Selebriti, Rabecca Nur Al Islam menerusi salah satu posting di Instagram ada memuat naik sekeping foto enam orang gajinya yang mengenakan persalinan kebaya moden dalam rona senada.
Kongsi Becca, pada awalnya dia menghadiahkan enam pasang kebaya berkenaan untuk dipakai pada Hari Raya kelak.
Bagaimanapun, kerana terlalu cantik kata mereka, jadi baju tersebut dipakai hingga tak sempat untuk sambut raya.
“Ehhh Si Chantik Yang Manis. Amboiiii dah Nak Beraya Ke Bikkkk…mummy Becca cakap Suruh simpan Buat Raya,Tapi Mereka Cakap TerLalu Cantik ni,Rasa nya Enggak Sampei Raya Udah Di Pakeii.
“Skali Skala Reward For Them,For Taking Care Of My Kids,Why Not Kan.
“InsyaAllah Doa Kan La Majikan Kamu Ini Sentiasa DiMurahi Lagi Rezeki Melimpah Ruah,InsyaAllah Akan DiKongsi Juga Dengan Kamu Semua,” tulisnya.
Pada masa sama, bekas peserta Dewi Remaja ini juga turut berdoa agar hati orang gajinya sentiasa terjaga.
“Isnin -Jumaat,Setiap pagi apabila mummy Becca melangkah Keluar Rumah,Maknanya Mummy Becca Keluar Mencari Rezeki begitu juga En Suami Akan Keluar Mencari Rezeki Yg Halal..Dan Melangkah KeluarNya Mummy Becca Selalu BerDoa.
”Ya Allah Jaga La Anak Anak Ku,Jaga la Setiap Langkah Anak Anak Ku,Tiada Nya Ku Di Sisi Mereka,,KU Keluar Mencari Rezeki Sesama Utk Keluarga Besarku…
“Dan Sentiasa Kau Jagain Dan PerElokkan La Perangai Bibik BibikKu,BeriKan La Mereka Hati,Fikiran Yg Penuh Kasih Sayang TerHadap Anak AnakKu,” tulis bintang berusia 32 tahun ini panjang lebar.
Foto: Instagram Rebecca Nur Al Islam
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI