Pelakon dan hos, Scha Alyahya selamat bersalin anak perempuan,kira-kira jam 9.15 pagi, hari ini di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Suami Scha yang juga pengacara, Awal Ashaari berkata, Scha dan bayi mereka dalam keadaan sihat dan baik.
“Alhamdulillah, saya sekarang sudah menjadi bapa kepada dua cahaya mata. Proses bersalin Scha juga dipermudahkan. Scha dan bayi kami dalam keadaan baik.
“Insya Allah, kalau semuanya sudah okay, Scha dan bayi akan dibenarkan keluar tidak lama lagi,” katanya.
Awal turut menzahirkan rasa syukur apabila impian mendapatkan cahaya mata kedua dimakbulkan selepas menanti hampir enam tahun selepas kelahiran anak sulung mereka, Lara Alana.
“Lama juga menanti untuk dapatkan yang kedua ini. Syukur apabila segalanya dipermudahkan.
“Insya Allah, Scha akan berpantang di rumah kami. Lara pun sudah tidak sabar nak melihat adiknya. Terima kasih atas doa semua,” katanya.
Awal dan Scha selamat bernikah pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan anak pertama, Lara Alana yang kini berusia tujuh tahun.
Personaliti TV, Fiza Sabjahan mengimbau kembali foto ketika dirinya bergelar seorang pramugari di syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS).
Kongsi pengacara berusia 38 tahun ini, pekerjaan sebagai pramugari merupakan pekerjaan yang pertama diceburi oleh Fiza.
“Talking to a friend today about how she’s trying to cope and survive with the current situation. It’s a tough year for everyone i must say, especially to those who are working with airlines.
“My first job was with MH. Banyak sangat kenangan & pengalaman yg tak dapat di tukar dengan wang ringgit.
“Tonight’s let share with me, what is your 1st job or any job that u love the most and how does it changes your life?.,” tulisnya.
Dalam pada itu, pengacara rancangan Wanita Hari Ini turut mengimbau saat jatuh bangun ketika menjadi seorang pramugari bersama rakannya di ruangan komen entri berkenaan.
“Oh my god! Lama nya gambar ni .. ingat tak masa kita zaman takda duit .. jalan kaki naik LRT pergi buat facial .. memories sungguh,
“yaaaaa kat lancome jalan klang lama. Org tgk hari ni je kan? Zaman duit ada 5 ringgit tong- tong makan, tak ada org nak kisah,” tulisnya.
Sekadar informasi, Fiza atau nama lengkapnya Siti Hasfizza Aswaty Sabjahan telah mula menceburi dunia pengacaraan pada tahun 2007.
Foto: Instagram Fiza Sabjahan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak kecil lagi kita sudah dimomokkan dengan kisah kewujudan hantu atau tahyul yang sering menjadi igauan ramai sama ada menerusi ahli keluarga, saudara mara atau orang terdekat.
Jadi MH kongsikan bersama pembaca semua, lima kisah hantu lagenda yang membuatkan ramai yang tidak tidur malam.
Hantu Pocong
Pocong dikhabarkan sebagai hantu yang paling menyeramkan berikutan gambaran kematian yang dibawanya. Mengikut kepercayaan masyarakat Melayu, setiap kematian memerlukan seseorang itu dibalut menggunakan kain kapan sebelum dikebumikan.
Justeru itu, hantu pocong dikatakan jelmaan daripada roh orang meninggal yang meninggal dunia kain kapannya ‘tidak dibuka’ membuatkan ia bangkit dan melompat-lompat meminta bantuan mereka yang hidup untuk membantu membuka balutan tersebut.
Dalam kisah yang lain pula, ada yang beranggapan bahawa kehadiran pocong ini akibat rohnya tidak diterima untuk ke alam seterusnya membuat mereka berlegar-legar diantara dunia realiti dan juga alam seterusnya.
Hantu Penanggal
Hantu Penanggal merujuk kepada wanita yang sering mengamalkan ilmu hitam untuk kepentingan diri sendiri seperti ingin mengekalkan kecantikan diri, membunuh musuh, menjaga tanaman dan haiwan peliharaan daripada pencuri dan lain-lain lagi.
Mereka yang menuntut ilmu hitam ini mampu menceraikan kepala daripada badan dan terbang dengan tali perut yang terburai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan boleh menyebabkan penyakit kudis bagi mereka yang terkenanya.
Ketika Penanggal ini terbang, ia dipercayai menyerupai cahaya putih berkilauan, daripada urat perut yang terburai itu.
Volkswagen Kuning
Hantu Volkswagen Kuning ini dipercayai mula mengganggu kenderaan di lebuh raya Karak sejak tahun 1956. Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut, ia akan berada di hadapan secara mengejut. Dipercayai, kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.
Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.
Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut.
Hantu Bilik Belajar
Kisah bermula apa bila seorang pelajar perempuan menelaah di bilik belajar sehingga tidak perasan sudah lewat malam. Sedang khusyuk mengulang kaji pelajaran, tiba-tiba dia ingin bertanyakan soalan yang kurang difahami kepada rakan di sebelahnya itu.
Ternyata, yang berada di sebelah bukanlah rakannya selepas dia tersedar mahluk tersebut tidak mempunyai kaki. Lalu, pelajar tersebut membatalkan niat untuk mendengar jawapan daripada ‘rakan’ tersebut.
Paling menyeramkan apabila makhluk itu pula tiba-tiba bertanya, “Dah ingat atau dah tahu?”. Lalu, pelajar itu tidak cukup tanah berlari ke pulang asrama.
Toyol
Toyol merupakan salah satu hantu yang unik jika diberbanding dengan hantu-hantu lain di dalam mitologi Malaysia. Tubuhnya yang kecil dan kepalanya yang botak serta kemampuannya dalam mencuri duit, membuatkan toyol begitu popular dikalangan pengamal ilmu hitam.
Dalam kepercayaan masyarakat Malaysia, kebolehan toyol mencuri duit menyebabkan ramai manusia ingin menggunakan khitmatnya sebagai jalan pintas untuk memperoleh kekayaan.
Namun, sehingga kini kesahihan kisah lagenda hantu tersebut masih menjadi tanda tanya kerana kesemua kisah tersebut hanyalah berdasarkan cakap-cakap atau buah mulut orang dan bukannya daripada pengalaman sendiri.
Oleh itu, terpulanglah kepada kita sama ada untuk mempercayai kisah-kisah tersebut atau tidak tetapi mengikut amalan Islam, jin atau mahluk halus ini sememangnya wujud.
Bagaimanapun, bagi mereka yang dahagakan kisah-kisah seram sebegini, bolehlah mengikuti siri FOLKLORE yang memaparkan kisah-kisah menakutkan daripada enam pengarah berbeza; iaitu Eric Khoo (Singapura), Lee Sang-woo (Korea Selatan), Joko Anwar (Indonesia), Pen-ek Ratanaruang (Thailand), Ho Yuhang (Malaysia) dan Takumi Saito (Jepun) serta memaparkan kisah-kisah seram negara masing-masing.
Siri FOLKLORE adalah produksi original HBO Asia dan bakal ditayangkan di siaran HBO dan HBO Go bermula 7 Oktober, jam 10.00 malam.
Wow, hebat! Apa-apapun yang pasti, para peminat kisah seram pastinya tidak akan menyesal menontonnya!