Perkongsian terkini pelakon, Lana Nordin di laman Instagram nyata menarik perhatian ramai pihak.
Menerusi video berdurasi kurang 20 saat itu, Lana yang kini berada di Korea Selatan memaklumkan dirinya sedang dalam perjalanan untuk menghadiri sebuah majlis tertutup.
Bagaimanapun, netizen dilihat terpegun melihat kecantikkan ibu kepada dua orang cahaya mata itu yang mengenakan gaun berwarna merah.
Rata-rata netizen memuji penampilan tersebut malah ada juga yang mengatakan Lana persis selebriti antarabangsa.
“Ni baru cantik. Jangan ubah lagi. Dah cantik sangat dah.
“Makin cantik dan makin hot.
“Sekali pandang macam Jennifer Lopez pun ada.
“Teringat dulu orang gelarkan macam Pamela Anderson. Maintain je cantik.
“OMG, cantiknya. Macam Kylie Jenner,” antara komen-komen netizen.
Sebelum ini, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin secara terbuka mengakui dia telah melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidung selepas hidungnya itu dikatakan pernah patah akibat kemalangan ketika masih sekolah lagi.
Sekadar informasi, Lana mendirikan rumah tangga dengan suami David Dayd McKienzie yang juga merupakan warganegara Amerika Syarikat pada Mac 2015.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata Gia Quinn McKienze dan William Daud Mckienzie.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Lana Nordin