Abang kepada penyanyi Yasin Sulaiman, Dr. Zain Sulaiman berkata keprihatinan YB Syed Saddiq bertemu dengan mereka sekeluarga seperti yang dikongsikan di Instagram semalam adalah berhubung kiriman salam adiknya terhadap ahli politik itu sebelum ini.

Terdahulu, ketika dibawa ke mahkamah penyanyi lagu Mimpi Laila itu ada menyampaikan kiriman salam terhadap Syed Saddiq yang sebelum ini lantang memperjuangkan penggunaan ganja dalam perubatan.

“Kunjungan kami sekeluarga ke kediaman Syed Saddiq semalam berikutan kiriman salam Yasin terhadap YB sebelum ini.

“Dalam pertemuan itu, YB bertanya tentang keadaan Yasin dan kebanyakan perbincangan banyak memberikan fokus tentang medical cannabis (perubatan ganja).

“Seperti yang dikongsikan YB di Instagramnya, di situ beliau sudah simpulkan (perjuangan untuk meluluskan penggunaan ganja untuk perubatan),” katanya ketika dihubungi Media Hiburan.

“Sekeluarga Tetap Di Belakang Yasin 100 Peratus Sebab Dia Adalah Pesakit, Bukan Penjenayah,” – Abang “Sekeluarga Tetap Di Belakang Yasin 100 Peratus Sebab Dia Adalah Pesakit, Bukan Penjenayah,” – Abang

Zain bersama ibu dan bapanya berkunjung ke kediaman Syed Saddiq di Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor seperti perkongsian yang dibuat Ahli Parlimen Muar itu di laman Instagramnya semalam.

Posting tersebut pantas meraih perhatian netizen apabila mendapat lebih 33,000 tanda suka.

Ads

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan terkini Yasin yang kini ditahan reman di Penjara Sungai Buloh, Zain menjelaskan pihak peguam adiknya sedang berusaha agar Yasin segera mendapatkan rawatan psikatri bagi merawat penyakit bipolar kronik yang dihidapinya sejak tahun 2009.

“Peguam sudah menulis surat secara rasmi kepada pihak penjara untuk Yasin mendapatkan rawatan psikatri dan sekarang kami masih menunggu sebab pihak penjara ada prosedur mereka berhubung perkara ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

“Sekeluarga Tetap Di Belakang Yasin 100 Peratus Sebab Dia Adalah Pesakit, Bukan Penjenayah,” – Abang

“Kami sekeluarga tetap berada di belakang (menyokong) Yasin 100 peratus sebab dia adalah pesakit, bukan penjenayah.

Ads

“Mungkin ramai yang tidak tahu latar belakang kesihatan dia yang telah menghidap bipolar kronik sejak 2009 dan saya percaya ramai tidak faham bipolar itu macam mana.

“Kalau ramai yang faham, mesti mereka dapat menilai keadaan sebenar. Pesakit bipolar perlu sentiasa mendapatkan rawatan untuk stabilkan keadaan mereka,” jelasnya.

Ketika ditanya mengenai anak-anak Yasin, Zain menjelaskan kedua-dua saudaranya itu ada menyatakan perasaan rindu pada bapa mereka.

“Sekeluarga Tetap Di Belakang Yasin 100 Peratus Sebab Dia Adalah Pesakit, Bukan Penjenayah,” – Abang “Sekeluarga Tetap Di Belakang Yasin 100 Peratus Sebab Dia Adalah Pesakit, Bukan Penjenayah,” – Abang

“Mereka tabah menghadapinya tapi siapa yang tak rindu bapa dan bapa mana yang tidak rindukan anak mereka.

Ads

“Saya memang sentiasa update mereka apa sahaja perkembangan Yasin dari masa ke semasa,” katanya.

Yasin, 47, mempunyai dua anak iaitu Sameer dan Malaika hasil perkongsian hidup dengan Sharifah Eena Houzyama Syed Hassan.

Bekas ahli kumpulan Brothers itu didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja mengikut Seksyen 39 B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum bawah Seksyen 39B (2) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara seumur hidup atau gantung sampai mati, dan sekiranya tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan jika sabit kesalahan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Syed Saddiq, Utusan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI