Pelawak dan penyanyi, Achey sekali lagi berkongsi keadaan dirinya yang mengalami pendarahan di bahagian hidung. Perkongsian itu dimuat naik penyanyi lagi Anak ini menerusi entri terkini di Instagram.
Achey menerusi ruangan kapsyen menjelaskan, situasi hidung berdarah dialami kembali sejurus pulang ke Kuala Lumpur.
“Lagi??… ape ek?… kemon chey kerja banyak niiiiii…. sebulan kat kg rawatan bagai… sekali pun tak terjadi kat kg..balik keyyel kena balik… ok takpe2 cari lagi apa punca.. kerja tetap jalan aa jgn main giler,” tulisnya.
Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian ramai termasuk rakan artis. Malah ada yang memberi cadangan supaya Achey menjalani imbasan x-ray dan mengamalkan petua lama.
Apapun, situasi malang itu bukanlah pertama kali dikongsi Achey. Hujung Januari lalu, bintang tersebut ada memberitahu darah yang keluar dari hidungnya tak ubah seperti air paip!
Foto: Instagram Achey