Pelakon dan pengacara senior, Afdlin Shauki ada menitipkan rasa buat ibunda tercinta, Allahyarham Fadzilah Jelani.
Titipan kasih itu dikongsikan bintang terbabit menerusi Instsgram awal hari ini. Menerusi perkongsian tersebut, Afdlin memberitabu dia tidak boleh menggambarkan perasaan, apabila mendapat foto arwah ibu yang dikirimkan adiknya.
“Aku tak boleh nak gambarkan perasaan aku pagi ni, sekali lagi pada pukul 4 pagi aku masih bekerja… tiba tiba henfon beebunyi, adik aku pos gambar arwah ibu dan kata dia mimpi ibu dan nangis… gambar ibu dgn senyuman yg paling aku rindu… pasal senyuman dia buat aku bahagia…. buat penat aku berbaloi, buat sedihku terubat.
“Aku sebelum tido tiap malam akan terkenang ibu dan rasa kekosongan yg sangat besar dalam jiwa, aku rasa aku tak complete… aku sedih dan aku marah pada diri sendiri kerana tak luangkan lebih masa dgn ibu masa dia masih hidup dulu,” tulisnya.
Lalu, entri berkenaan turut mendapat komen netizen yang turut sedekahkan alfatihah buat arwah selain meminta agar pelakon Papadom itu tabah.
Terdahulu, ibunya dilaporkan meninggal dunia pertengahan Oktober tahun lalu selepas menjalani beberapa rawatan akibat diserang penyakit jantung.
Foto: Instagram Afdlin Shauki