeluang membawa anak bongsunya, Aya Soffya bercuti di pusat peranginan bagi meraikan usiannya kini sudah mencecah tujuh bulan.
Meski tidak berpeluang melancong ke luar negara akibat kekangan wabak pandemik Covid-19, Wawa dan suaminya, Aeril Zafrel memilih lokasi Port Dickson, Negeri Sembilan meluangkan masa bersama anak-anak.
“Genap tujuh bulan usia anak pelakon dan usahawan, Wawa Zainal iaitu Aya Soffya.
“My sweet aya turned 7 months today..how time flies😭 bawak dia vacation for the first time.
“Wlupun kat pd je tapi aya enjoy je.. senang jaga! so boleh la bwk gi memana lagi.. hikss
“Cant wait to explore more with you my love.. happy 7months old! #baby #justbaby,” tulisnya.
Terdahulu, Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4 dan Aya Soffya, 7 bulan.
Foto, Video : Instagram Aya Soffya , Wawa Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon jelita Nina Iskandar ada berkongsi berita gembira bersama peminat.
Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar telah dikhabarkan hamil setelah hampir 5 bulan mendirikan rumah tangga bersama seorang penolong pengarah, Azlan Adzanan.
“Bismillahirrahmirrahim.Time has flown pretty fast and so many things have happened in my life within such a short period of time.
“Overwhelming surprises – but only blessing after blessing.Syukur Alhamdulillah, My Husband and I are happy to finally announce to the public that we have a little one on the way.
“Terima kasih atas semua doa kalian. Jumuah Mubarakah. #Wawasan2020,” tulisnya.
Hari ini merupakan sambutan Hari Bapa Sedunia bagi menghargai jasa dan pengorbanan bagi insan yang bergelar seorang bapa.
Pelakon Mawar Rashid sempat menitipkan kata-kata ucapan buat suaminya, Raf Yaakob kerana telah menjadi seorang bapa yang terbaik buat anak-anaknya.
Di samping itu, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shahputri turut memuji suaminya menerusi entri tersebut.
“Happy father’s day to our King @rafyaakob Anje sangat2 adore kasih sayang Abang kat anak2 semua. Macam Anje selalu cakap, Abang very attend to them, tu sebab anak2 pun semua rapat ngan abang, manje ngan Abang.
“Anje adore macam mana Abang bahagikan masa kepada Anje, Anak2, ibu Abang, family Anje, kerja2 Abang. Walaupun kita kat keluar, Abang pun tak boleh keluar lama2 sebab teringat kat anak2.
“Terharu dapat suami macam Abang yang utama kan we all lebih dari segalanya. Sebab tu bila ada anak ngan Abang, Rafael is Raden kecik ni,
“Anje happy sangat2 sebab dapat tengok kasih sayang Abang kepada Rafael bagai menatang minyak yang penuh. Macam mana
“Abang sayang dengan @radenrayyanraf & @raysaachanelaraf . Abang layan kami semua sama rata, Itu yang sangat penting.
“Lucky Rafael & anak2 dapat papa @rafyaakob . Looking forward to raise the kids sampai anak2 besar.
“And by that time we all semua still pegang tangan and sweet macam sekarang.
Thank you for everything papa. We love you so much! #HappyFathersDay
“Sorry kalau ayat berpanjangan sangat, I want to express my feelings towards you, but kata2 pun tak dapat ungkapkan betapa bersyukur dan gembiranya to have someone like you as my husband and father to the kids @rafyaakob”tulisnya.