Usahawan kosmetik, Joy Revfa mengakui dia mengambil keputusan untuk tidak mendirikan rumah tangga bersama bekas tunang, tahun lalu kerana tidak serasi.

Menurut Joy, dia kini lebih senang memberi fokus kepada empayar bisnes, MERVE Cosmetics Malaysia yang berdaftar di bawah nama MERVE Group Holdings.

“Sekarang Masih Single,” – Joy Revfa Rupanya Batal Niat Nak Kahwin Tahun Lalu, Akui Ada Yang Cuba Tambat Hatinya Lagi “Sekarang Masih Single,” – Joy Revfa Rupanya Batal Niat Nak Kahwin Tahun Lalu, Akui Ada Yang Cuba Tambat Hatinya Lagi

“Sepatutnya kami berkahwin tahun lalu. Tapi akhirnya saya nekad membatalkan perkahwinan itu kerana rasa tidak serasi dengannya. Saya akur dengan ujian hidup ini.

“Kita mungkin takkan dapat apa yang diingini. Tuhan akan menguji tak pernah berhenti. Pilihan yang ada ialah untuk terus kuat. Sekarang saya masih single. Bercinta dengan perniagaan sayalah lebih menenangkan.

“Saya pun belum berniat untuk berkahwin. Saya bahagia dengan menumpukan sepenuh kudrat dan hati ini kepada syarikat dan anak.

“Jika Allah hadirkan jodoh lagi selepas ini, insya-Allah saya terbuka menerimanya. Tak ada istilah serik. Manusia dilahirkan berpasangan. Saya tak menolak fitrah itu. Kita hanya mampu merancang, selebihnya ketentuan Tuhan.

Ads

“Jujur ada berkawan dan berkenalan. Ada yang atas paksi profesional. Malah ada yang cuba menambat hati. Tapi entahlah… saya pun tak mahu larut dengan perasaan sebegitu dulu,” katanya.

Dalam pada itu, Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin baru sahaja melancarkan koleksi gincu edisi terhad, BlackRevfa yang sekaligus menjadi produk ke-30 dikeluarkannya.

“Sekarang Masih Single,” – Joy Revfa Rupanya Batal Niat Nak Kahwin Tahun Lalu, Akui Ada Yang Cuba Tambat Hatinya Lagi “Sekarang Masih Single,” – Joy Revfa Rupanya Batal Niat Nak Kahwin Tahun Lalu, Akui Ada Yang Cuba Tambat Hatinya Lagi “Sekarang Masih Single,” – Joy Revfa Rupanya Batal Niat Nak Kahwin Tahun Lalu, Akui Ada Yang Cuba Tambat Hatinya Lagi

“Saya sifatkan ia sebagai misteri kerana meski berwarna hitam, namun bila dioles pada bibir, sekelip mata berubah menjadi merah semula jadi. Baunya juga sangat ‘lazat’ dan menyenangkan.

“Ia boleh bertahan selama 24 jam dan bukan saja boleh dioles di bibir, malah berfungsinya pelbagai misalnya untuk digunakan di pipi, hidung, kelopak mata dan sebagainya disamping mampu merawat bibir merekah, kering, kusam, kesat dan gelap,” katanya.

Ads

Berkongsi lanjut mengenai sisi peribadinya lagi, ibu tunggal beranak satu ini tidak menafikan ketika ini tanggungjawabnya menjadi lebih besar berbanding dulu.

“Perceraian dengan bekas suami menerusi perkahwinan kedua sudah hampir empat tahun.  Perkahwinan pertama pun bertahan dua tahun. Saya terus bangkit dan segera ‘move on’ demi anak tunggal.

“Malah perasaan itu turut didorong keinginan yang sangat kuat dan rasa bertanggungjawab nak membantu lebih ramai wanita termasuk ibu tunggal seperti saya di luar sana lebih berjaya.

“Menjadi ibu tunggal, ada dua perkara yang harus kita hadapi iaitu harus lawan dan kalahkan apa juga cabaran mendatang. Ia bertitik tolak kepada rasa takut dan tak mampu. Kita diciptakan untuk mewujudkan kemuliaan Allah SWT dan memanfaatkan kelebihan yang ada dalam diri kita.

Ads

“Percayalah setiap kelebihan bukan ada pada sesetengah orang tapi ada di setiap dalam diri kita. Cubalah cari, anda pasti akan jumpa,” katanya.

“Sekarang Masih Single,” – Joy Revfa Rupanya Batal Niat Nak Kahwin Tahun Lalu, Akui Ada Yang Cuba Tambat Hatinya Lagi “Sekarang Masih Single,” – Joy Revfa Rupanya Batal Niat Nak Kahwin Tahun Lalu, Akui Ada Yang Cuba Tambat Hatinya Lagi

Joy pada masa sama turut mengalu-alukan sesiapa yang terkesan dengan pandemik COVID-19 untuk mulakan perniagaan dan menjana pendapatan.

“Kami juga ada melancarkan #mervetiktokchallenge  bermula 6 Disember ini sehingga 6 Januari tahun depan yang menawarkan hadiah menarik berupa sebuah telefon bimbit Iphone 13.

“Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah tontonan, tanda suka dan perkongsian terbanyak. Peserta wajib memegang gincu ketika melakukan cabaran ini. Maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi laman web rasmi kami,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI