Pelakon dan usahawan, Datin Fouziah Gous berkongsi sekeping foto wajahnya sekitar tujuh tahun lalu.
Pada masa sama, bintang itu turut menyatakan perasaan segan kerana menjual tudung di kala belum mengenakan hijab.
Selorohnya lagi, dia menjalankan perniagaan tudung secara talian namun tidak mendedahkan ia atas jenama sendiri.
“7 years ago.. bezanya i lagi kurus. 7tahun lepas lagi saya dah jual tudung (online) tapi xmengaku brand sendiri.
“Masa tu segan sebab tak berhijab lagi tp jual tudung. Now dah berhijab, ramai pula duk minta jual tudung.
“Bukan bukan ini bukan teaser bakal nak jual tudung. Belum terfikir lagi. Ini di saat menunngu @zhafyusof sampai kita upload,” tulisnya.
Di ruang komen, netizen memberikan pelbagai reaksi dan sokongan positif buat ibu kepada dua cahaya mata ini.
Foto : Instagram Fouziah Gous