Baru-baru ini, tular di media sosial sepotong klip pendek yang memaparkan salah satu babak di dalam drama siri terbaru, Sihir yang dilakonkan oleh gandingan aktor Kamal Adli dan Hun Haqeem.
Video berdurasi hampir 30 saat itu menunjukkan bagaimana ilmu sihir dihantar melalui makanan.
Entri berkenaan nyata menerima reaksi pelbagai daripada ramai pihak.
Antara yang turut berkongsi pengalaman termasuklah pengacara, Bella Zahir.
Menurut Bella, dia sebenarnya pernah menjadi mangsa santau daripada orang yang berniat khianat terhadap dirinya.
Kongsinya lagi, santau tersebut dipercayai telah dihantar melalui makanan yang diberikan kepadanya.
“I pernah kena santau through makanan. bertahun juga kena berubat.
“Sekarang ni bila orang hantar makanan, my mom akan selalu ingatkan untuk baca doa dulu. Ghisau jadi lagi,” tulisnya.
Pendedahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pengacara program, Cerita Dapur Viral itu menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik di laman Twitter.
Dalam pada itu, Bella memaklumkan dia juga terpaksa menjalani tempoh rawatan yang sangat panjang bagi memulihkan semula keadaannya itu.
Dikesempatan itu juga, Bella turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati bila menerima makanan daripada orang lain.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa terkejut selain turut mendoakan semoga semuanya baik-baik sahaja buat Bella.
Terdahulu, selain bergelar pengacara, Bella juga aktif sebagai selebriti media sosial yang sering kali mempromosikan dan menjadi duta untuk pelbagai jenis produk.
Sekadar informasi, drama Sihir boleh ditonton pada setiap Isnin hingga Khamis jam 11 malam di saluran Astro Ria atau strim sahaja di aplikasi Astro Go.
Sumber: Twitter & Instagram Bella Zahir