Pengacara tersohor, Datuk Aznil Haji Nawawi, menzahirkan rasa bangga diatas pencapaian yang diraih oleh pelakon, Remy Ishak setelah dia dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Anugerah Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31).
Menurut Aznil atau lebih mesra disapa sebagai Pak Nil, kejayaan yang diraih bintang tersebut mengingatkannya kembali saat pertama kali dia bertemu dengan Remy yang ketika itu bekerja sebagai seorang pelayan di sebuah hotel di ibu kota.
Katanya lagi, Remy juga sempat menyapanya dan menyatakan hasrat untuk menjadi seorang pelakon yang disegani satu hari nanti.
View this post on Instagram
“Dia pernah datang kat Pak Nil masa dia jadi waiter kat Mandarin Oriental dan bagitahu dia nak jadi pelakon!
“Sekarang dia adalah SENIMAN TERBAIK!!
Paknil tidak akan berhenti cerita Azam @remyishak sebagai contoh sebenar MEMBURU IMPIAN. Tahniah dik!,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh Aznil menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Menerusi hantaran tersebut, pelakon filem, Sangkar itu turut merakamkan ucapan penghargaannya buat Aznil yang selama ini banyak memberikannya semangat untuk terus berjuang di dalam industri seni tanah air.
“Alhamdulillah Pak Nil, dapat juga saya pegang piala FFM ni. Bukan senang nak dapatkan anugerah ini. Pak Nil pun tahu saya bermula daripada mana.
“Pak Nil tahu macam mana perjalanan seni saya. Dan Alhamdulillah, semalam bila diiktiraf oleh FFM dan diberi penghargaan seperti ini, sukar nak digambarkan.
“Terima kasih Pak Nil atas doa-doa dan kata semangat yang diberikan kepada saya selama ini. Kata-kata Pak Nil buatkan saya selalu nak berusaha ke arah yang lebih baik. Inilah hasilnya. Terima kasih Pak Nil,” luah Remy.
Melihat diruangan komen, rata-rata netizen turuja mendengar kisah tersebut selain turut menyifatkan Remy sememangnya wajar untuk mendapatkan pengiktirafan tersebut.
“Dia tak lupapun pada Pak Nil. Allah bagusnya Remy ni.
“Wow tak sangka Bang Remy dulu waiter. Tahniah Bang Remy.
“Alhamdulillah, tahniah Abang Remy. Tak lupa pada kata-kata nasihat Pak Nil. Ni baru betul saling menghargai. Tak lupa diri.
“Merendah diri orangnya walaupun dah berjaya,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Remy telah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di FFM-31 menerusi filem, Sangkar.
Sebelum ini, Remy pernah tercalon sebanyak tiga kali sepanjang penganjuran FFM.
Namun edisi ke-31 kali ini merupakan kemenangan pertamanya sepanjang 15 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan tanah air.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI