
Sekali lagi, wajah Alif Satar dirakam lensa kamera saat mendengar khutbah Jumaat sebelum menunaikan solat Jumaat. Menerusi sepotong video tersebut, dapat dilihat raut wajah selamba Alif.
Video tersebut diterima daripada ibunya lalu dikongsikan penyanyi Sesungguhnya Aku itu menerusi Instagram.
“mum sent me this.. nampak macam nak ‘landing’ kan? takkk.. ni muka dok mendengar. salam jumaat gais!!!,” tulisnya ringkas.
Lalu, selain ramai yang memuji Alif yang sering menunaikan solat Jumaat, tidak kurang juga yang bergurau dengan bintang berkenaan, membayangkan dirinya yang sedang mengantuk saat mendengar khutbah.
Termasuklah para rakan artis yang turut sama tidak melepaskan peluang memberikan reaksi.
Foto: Instagram Alif Satar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Sangka Akan Viral…,” – Fattah Amin Buat Peminat Indonesia Menangis, Watak ‘Yusuf’ Dipuji

Pelakon, Fattah Amin tidak menyangka wataknya di dalam filem seram terbaharu Indonesia, Trinil: Kembalikan Tubuhku telah berjaya menyentuh jiwa peminat di sana.
Menceritakan semula kisah tersebut, Fattah memaklumkan seorang penonton dikatakan telah memukul pelakon utama, Rangga Nattra kerana tidak berpuas hati dengan tindakkannya terhadap Fattah di dalam filem berkenaan.
“Saya pun tak sangka watak ini akan viral di Indonesia. Sewaktu para pelakon membuat promosi di panggung wayang, ada seorang penonton yang menangis beria dan memukul Rangga Nattra.
“Peminat remaja itu terlalu emosi sewaktu menonton filem tersebut. Bagi saya, situasi itu agak menarik.
“Saya tak sangka watak Yusuf boleh memberikan kesan kepada penonton,” katanya kepada MH.
Suami kepada pelakon Nur Fazura itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan persana filem berkenaan yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam pada itu, Fattah turut mendedahkan telah berjumpa dengan peminat cilik tersebut sewaktu membuat jelajah promosi di Jakarta.
“Jadi, bila saya sertai promosi di Indonesia, mereka pertemukan saya dengan peminat tersebut.
“Dia pun gembira bila berjumpa saya dan sanggup datang daripada Bandung.
Bila berjumpa pun dia masih menangis.
“Saya pun hairan kenapa dia masih menangis. Dia masih tak berpuas hati dengan penceritaan itu,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Fattah menyambut baik respon daripada peminat Indonesia yang menghargai mutu lakonannya.
“Selepas insiden itu, watak Yusuf menjadi perhatian. Saya tengok review di Youtube pun ramai yang suka dengan watak saya ini. Mungkin disebabkan mereka tidak pernah melihat lakonan saya sebelum ini.
“Saya rasa seronok dan bersyukur. Ini pertama kali saya berlakon di Indonesia dan lakonan kita diterima penonton di sana.
“Saya juga menerima banyak mesej salam kenal di Instagram. Mereka nak mengenali saya lagi selepas filem ini,” akhirinya.
Sekadar informasi, Trinil: Kembalikan Tubuhku merupakan sebuah filem kerjasama diantara syrikat produksi Malaysia, Seven Skies Motion Sdn. Bhd. dengan pengarah Indonesia terkenal, Hanung Bramantyo.
Filem ini menceritakan tentang pasangan suami isteri yang dilakonkan oleh Carmela Van Der Kruk dan Rangga yang mengalami gangguan mistik selepas kematian bapanya.
Pasangan ini diganggu makluk penanggal yang mahu membalas dendam terhadap kematian yang dibunuh dengan kejam.
Selain Fattah, Rangga dan Carmela, filem ini turut membariskan pelakon seperti Wulan Guritno, Shalom Radaze dan Alexzender Wlan.
Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 22 Februari
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ini Antara Sumbangan Kecil…,” – Rezeki 500 ‘Riders’, Dapat Duit Raya Eskayvie & Pak Nil Menjelang Raya!

Sejak zaman pandemik COVID-19 hingga beralih ke fasa endemik 1 April lalu, golongan penunggang motosikal khidmat penghantaran makanan atau ‘e-hailing’ mahupun ‘rider’ antara pekerja barisan hadapan yang cukup disanjungi.
Justeru, bagi bersempena dengan Syawal yang bakal tiba, ibu pejabat (HQ) Eskayvie Sdn Bhd di Seksyen 13, Shah Alam meriah apabila diserbu lebih 500 orang ‘riders’ bermula jam 11 pagi hingga 12 tengah hari, hari ini.
Program Bingkisan Raya Rider ini satu inisiatif murni syarikat 100 peratus bumiputera ini sebagai tanda penghargaan kepada golongan berkenaan yang melakukan tugas penghantaran sebagai penghantar makanan ataupun bungkusan.
Duta jenama berkenaan, Datuk Aznil Nawawi atau Pak Nil sendiri terharu dengan inisiatif dizahirkan Eskayvie yang menghargai dan menyantuni golongan terbabit.
“Melihat kesungguhan dan kegigihan riders dalam usaha menyara keluarga disamping pentingnya penjagaan kesihatan sewaktu berinteraksi dengan orang ramai, Eskayvie mengambil inisiatif ini untuk sama-sama memberikan sokongan dan suntikan semangat kepada mereka.
“Ini antara sumbangan kecil kami di Eskayvie. Ia termasuklah menyampaikan sumbangan berbentuk duit raya, juadah raya istimewa serta Eskayvie Diffenz.
“Besar harapan kami supaya setiap ‘riders’ dapat bawa pulang dan kongsikan bersama ahli keluarga atau ibu bapa masing-masing,” katanya.
Tambah Aznil yang mesra disapa Pak Nil, golongan ‘riders’ ini sebenarnya menjadi sebahagian daripada pasukan “frontliner” yang telah banyak membantu memudahkan urusan kita selama ini.
“Bahkan mereka juga antara yang mengambil risiko mempertaruh nyawa demi kelangsungan hidup. Mereka sendiri mudah terdedah kepada pelbagai virus di luar sana.
“Jadi, bekalan Eskayvie Diffenz ini adalah sebagai Ikhtiar kita untuk melindungi diri dan keluarga terutamanya ketika berkumpul beramai-ramai pada hari raya nanti,” katanya.
Tambahnya lagi, inisiatif dilaksanakan selari dengan kempen #KitaIkhtiarSebelumKena yang menekankan kepentingan untuk berikhtiar sebelum dijangkiti sebarang wabak mahupun penyakit merbahaya yang lain.
“Eskayvie sangat prihatin dengan penjagaan kesihatan untuk diri dan keluarga, lebih-lebih lagi buat masa ni semua sekatan pergerakan telah dilonggarkan dan masyarakat kini kembali bergaul tanpa sebarang pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
“Namun, kita belum sepenuhnya selamat. Apa saja kemungkinan boleh terjadi. Jadi tatkala balik kampung, kita perlu patuhi SOP dan berikan perlindungan kepada ibu bapa kita.
“Sudah dua tahun kita tak balik meraikan hari raya bersama keluarga, jadi tahun ini bila pulang ke kampung, kita nak riders semua bawa Eskayvie Diffenz dan hadiahkan kepada ibu bapa dan insan tersayang mereka,” katanya lagi.
Sementara itu, Pengarah Urusannya, Kartika Wati Mohamed berkata, beliau tidak mahu ada di antara kita yang dalam diam membawa virus dan menjangkiti ahli keluarga yang lain.
“Terutama sekali ibu bapa kita yang sudah tua. Semestinya kita mahu jadikan raya kali ini lebih bermakna dan bukanlah bertukar menjadi sebuah tragedi.
“Semoga usaha murni ini akan memberi manfaat serta inspirasi kepada masyarakat sekeliling untuk turut sama berkongsi kebaikan dan terus meningkatkan kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan,” kata Kartika Wati yang turut sama mengagihkan sumbangan bersama Aznil.
Untuk sebarang maklumat lanjut layari laman web rasmi mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cari Produk Bagus Baiki ‘Rambut Kejung’ & Gugur, Ruhainies Minta Netizen Cadangkan

Pelakon, Ruhainies meminta warganet untuk mencadangkan apa-apa produk terbaik yang mampu mengurangkan masalah ‘rambut kejung’ dan rambut gugur kepadanya.
Perkara itu dikongsikan Ruhainies menerusi aplikasi ‘Ask Me Questions’ menerusi Insta Stories, pada Isnin.
“Hi, anyone can suggest hair products yang bagus yntuk repair rambut ‘kejung’ or rambut gugur tak? Serious buyer.
“Tag their IG or name brand here,” tulisnya.
Lalu menerusi beberapa paparan Insta Stories seterusnya, adik kepada pelakon Nur Risteen ini berkongsi pelbagai jawapan daripada pengikutnya.
“Syampoo, hair tonic, serum from “MyHomeLab”. It is organic based on coconut,” antara yang dicadangkan warganet.
“Wangi tak? its good for rambut kejung? But my hair tak kejung la. But im still looking for a really good hair product now.
“Nak bagi hadiah kat orang tapi kalau bagus i pun nak guna for myself,” respon Ruhanies.
Malah, ada juga yang memberikan respon terhadap penjagaan kecantikan pelakon berkenaan, wangian dan sebagainya.
“NRF…. preloved makeup yang dah tak pakai please,” antara soalan yang tertera.
“Omg yes please! I have a lot. Mmmm.. jap, lemme think bila i boleh buat live kat TikTok. By this week okay? Letak notifications,” jawab Ruhainies.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI