“Sekarang Ramai Ustaz, Ustazah Jadian Yang Sibuk Mengata Hal Orang…,” – Kata Fasha Sandha Pada Foto Kenangan 16 Tahun Lalu

Share

Pelakon versatil, Fasha Sandha semalam ada berkongsi sekeping foto lama dan terkininya menerusi Instagram, sebagai menyahut cabaran #10yearschallenge yang kini menjadi tular di media sosial.

Bintang drama Teratai Kemboja itu antara lain turut memberi pandangannya mengenai situasinya ketika di awal penglibatan dunia seni dan sekarang.

“Gambar kiri- zaman remaja,masa zaman Natasha, sebelum wujudnya zaman media sosial (tahun 2003), bukan zaman bawangnizers, kecam dan sebagainya… tu gambar photoshoot untuk cover Berita Harian. Kenangan.

“Gambar kanan, zaman sekarang, gambar zaman keyboard warriors. Zaman Natasha dulu best orang tak kisah dan tak suka membawang sangat, sbb orang lebih tengok bakat,” tulis aktres berusia 34 tahun ini.

Sementara itu, Fasha turut mengakui pada zaman kini, ramai ‘ustaz dan ustazah’ yang sibuk mengata hal orang lain, tetapi diri sendiri tidaklah sempurna.

“Zaman sekarang ramai ustaz ustazah jadian yang sibuk mengata hal orang tapi diri sendiri pun tak sempurna…, dan ramai juga anggap artis ni milik masyarakat.

Sorry ya, pada pendapat i, artis bukan milik masyarakat, itu hanyalah ‘kerjaya’ ja. Jadi i tak kisah orang nak kata apa… yang penting hati… #hatikenabersih,” kongsi Fasha panjang lebar.

Bagaimanapun, perkongsian ibu kepada dua cahaya mata ini menerima reaksi pelbagai daripada netizen bahkan Fasha sendiri ada membalas beberapa komen yang ditinggalkan netizen.

Foto: Instagram Fasha Sandha

Published by
MH