Categories: Uncategorized

‘Sekarang Rasa Malu Kalau Tak Pakai Tudung’- Hanis Zalikha Kongsi Cerita Istiqomah Bertudung

Share

Bergelar seorang ‘public figure’ ini bukannya mudah, tentu sahaja ramai netizen yang ambil berat mengenai perkembangan selebriti kesayangan mereka terutamanya apabila melibatkan soal pemakaian tudung.

Bagi Hanis Zalikha Zainal Rashid, 28 tahun, dia merupakan salah seorang selebriti yang kekal istiqomah dalam soal pemakaian tudung.

MH tertanya-tanya juga apa tips Hanis untuk mengekang daripada hasutan-hasutan atau tanggapan negatif orang mengenai artis bertudung ini.

“Ramai yang cakap mengenai soal pemakaian tudung ini, dari segi cabarannya bila mana ada yang dah pakai tapi kemudian buka semula.

 

“Bagi Hanis, saya buat keputusan ini sebab merasakan sudah tiba masa untuk pakai, dulu masa tidak bertudung, macam-macam style dah buat, jadi Hanis rasa cukuplah semua itu dan bertudung pula.

 

“Selain itu, didikan ibu bapa juga membuatkan Hanis kekal istiqomah dalam bertudung. Jadi, bila ambil keputusan untuk bertudung ni rasa tenang sebab rasa ini keputusan terbaik yang Hanis dah lakukan.

 

“Sekarang pun bila tak pakai tudung yang malu, contoh bila orang datang rumah…cepat-cepat Hanis akan cari tudung atau telekung untuk tutup aurat.

 

“Apa-apapun, semua berkaitan dengan jiwa,” katanya ketika ditemui di Majlis Sidang Media, My Little Heroes, Yusuf & Bujibu.

Bagi MH, bagus juga tips yang diberikan oleh Hanis untul kekal istiqamah dalam bertudung, yalah dengan adanya sosial media ini, pelbagai jenis hasutan boleh kita jumpa.


Apa-apapun, mungkin ada yang boleh jadikan tips Hanis sebagai panduan pada masa akan datang.
Published by
Khaleeda Rashikin