Mira Filzah menerusi laman Twitter berkongsi luahan kata menyatakan semua manusia mempunyai perasaan termasuk selebriti, doktor atau kerani.
“Celebrities. Doctors. Clerks. Janitors. We are all the same. We have feelings. We are only human,” tulisnya.
Namun di sebalik sokongan bertubi-tubi daripada peminat, muncul seorang pengguna media sosial yang secara tiba-tiba ‘menyerang’ penampilan pelakon berhijab ini.
“Okay ni setuju. Sekarang dah boleh nampak leher, dah nampak betis. But ya, siapa la kita ni rakyat marhaen yang hina untuk menegur.”
Memberi reaksi kepada kenyataan tersebut, Mira dilihat berkongsi kata-kata hikmah yang pernah ditulis individu tersebut dengan kapsyen “practice what you preach.”
“Be kind to all creatures, never do a good things to get a return, be humble. These will help you to have better & peaceful life!”
Tindakan pelakon Pujaan Hati Kanda ini dilihat mendapat sokongan padu netizen dan pelbagai reaksi di tinggalkan di ruangan komen.
Foto : Twitter Mira Filzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“20 Tahun Tunggu…,” – Akhirnya! Berkongsi Item Peribadi, Ramai Teruja Tunggu Koleksi ‘Gaun Couture’ Dayang Nurfaizah!
Jarang sekali penyanyi Dayang Nurfaizah berkongsi perihal sisi peribadi, apatah lagi perihal item atau koleksi barangan kesayangannya.
Bagaimanapun, kali ini Dayang ‘bermurah hati’, berkongsi sedikit sisi peribadinya itu menerusi IG TV di Instagram, pada Khamis.
Penyanyi Lelaki Teragung ini memberi ruang buat para peminat untuk melihat sendiri koleksi aksesorinya yang kemas tersimpan di bilik pakaian.
“Anda selalu tanya, di mana Dayang simpan baju dan aksesori. Hari ini, Dayang akan tunjuk aksesori sahaja sebab baju-baju tu belum kemas lagi.
“Jadi nak tengok tak aksesori Dayang? Jom!,” katanya.
Dalam laci yang sudah pun dibahagi-bahagikan sudutnya, Dayang berkongsi aksesori baru dan pernah digunakan.
Kebanyakannya di simpan di dalam plastik khas bagi mengelakkan ia calar, sebagaimana yang dikongsikan bintang asal Sarawak ini.
Video yang berdurasi 2 minit 41 saat itu menerima reaksi positif ramai yang sebelum ini memang menantikan video seumpamanya dari penyanyi yang sinonim digelar ‘Queen D’ ini.
Malah, ada di antara mereka yang tidak sabar untuk melihat koleksi persalinan gaun Dayang yang dipernah dipakainya ketika membuat persembahan.
“Finallyyyy dayang share jgk..20 tahun tunggu.. heheh,” ujar seorang peminat.
“Tq for sharing, tak sabar nk tgk wardrobe dayang,” kata seorang lagi peminat.
“X sabar nak tengok koleksi baju nak2 lagi baju couture untuk show. Mesti dayang the only one yg bnyak own rizalman couture kan,” tanya peminat lain pula.
Apa pun, ramai benar yang tidak sabar menantikan apakah kejutan yang akan dikongsikan Dayang selepas ini.
“Jadi next time, Dayang akan tunjuk di mana letaknya baju-baju Dayang. Tunggu Dayang kemas dulu ya. Tunggu mood,” jelasnya pada akhir video.
Foto: IG TV Dayang Nurfaizah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perdana Menteri Bakal Lancar Keluarga Malaysia Di Kuching, Dayang Nurfaizah & Hael Husaini Antara Yang Tumpang Teruja!
Pelancaran Keluarga Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak pada 23 Oktober depan disambut baik barisan anak seni.
Barisan penyanyi yang terbabit pada acara itu yang terdiri daripada Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Poova dan Vince menyifatkan ia sebagai sesuatu yang cukup istimewa.
Menurut Dayang, dia cukup teruja apabila dapat membuat persembahan di hadapan Perdana Menteri, lebih-lebih lagi selepas sekian lama tidak menyanyi pada acara besar.
“Sejujurnya saya teruja dapat terbabit pada acara ini sebab setelah sekian lama tiada program besar. Sekurang-kurangnya dapat buat kemunculan semula.
“Malah, apa yang lebih membanggakan adalah dapat mengadakan persembahan depan Perdana Menteri, menteri dan Ketua Menteri. Selain itu dapat juga saya menyanyikan lagu-lagu patriotik dengan nafas baru,” katanya.
Sementara itu, Hael Husaini berpendapat, pelancaran itu memberi petanda baik dan perkembangan positif kepada industri hiburan tempatan.
“Pastinya dengan adanya acara sebegini ia dapat merancakkan semula industri hiburan dan penganjuran acara sekali gus memberi peluang artis kembali beraksi di pentas.
“Apa yang menariknya juga, pada acara ihi saya bersama rakan artis lain cukup teruja apabila berpeluang menyanyikan lagu rasmi Keluarga Malaysia,” katanya.
Juara pertama Akademi Fantasia (AF), Vince pula menyifatkan majlis pelancaran itu dapat memberi manfaat kepada ramai pihak yang terbabit.
Bukan saja kepada penyanyi, pemuzik, tapi juga mereka yang terlibat dalam penganjuran acara.
“Dengan adanya program besar ini memberi Kesan limpahan yang akan memanfaatkan banyak pihak dalam industri hiburan dan industri sokongan.
“Paling penting, semangat Keluarga Malaysia juga dapat diperkukuhkan melalui program hiburan yang membabitkan elemen atau semangat muhibbah,” katanya.
Majlis Pelancaran Keluarga Malaysia yang bakal berlangsung jam 8 malam itu turut disiarkan di beberapa stesen TV tempatan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Satu Berita Yang Amat Mengejutkan & Menyedihkan,” – Adik Beradik & Ibu Ayah Positif Covid-19, Deen Hot FM Rayu Doa
Penyampai radio, Deen berkongsi khabar duka apabila memaklumkan seluruh ahli keluarganya yang tinggal di Miri, Sarawak kini telah disahkan positif Covid-19.
Jelas Deen atau nama sebenarnya, Nordin Haji Madian, pada Khamis lalu, adiknya merupakan individu pertama di dalam keluarganya yang telah disahkan positif wabak tersebut kemudian diikuti pula oleh bapa, ibu, adik bongsu, kakak dan juga anak buahnya.
Katanya lagi, kesemua keputusan tersebut diperoleh setelah mereka menjalani ujian saringan Covid-19 pada Sabtu.
“Assalamualaikum semua. Semalam saya dapat satu berita yang amat mengejutkan dan menyedihkan. Sebab khamis minggu lepas adik saya disahkan positif Covid-19.
“Kemudian satu rumah pergi buat swab test pada hari Sabtu. Semalam pula, ayah, mak, adik bongsu, kakak dan anak buah saya juga positif,” katanya.
Perkhabaran tersebut dikongsi oleh penyampai radio Hot FM itu menerusi ruangan Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Deen turut meluahkan rasa kegusaran terhadap kesihatan kedua ibu bapanya itu namun dia kini boleh menarik nafas lega selepas mereka dikatakan tidak mengalami sebarang gejala.
“Tapi Alhamdulilah mak ayah saya yang paling saya risau tapi mereka tidak bergejala.
“InsyaAllah hari ini mereka akan dipindahkan ke pusat kuarantin. Jadi saya minta anda semua dapat doakan semoga mereka cepat sembuh.
“Saya harap anda semua dapat jaga diri, selalu cuci tangan dan pakai pelitup muka.
“Semoga kita semua dijauhkan daripada wabak ini,” katanya lagi.
Dikesempatan itu juga, Deen turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga keluarganya itu kembali pulis seperti biasa.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa risau selain turut memberikan kata-kata semangat buat Deen.
Sementara itu, video pendedahan tersebut sudah pun ditonton lebih 16,000 kali setakat ini.
Foto: Instagram Deen Hot fm.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI