Pelakon Hafidz Roshdi yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihannya, Athira Yuhada berkongsi momen perkenalan mereka sejak di bangku persekolahan.
Difahamkan, pasangan itu saling berkenalan sejak berusia 15 tahun dan perkara itu dimuat naik menerusi sepotong video di Instagram, hari ini.
@mediahiburanofficial Hafidz & Athira memang saling rapat sejak di bangku sekolah, momen bersama dikongsi. Memang ‘bersemut’! Video tersebut dikongsi Hafidz menerusi Instagram #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ Love Story – TonsTone
“Kita orang berkenalan pada tahun 2009, masa form three. Sekejap je masa berlalu. Sekarang dah 2023.
“Selama 14 tahun kitaorang kenal,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Menerusi video berdurasi seminit itu, Hafidz berkongsi kenangan bersama Athira dari tahun 2009 sehinggalah mereka mendirikan rumah tangga 14 tahun kemudian.
Terdahulu pada Jumaat, Hafidz Roshdi dan Athira sah bernikah dengan sekali lafaz dalam majlis yang dihadiri ahli keluarga kedua belah puhak do sebuah lokasi acara di Shah Alam, Selangor.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini