Sebagai manusia, kita sememangnya hanya mampu merancang dan selebihnya hanya Allah yang menentukan. Sehebat mana pun perancangan kita, hebat lagi aturan sang Pencipta.
Itulah yang cuba dimaksud oleh penyanyi dan pengacara popular, Alif Satar mengenai kisah pembabitan awalnya di dalam industri seni tanah air.
Menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram, Alif memaklumkan dia sebenarnya mempunyai misi peribadi ketika menyertai program realiti nyanyian, One In A Million pada tahun 2006.
Menurut penyanyi lagu, Jangan Nakal Itu lagi, dia sebenarnya merancang mahu menggunakan wang kemenangan berjumlah RM1 juta itu untuk membiayai kos pembelajarannya di akademi penerbangan untuk bergelar seorang pilot.
Bagaimanapun, Alif terpaksa berpuas hati untuk menamatkan saingan ditempat ketiga di belakang penyanyi, Faizal Tahir dan juaranya, Suki.
View this post on Instagram
“How it all started. Dari kecik asyik dok fikir nak jadi pilot. Tapi dulu, mama ayah alif cakap kalau nak amik license kena fikir mana nak cari duit sendiri untuk bayar fees and there was the show ‘ONE IN A MILLION’.
“Aku pikir, “kalau menang sejuta ni,aku boleh masuk flying academy”. Sekali, tak menang daa. Kita cuma boleh merancang, yang menentukan tetap Dia,” tulisnya.
Dalam pada itu, Alif turut memberitahu, dia sehingga kini masih lagi belum berhenti berharap untuk mengecar cita-cita zaman kanak-kanaknya itu.
“Indeed, Allah’s plan for us is better,alhamdulillah. Still not letting go of my childhood dream though, I want that PPL! p/s swipe left tengok pilot botak,” kongsninya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut mendoakan semoga Alif berjaya mencapai cita-citanya itu.
“As much as I am terrified of this idea, I will still support you no matter what. Go. For. It,” respon isterinya, Shadila Halid.
“I think you still can be a pilot! May be just for fun or hobby,” kata Radiah Nasir.
“Allah’s plan for you is better, bro,” komen AfifZahinOfficial.
“Never to late to fulfill your dream, go for Pilot!,” ujar seorang lagi netizen.
Selain bergelar penyanyi, pelakon dan pengacara, bapa kepada tiga orang cahaya mata ini juga kini dilihat sibuk menguruskan bisnes cendawannya yang diberi nama Shroom.
Sekadar informasi, Alif telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Shadila Halid pada September 2014.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan tiga orang cahaya mata Alisha Anugerah, 6, Ariana Mecca, 4, dan Muhammad Ali, 2.
Sumber: Instagram Alif Satar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI