Pelakon, Puteri Sarah Liyana mengesahkan orang ketiga yang didakwa mengganggu rumah tangganya bersama suami yang juga pengarah Syamsul Yusof, telah tampil memberikan keterangan di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) minggu lalu.

Menurut Puteri Sarah, kini pihak Jawi sedang menjalankan penyiasatan terperinci berhubung kes tersebut.

Bagaimanapun, dia tidak dapat memaklumkan tarikh sebenar keterangan itu dibuat berikutan enggan mengganggu siasatan.

“Sekarang Hidup Saya Lebih Aman,” – Tunggu Langkah Selanjutnya, Puteri Sarah Update Kes Rumah Tangga Diganggu Orang Ketiga

“Apa yang boleh saya beritahu, dia sudah pun tampil beri keterangan dan sekarang pegawai penyiasat sedang jalankan siasatan.

“Siasatan juga mengambil masa dan Insya-Allah selepas selesai saya akan bertindak ke peringkat seterusnya.

Ads

“Ada dua aduan dibuat iaitu satu di mahkamah syariah untuk dakwaan orang ketiga manakala di mahkamah sivil untuk dakwaan melakukan gangguan,”katanya.

Sarah berkata demikian ketika ditemui di sidang media teater Maduku Terpaling Kalut yang diadakan di ibu kota, hari ini.

“Sekarang Hidup Saya Lebih Aman,” – Tunggu Langkah Selanjutnya, Puteri Sarah Update Kes Rumah Tangga Diganggu Orang Ketiga

Sementara itu, Puteri Sarah akui lega kerana ada progres berhubung perkara ini dan berharap kemenangan akan berpihak kepadanya.

Ads

“Saya perjuangkan ini untuk diri sendiri san anak-anak. Ia memang satu proses yang panjang tetapi Alhamdulillah, ada progres.

“Saya tak kisah menunggu asalkan ada pergerakan tentang siasatan ini. Nampak usaha keras saya berjalan,”katanya.

Dalam pada itu, Sarah turut memberitahu, pihak mahkamah telah mengeluarkan arahan injuksi kepada pihak ketiga supaya tidak mengganggu dan mendekati dirinya dan keluarga.

“Pihak di sebelah sana tidak boleh berkomunikasi langsung dengan saya dan mendekati keluarga saya.

Ads

“Sekarang saya akui hidup saya lebih aman,”katanya.

Minggu lalu, Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan wanita terbabit hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga membabitkan Sarah dan suaminya Syamsul Yusof.

Ira disiasat berdasarkan Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Sekadar informasi, Puteri Sarah dan Syamsul telah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI