Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata apabila ditanya mengenai keadaan terkini ibunya, Bibi Zaleha, 74 yang setelah diserang penyakit ‘minor stroke’ sekitar dua tahun lalu.
Maklum Fikry, buat masa ini dia ulang alik dari Kuala Lumpur ke Jitra, Kedah bagi memberi sepenuh perhatian menjaga ibu tersayang.
“Buat masa ni, memang sukar untuk saya terima tawaran tempoh masa komitmen yang panjang sebab saya sekarang tengah menjaga ibu saya.
“Sehingga ke hari ini, saya masih lagi berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kedah untuk jaga mak saya yang sedang sakit “minor stroke’.
“Jadi sebab itu sekarang saya dah kurang main media sosial dan lebih banyak bahagikan masa untuk diri sendiri dan keluarga. Bermaksud, saya lebih fokus kepada mak saya,” katanya.
Fikry atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim menambah, situasi yang berlaku telah membuatkan dirinya sedar bahawa duit tidak boleh memberikan kebahagiaan.
Ads
Tambahan pula, ibunya kini turut berdepan dengan masalah ingatan akibat daripada penyakit yang dialaminya itu.
“Sekarang saya percaya yang duit tidak boleh beri kebahagiaan dan jika satu hari nanti dia sudah tiada duit yang saya kerja tu sia-sia lah.
“Apabila dia sakit, dia sering mengimbau balik ke memori zaman dia muda, jadi ingatan dia sudah tidak lagi seperti dahulu.
“Sewaktu pertama kali dia kena “minor stroke’, ada satu masa tu dia pernah lupa nama saya. Sepanjang saya hidup, mak saya tak pernah lupa nama saya.
“Oleh sebab itu, saya sebolehnya tak nak benda itu terjadi lagi dah. Selagi dia hidup, saya nak jaga dan tak nak menyesal suatu hari nanti.
Ads
“Isteri saya boleh ganti, kawan saya boleh cari, anak boleh buat baharu tapi ibu tetap satu-satunya,” luahnya lagi.
Sebelum ini, Fikry memaklumkan mengenai keadaan ibunya yang diserang penyakit ‘minor stroke’, sekitar Mac tahun lalu.
Ekoran situasi yang berlaku, pelakon berusia 28 tahun ini terpaksa menunda segala komitmen kerja di ibu kota bagi memberi sepenuh perhatian kepada ibunya.
Ads
Fikry berkongsi hal tersebut ketika ditemui sejurus Sidang Media Pencarian Dewi Remaja 2022 di Z Botanica by Nicsmann, One Utama.
Menerusi sidang media tersebut, Fikry sebagai hos tetap program berkenaan.
Pencarian Dewi Remaja 2022 bakal ditayangkan selama lapan episod bermula 16 Julai depan, pada setiap hari Sabtu jam 9 malam di saluran Astro RIA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Siti Sarah Raissuddin memohon doa ramai buat dirinya dan bayi yang dikandung selepas dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras berikutan tahap oksigen yang semakin menurun pada Rabu.
Menerusi Insta Stories, penyanyi lagu Manes itu memohon maaf kerana tidak dapat menyambung status yang telah dimuat naik di Insta Stories sebelum ini atas keadaan yang tidak mengizinkan.
“Maaf sangat-sangat tak dapat sambung yang semalam. Keadaan Sarah tak mengizinkan. Cuma minta selitkan doa Untuk Sarah & baby,” tulisnya.
Sementara itu menerusi posting terkininya di lnstagram, Sarah yang kini sedang sarat hamil 7 bulan mengucapkan terima kasih atas doa serta kata semangat yang telah dititipkan.
Semalam media melaporkan, isteri kepada bekas penyampai radio, Shuib itu dibawa dengan ambulan sekitar pukul 6.30 petang bagi mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.
Perkara tersebut dimaklumkan pengurusnya, Nana Mohd. Rom daripada syarikat Indigital Music.
Malah dia sekeluarga sepatutnya sepatutnya memotong gelang kuarantin pada hari sama, tetapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan akibat batuk dan penurunan oksigen dalam badan membuatkan dia terpaksa mendapatkan rawatan lanjut.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Nur Fazura menjelaskan dia hanya menjawab soalan yang diajukan wartawan mengenai perkara yang telah ditularkan oleh peminat tegar seorang individu, baru-baru ini.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram, Fazura berkata, jika dia tidak menjawab soalan tersebut, lain pula hal yang akan berlaku nanti.
“Tiada niat untuk membuka aib sesiapa tetapi jika dibiarkan, perkara tidak betul yang tumbuh akan terus melata. Dalam saya sibuk menguruskan kehidupan sendiri serta keluarga dan rancangan kerjaya saya sendiri, muncul lagi anasir yang tidak jemu menangguk di air yang keruh.
“Dikongsikan ialah rakaman video sebenar sewaktu wawancara di majlis pelancaran produk terbaharu saya baru-baru ini untuk dinilaikan sendiri. Sejujurnya saya hanya menjawab soalan yang telah diajukan oleh wartawan. Jika tidak dijawab, ceritanya lain pula nanti.
“Respons saya adalah kepada soalan berkenaan perkara yang telah ditularkan oleh para peminat tegar individu lain tetapi sekarang digambarkan seolah-olah saya yang memulakannya. Untuk apa?
“Tiada sebab dan tiada keuntungan untuk saya memulakan sesuatu yang tidak produktif. Banyak perkara lain perlu diberikan perhatian. Saya sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah SWT kepada saya dan keluarga selama ini,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen Instagram.
Tegas Fazura lagi, meski dirinya memberi fokus pada hal sendiri dan keluarga termasuk suami, namun masih menjadi sasaran.
“Ini bukan kali pertama, sudah bertahun-tahun lamanya tapi saya dan suami, terus fokus kepada kehidupan kami dan kerjaya sendiri. Kini, Fatima juga menjadi mangsa tambahan. Apa salah dia sehingga sasaran cacian itu dihalalkan?
“Naratif ‘Perang Dingin’ yang digembar-gemburkan ini juga tidak betul dan tidak pasti niatnya apa. Sama juga seperti orang lain, saya berhak menentukan dengan siapa saya sesuai berkawan. Tidak berkawan, tidak semestinya memusuhi. Kini, izin suami dengan siapa saya wajar berkawan juga wajib diberikan keutamaan.
“Maka didoakan agar semua dapat meneruskan kehidupan masing-masing dalam keredhaan Allah SWT. Tiada guna memerah jerami untuk mendapatkan santan. Semoga kita semua dikurniakan kebahagiaan dan ketenangan di dunia akhirat. Mudah-mudahan. Amin,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Diuji dengan kemelut rumah tangga, adakah masih ada cinta di hati Shaarnaz Ahmad
Ternyata, masih ada cinta di hati pelakon berkenaan, tetapi cinta yang tersisa ini hanyalah menerusi ikatan cinta di antara Hazrul, lakonan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose menerusi watak Daliya.
Lelakimu Yang Dulu kini bersiaran menerusi slot Akasia bermula 19 September lalu.
Drama 28 episod arahan Eoon Shuhaini terbitan Mache Allstar United Sdn. Bhd. ini menggandingkan dua bintang tersebut sebagai pelakon utama lalu dibantu barisan pelakon lain seperti Redza Rosli, Ungku Hariz, Reen Rahim, Nadia Brian, Azizah Mahzan, Dato’ Jalaluddin Hassan dan Dian P. Ramlee.
Lelakimu Yang Dulu mengisahkan tentang konflik perkahwinan antara Hazrul dan Daliya yang terpisah selepas Hazrul ditangkap di atas cubaan merogol.
Selepas Hazrul ditangkap, Daliya bertemu Hazrul dan ingin mendapatkan penjelasan terus dari suaminya itu. Namun, Hazrul masih mendiamkan diri.
Daliya cuba menuntut cerai tetapi Hazrul enggan berbuat demikian. Daliya mengambil keputusan untuk membawa diri dan beberapa bulan kemudian, Daliya masih buntu memikirkan masa depannya lebih-lebih lagi dia disahkan mengandung.
Namun, kandungannya itu dirahsiakan daripada Hazrul. Daliya ditemukan dengan Nazli, Zana, dan Ibu Maryam apabila Daliya pengsan selepas hampir dilanggar oleh kereta milik Nazli.
Kehidupan Daliya berubah selepas tinggal di rumah Ibu Maryam sekeluarga. Dia bekerja sebagai tukang jahit di kilang langsir Ibu Maryam. Kehadiran Daliya disenangi, lebih-lebih lagi oleh Nazli apabila dia mula ada hati dengan Daliya.
Berlainan pula dengan Zana, dia tidak suka pada Daliya dan cemburu dengan layanan baik keluarganya terhadap Daliya.
Selepas dua tahun, Hazrul dan Daliya ditemukan semula. Anak yang dirahsiakan itu akhirnya diketahui oleh Hazrul. Hazrul berusaha untuk memiliki anak mereka, Isyraf untuk membalas dendam pada Daliya.
Bagi Hazrul, Daliya adalah isteri yang tidak setia. Daliya meninggalkannya sewaktu dia kehilangan segalanya. Adakah rasa dendam akan terus mengatasi rasa cinta Hazrul buat Daliya? Dapatkah Daliya menerima Hazrul kembali
Apaka kesudahannya? Jangan lupa untuk saksikan drama Lelakimu Yang Dulu yang diadaptasi daripada novel karya Farah Darianna terbitan Idea Kreatif ini, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di TV3.
Foto: TV3
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!