Pelakon Hafidz Roshdi yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihannya, Athira Yuhada berkongsi momen perkenalan mereka sejak di bangku persekolahan.
Difahamkan, pasangan itu saling berkenalan sejak berusia 15 tahun dan perkara itu dimuat naik menerusi sepotong video di Instagram, hari ini.
@mediahiburanofficial Hafidz & Athira memang saling rapat sejak di bangku sekolah, momen bersama dikongsi. Memang ‘bersemut’! Video tersebut dikongsi Hafidz menerusi Instagram #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ Love Story – TonsTone
“Kita orang berkenalan pada tahun 2009, masa form three. Sekejap je masa berlalu. Sekarang dah 2023.
“Selama 14 tahun kitaorang kenal,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Menerusi video berdurasi seminit itu, Hafidz berkongsi kenangan bersama Athira dari tahun 2009 sehinggalah mereka mendirikan rumah tangga 14 tahun kemudian.
Terdahulu pada Jumaat, Hafidz Roshdi dan Athira sah bernikah dengan sekali lafaz dalam majlis yang dihadiri ahli keluarga kedua belah puhak do sebuah lokasi acara di Shah Alam, Selangor.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aina Abdul Menang AJL37, Kaut RM112,000 & Vokal Terbaik
Persembahan memukau Aina Abdul memberi tuah buat naskhah ciptaannya sendiri, Terus Hidup apabila diumumkan sebagai juara utama di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-37 yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, malam tadi.
Kemenangan itu sekaligus melayakkannya menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi, mengetepikan saingan 11 buah lagu yang turut bertanding.
Sementara itu, Aina Abdul juga dinobatkan sebagai penerima Anugerah Vokal Terbaik, menerima RM12,000 dan trofi.
Tempat kedua dimenangi lagu Satu Malam Di Temasek nyanyian SonaOne & Joe Flizzow membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi.
Manakala lagu Anugerah Terindah yang dinyanyikan oleh Alif Satar & The Locos di tempat ketiga sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM 30, 000 bersama trofi.
Shiha bersama lagu Irama pula dipilih sebagai Pemenang Persembahan Terbaik dan menerima RM12, 000 dan trofi yang diundi secara dalam talian oleh penonton,
Istimewanya edisi kali ini, Alha Alfa Cosmetics juga meraikan Penyanyi Pilihan Alha Alfa yang membawa pulang hadiah wang tunai RM 12,000 bersama trofi dan dimenangi Khai Bahar.
Membawa tema Dimensi Muzik, AJL 37 dikendalikan oleh Sherry Alhadad dan Jihan Muse sebagai hos dan turut diserikan dengan persembahan ramai artis.
Antaranya De Fam, Syamel, Kaka Azraff, Azlan And The Typewritter, Exist dan ramai lag.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Persalinan Hitam Aina Abdul Ada Maksud Tersirat – “Topi Direka Seperti Tempat Tidur Bayi, Kain Pleated Merah Belakang Jaket Melambangkan Kesan Luka ‘Semalam’.
Penyanyi Aina Abdul tampil menjelaskan inspirasi persalinan sarat hitam yang dikenakan ketika menyampaikan lagu ciptaannya sendiri, Semalam di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), malam Ahad.
Jelas Aina, gaun tersebut sebenarnya mempunyai maksud dan mesej tersirat, seiring dengan jalan cerita yang ingin disampaikan menerusi lagu berkenaan.
Perkongsian tersebut diperincikan panjang lebar oleh Aina menerusi satu hantaran terkininya di Instagram.
“Topi yang direka menjadi seperti sebuah tempat tidur seorang bayi atau kanak-kanak kecil adalah hasil interpretasi lirik “tinggal ku sendiri, ditemani jasad ini”.
“Bait kata “jasad ini” itu adalah metafora kepada figura seorang bayi atau kanak kanak kecil yang ada bersama-sama wanita ini sewaktu berlakunya kisah “SEMALAM”.
“Jaket bersiluet besar dengan perincian susunan kain pleated yang kelihatan sarat adalah menggambarkan kisah penderitaan yang dialami oleh wanita itu sangat berat dan banyak sekali.
“Perincian pleated pada jacket tersebut dipilih hasil inspirasi daripada daun palas kipas atau “palm tree”. Ini adalah interpretasi seni reka fesyen terhadap lirik “diri ini bagai daun gugur”.
“Warna hitam juga dipilih untuk melambangkan daun tersebut sudah tua dan kering dan sudah layu. Ia juga simbolik kepada perkataan “SEMALAM” yang selalu dikaitkan dengan warna hitam dan gelap,” tulisnya.
Aina pada masa sama mendedahkan, skuad cantiknya turut mengambil ilham pakaian tradisional Vietnam untuk dijadikan sebagai elemen dalam rekaan.
“Helain bahagian dalam busana ini yang dicedok dari rekaan pakaian tradisional Vietnam Ao Ďai atau “long tunic” adalah lambangan kepada sifat seorang wanita yang feminin dan ayu.
“Ia diperbuat dari material lembut dan polos yang menggambarkan hati seorang wanita yang mudah rapuh dan cepat tersentuh.
“Perincian kain pleat yang membentuk satu imej bulat dibawah helaian jaket bermaksud seperti wanita ini sedang berdiri di atas daun yang terapung.
“Tidak ketinggalan, perincian kain pleated berwarna merah di belakang jaket melambangkan kesan luka “SEMALAM”.
“Parachute atau payung terjun dipilih sebagai elemen terbesar dalam reka bentuk busana Aina Abdul di Anugerah Juara Lagu 35 bagi melambangkan imej daun gugur yang ditiup angin.
“Imej grafik yang dipancarkan di atas kain adalah lambangan kepada bait “calar ungu” yang terdapat di dalam lirik “Engkau pergi jua, tinggal ku sendiri dengan seribu calar ungu”.
“Gerakan penari yang menolak-nolak kain parachute dari dalam melambangkan kesan lebam sebagai interpretasi maksud “calar ungu”. Wanita ini juga menyampaikan kisahnya bersama dengan penari-penari yang berada di dalam parachute.
“Ini lambangan kepada situasi dimana wanita ini mewakili insan-insan lain yang turut merasai penderitaan yang sama,” tulisnya panjang lebar.
Bersaing bersama 11 buah lagu yang layak ke final, Semalam diumumkan sebagai pemenang tempat kedua bagi edisi AJL kali ini, membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM35,000 bersama trofi.
Foto: Instagram Aina Abdul, TV3 Malaysia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mawar Rashid Kagum Neelofa Dah Pakai Purdah – “Pergi Mana-Mana, Mesti Semua Sebut Pasal Kak Lofa.”
Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid meluahkan rasa kagum apabila melihat penghijrahan selebriti terkenal, Neelofa yang kini sudah berniqab.
Dalam pada itu, Mawar ada berkongsi cerita kisah penghijrahan dirinya yang mula mengenakan hijab pada Ogos lalu.
Kongsi Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shahputri, keinginannya untuk berubah adalah kerana Allah SWT.
“Masyaa’Allah.. betapa sayang nye ALLAH SWT dan RASULULLAH SAW terhadap kak lofa. “Hidayah itu milik Allah SWT.”
“Betul2 terinspirasi dengan penghijrahan besar yang kak lofa buat kali ni, Allahuakhbar.
“Dari dulu, Mawar sentiasa fikir apa benda yang terbaik Mawar boleh bagi inspirasi kpd followers Mawar.. dan skrg mawar da tau hala tuju mawar.. inspirasi utk ke jalan ALLAH SWT.
“Alhamdulillah Allah SWT bg PELUANG kat Mawar untuk dikenali ramai orang, ada followers. Mawar fikir, mungkin Allah SWT bg Mawar peluang ni, untuk Mawar ‘kongsikan’ benda2 yang baik kpd org yg tengok Mawar,” katanya.
Mawar yang kini sedang hamil anak kedua juga turut berpendapat, kita mudah untuk mendapatkan pahala dan begitu juga sebaliknya.
“Dan.. Nilah antara salah satu faktor Mawar berhijrah jugak.. sebab Mawar nk menjadi contoh yang baik kpd semua org yg melihat Mawar.
“YOU! you all semua yg baca caption Mawar ni lah yang buat Mawar rasa lebih kuat untuk tidak membuat perkara yg tidak baik kerna benda yg x baik itu boleh dipengaruhi oleh org jangan salah faham.
“Bukan mawar brubah ni sbb manusia. Faktor utama Mawar pilih destinasi ni, kerana Allah SWT.
“Kerana Mawar takut dengan ALLAH SWT.. dan nk dekat dan nakkan Cinta dari Allah & Rasulullah.. nak mencari makna sebenar KEBAHAGIAAN..
“Jadi YOU are my supporters my dear followers Sbenarnya bukan mudah utk jadi ‘org dikenali’ ni.
“Mudah untuk kita mendapat dosa sebenarnya.. dan mudah utk dpt pahala juga.. insyaa’ALLAH,” tulisnya panjang lebar.
Pada masa sama, Mawar turut mendoakan agar Neelofa kekal istiqamah dalam mencari keredaan Yang Maha Esa.
“Back to kak lofa, i am so proud of her.. pergi mana2, mesti semua org sebut pasal kak lofa.. semua org terINSPIRASI dengan perjuangan beliau.
“Mawar duk fikir sorang2.. besar nye pahala kak lofa..
“bile tgk dkt telegram grup tu lagi.. Masyaa’Allah.. hebat sgt2 perjuangan kak lofa.. Alhamdulillah bahagia untuk kak lofa.
“Mawar doakan kak lofa terus istiqomah dalam setiap perintah Allah SWT dan teruskan bg inspirasi kepada kami semua. Allahuakhbar doakan Mawar jugak semua..,” tulisnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on
Foto: Instagram Mawar Rashid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI