Penyanyi, Dafi Ismail menyifatkan masa cukup pantas berlalu dan kini usianya sudah mencecah usia 32 tahun.
Bagaimanapun, Dafi tetap meluahkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana sehingga kini masih diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan selain turut dikelilingi orang yang sayang terhadap dirinya.
“Hi guys, hari jadi saya yang ke 32 akan berakhir dah. Saya cuma nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang memberikan ucapan. Sekejap je rasanya. Tiba-tiba umur dah 32 dah.
“Bagaimanapun ia cuma sebahagian daripada kehidupan dan semua orang pun akan melalui perkara yang sama. Saya okay je dengan semua ni. Saya sebenarnya bersyukur kerana masih diberikan ruang untuk hidup dan bernafas dekat atas dunia ni,” katanya.
Menerusi perkongsian di Instagram, peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-5 ini turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraannya selama ini.
“Saya bersyukur dengan apa yang telah saya lalui tak kiralah baik atau buruk. Untuk orang-orang yang saya pernah jumpa yang kini dah jadi sebahagian daripada hidup saya atau tidak. Saya sebenarnya teruja untuk melihat apa lagi yang akan saya alami pada masa depan.
“Terima kasih juga kepada anda yang banyak sangat bagi saya doa yang baik-baik sempena hari lahir saya. Saya doakan perkara baik yang anda doakan kepada saya terjadi kepada anda juga. Terima kasih. Semoga tuhan merahmati kita,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, menerusi posting berasing, Dafi ada berkongsi beberapa sambutan ulang tahun kelahirannya yang turut disertai oleh bapanya yang juga merupakan Menterik Kanan (Pertahanan), Datuk Sri Ismail Sabri.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa selain turut memuji keakraban keluarga besar Dafi itu.
Sumber: Instagram Dafi Ismail Sabri