Pelawak, Vicha mengakui berasa amat bersyukur kerana dikurniakan rezeki yang melimpah ruah meskipun selepas dia memutuskan untuk mengenakan hijab sepenuhnya.

Menurut Vicha atau nama sebenarnya, Refika Novianti Faturohman, meskipun pada awalnya dia ada berasa sedikit berat hati namun, segalanya seakan dipermudahkan selepas dia meneruskan juga dengan niatnya itu.

“Sekarang Al-Hijrah & Naura Pun Offer Saya Kerja,” – Rezeki Tak Salah Alamat, Vicha Saywho Syukur Nikmat “Sekarang Al-Hijrah & Naura Pun Offer Saya Kerja,” – Rezeki Tak Salah Alamat, Vicha Saywho Syukur Nikmat

Katanya lagi, selain bidang komedi, dia juga sering dijemput untuk menghadiri program-program berunsur keagamaan.

“Masa awal-awal ingin berhijab, sejujurnya saya ada perasaan bimbang juga. Yelah, saya ni kan pelawak. Saya risau kalau berhijab, susah nak dapatkan tawaran kerja. Siapa mahu ambil saya berkerja?

“Tetapi bila saya teruskan juga dengan niat ini dan berdoa agar urusan dipermudahkan, saya sendiri tak sangka yang Allah sememangnya memudahkan urusan kerja saya dari awal hingga sekarang.

“Kalau sebelum ini stesen-stesen tv lain tak pernah panggil saya tetapi sekarang Al-Hijrah dan Naura pun tawarkan saya kerja dan banyak lagi saluran-saluran berunsur keagamaan,” katanya kepada MH.

Ads

Pelawak asal Indonesia itu berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM) yang berlangsung secara virtual pada Khamis.

“Sekarang Al-Hijrah & Naura Pun Offer Saya Kerja,” – Rezeki Tak Salah Alamat, Vicha Saywho Syukur Nikmat “Sekarang Al-Hijrah & Naura Pun Offer Saya Kerja,” – Rezeki Tak Salah Alamat, Vicha Saywho Syukur Nikmat

Vicha turut menambah, semenjak dia mula berhijab, sekalipun dia tidak pernah merasa seperti rezekinya disekat.

“Alhamdulillah Allah memang bagi rezeki lebih pada saya. Mungkin inilah hikmahnya dan Allah tahu niat saya. Saya tak pernah rasa rezeki itu tersekat atau terhalang.

Ads

“Saya masih lagi Vicha yang semua orang kenali dan soal niat itu biarlah diantara saya dan Allah sahaja,” kongsinya lagi.

Ketika ditanya, adakah Vicha pernah berdepan dengan situasi nama ditolak akibat berhijab, ini reaksi yang diberikan oleh ibu kepada tiga orang cahaya mata ini;

“Alhamdulillah saya belum pernah lagi berdepan situasi begitu. Yang mana sebelum ini dah deal seperti kerjasama dengan beberapa jenis produk, mereka turut senang dengan perubahan saya.

“Malah, sekarang ini pula saya sedang berurusan dengan beberapa syarikat yang ingin menjadikan saya sebagai duta mereka. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Ads

“Kalau soal shooting pula, kebanyakkan produksi yang panggil memang sudah tahu yang saya ni berhijab. Jadi, tiada masalah di situ,” akhirinya.

Terdahulu, Vicha akan bergandingan bersama Ali dan Mamak menerusi kumpulan Puteh di pentas MLM2021.

“Sekarang Al-Hijrah & Naura Pun Offer Saya Kerja,” – Rezeki Tak Salah Alamat, Vicha Saywho Syukur Nikmat

“Sekarang Al-Hijrah & Naura Pun Offer Saya Kerja,” – Rezeki Tak Salah Alamat, Vicha Saywho Syukur Nikmat

MLM2021 bakal bersiaran mulai 15 Oktober ini di saluran Astro Warna (saluran 107) pada setiap Jumaat jam 9 malam.

Sebanyak 11 kumpulan bakal berentap bagi merebut hadiah utama berjumlah RM500,000.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI