Uncategorized

‘Sekarang Prinsip Saya, Biar Tambah Isteri, Jangan Buang,’- Datuk Red

Share

Semalam, netizen turut sama melahirkan rasa simpati kepada Intan Liana Saleh, 33 tahun apabila dia diceraikan dengan talak satu oleh pemuzik bebas, Ude di Mahkamah Syariah Gombak Timur.

Turut sama melahirkan rasa simpati adalah usahawan dan suami kepada penyanyi, Adira, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.

Menurutnya, dia juga pernah mengalami situasi tersebut pada perkahwinan pertamanya dan sehingga kini masih menyesali tindakan kurang matangnya itu.

“Saya pernah melalui perceraian pada perkahwinan pertama dan ia sangat-sangat memedihkan dan saya menyesal terutama apabila melihat anak-anak dibesarkan oleh bekas isteri.

“Ketika itu umur saya muda dan tidak matang, setahun juga saya bersedih dan rasa bersalah dengan dua anak saya biarpun saya ambil tanggungjawab sepenuhnya selepas bercerai tapi ia tidak sama macam kita besarkan sendiri depan mata.

“Kalaulah ada mesin yang boleh ulang masa saya sanggup beli mahal macam mana pun, sekarang prinsip saya biar tambah isteri, jangan buang isteri,” ujarnya kepada mStar Online.

Sebelum ini, Datuk Red pernah berkahwin dengan seorang wanita ketika berusia 20-an dan berpisah lima tahun kemudian. Selepas itu, dia berkahwin pula dengan Sharifah Norshafila Hassim atau dikenali sebagai Datin Red dan seterusnya Adira.

Dalam perkahwinan pertama itu, Datuk Red dikurniakan 2 orang anak yang kini berusia 19 dan 14 tahun manakala perkahwinannya dengan Datin Red, dikurniakan 3 orang cahaya mata dan Adira pula, seorang.

Tambah Datuk Red lagi, nasib dan masa depan anak-anak adalah perkara utama yang perlu difikirkan jika terjadinya keruntuhan rumah tangga.

“Saya benci kepada perkataan cerai tapi saya akui jodoh pertemuan itu Allah sudah tetapkan, mungkin jodoh mereka sampai sini tapi nasihat saya tolong jangan abaikan anak-anak.

“Saya seorang yang sayangkan anak-anak, bila berlaku sesuatu masalah dalam rumah tangga saya akan fikir anak saya dulu, jangan fikir diri kita sahaja,” ujarnya.

Betul juga apa yang dikatakan oleh Datuk Red itu, masa depan anak-anak itu penting. Jangan hanya kerana ibu bapa ada masalah, anak-anak yang jadi mangsa.

sumber: Mstar Online

Published by
MH