Selepas hampir sedekad tidak berlakon, Datuk Hattan kini kembali menerusi filem komedi, Gadis Jolobu The Movie yang lain daripada yang lain kerana ia mengetengahkan dialek negeri kelahirannya, Negeri Sembilan.
Menurut Hattan, sebelum ini belum ada filem sedemikian dan sebab itulah, dia memilih untukmengangkat martabat dialek Negeri Sembilan serta budaya negeri kelahirannya itu.
Hattan yang kali terakhir membintangi filem Rock Bro arahan Allahyarham Mamat Khalid berkata, dia mengaku banyak menolak tawaran berlakon sebelum ini.
Selain berlakon, Hattan juga bertindak sebagai perunding produksi bagi memastikan dialek Negeri Sembilan yang dituturkan pelakon lain betul dan tidak kedengaran pelik.
“Sebenarnya saya sudah tak mahu berlakon sebab ia memenatkan, tapi untuk Gadis Jolobu The Movie ini saya tak boleh tolak sebab filem ini mengangkat budaya Negeri Sembilan.
Ads
“Sebelum ini ramai yang membuat filem mengenai dialek negeri lain dan tak ramai yang mahu membuat filem mengetengahkan dialek Negeri Sembilan. Siapa lagi nak perjuangkan dialek ini kalau bukan kita sendiri. Itu yang buatkan saya terpanggil untuk turut serta.
“Sebenarnya idea untuk menghasilkan filem ini sudah tercetus sekitar tiga tahun lalu di antara saya dan Pengasas Bersama Zebra Studio dan Penerbit Eksekutif Saraleana Nattaya Azmi, tapi disebabkan pandemik Covid-19, baru sekarang kami dapat memulakan penggambaran,” katanya.
Menurut Hattan, idea untuk menghasilkan filem terbabit tercetus susulan kejayaan lagu duetnya bersama W.A.R.I.S berjudul Gadis Jolobu yang meraih jutaan tontonan di YouTube.
“Tak salah untuk mencuba walaupun sekarang ini sudah ada prosedur operasi standard (SOP), tapi tak tahu orang berani atau tidak pergi tengok wayang.
Ads
“Cuma saya berharap apabila filem ini ditayangkan sekitar Jun nanti, negara kita sudah beralih ke fasa endemik, memandangkan kita semua sudah menerima suntikan dos penggalak. Kalau tidak kasihan industri hiburan kita, disebabkan itu kerajaan kena tolong kita.
“Saya yakin filem ini boleh mendapat sambutan yang baik sebab kalau filem menggunakan dialek Pulau Pinang dan Perak seperti Mami Jarum dan Hantu Kak Limah boleh berjaya, mengapa tidak filem ini,” katanya.
Ads
Turut berlakon ialah anak Hattan, Adam serta Joey Daud, Khir Rahman, Nizam Laksamana, Ahirine Ahirudin dan ramai lagi.
Gadis Jolobu The Movie mengisahkan mengenai tiga bujang terlajak yang sangat rapat sejak kecil dalam usaha untuk mencari jodoh masing-masing di kampung halaman mereka.
Sumpahan ‘lambat sunat, lambatlah kahwin’ sering bermain di fikiran membuatkan mereka berusaha untuk mencari jodoh mereka walaupun menghadapi pelbagai dugaan.
Filem kerjasama Zebra Studio Sdn Bd dan Tremendous Entertainment yang diarahkan oleh CL Hor itu turut mengetengahkan beberapa elemen Adat Perpatih dan keunikan budaya Minangkabau di Negeri Sembilan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid mengesahkan anaknya, Wan Emir Astar bakal melangsungkan pernikahan dengan pelakon popular, Mira Filzah, tahun ini.
Menerusi laporan Harian Metro, Mastura yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar ketika ditemui turut meminta orang ramai mendoakan kebahagiaan anak dan bakal menantunya itu.
“Ya, kedua-dua keluarga sudah berjumpa. Semuanya berjalan lancar dan ia akan diumumkan nanti. Insya-Allah,” katanya seperti yang dipetik.
Sebelum ini, Mira turut mengesahkan dia sudah pun dipinang orang. Bagaimanapun pelakon itu tidak berkongsikan hal tersebut secara terperinci.
Namun, Mira secara jujur mengakui sudah pun melakukan persiapan ke arah tersebut dan masih lagi berada di peringkat awal.
Pada masa sama, hos program Nona itu juga tidak menafikan akan ada sebuah majlisnya pada Oktober depan dan akan terbuka berkongsi segalanya bila tiba waktunya nanti.
“Sebenarnya perkara-perkara seperti ini Mira diminta untuk keep it low.
“Tapi macam Mira cakap sebelum ini kalau sudah ada perkembangan selanjutnya kita akan bagi tahu.
“Kita tidak akan merahsiakannya daripada pihak media. Tambah pula sekarang ini bila Datuk Seri Ismail Sabri ada bagi tahu kita boleh adakan majlis dengan jumlah kehadiran tertentu, kita akan cuba sediakan ruang dan peluang untuk pihak media.
“InsyaAllah bila tiba masanya kita akan jemput semua dan di situ kita akan jelaskan segalanya,” kata Mira kepada ditemu bual.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Mierul Aiman menempelak tindakan sekumpulan individu yang dilihat sengaja meletakkan kaki di bahagian kepala kerusi di sebuah panggung wayang.
Menurut Mierul, tindakan tersebut sememangnya sangat biadap dan tidak menghormati penonton-penonton yang lain.
“Perbuatan yang sangat jijik daripada rakyat kita sendiri. Kotor dan jelek. Kita ni biar nampak bodoh tapi jangan jadi bodoh.
“Hormat tak susah tapi jangan ambil mudah,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Projek; Exit itu menerusi beberapa hantaran di aplikasi X.
Katanya lagi, dia terpaksa bersuara selepas menerima foto tersebut daripada salah seorang peminatnya.
Dalam pada itu, Mierul turut menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa menjaga adap walaupun di mana sahaja kita berada.
“Maaf bertanya, benda normal ke ni? Sebab saya first time nampak. Kita ni maju macam mana sekalipun, adat dan warisan tok moyang kita jangan lupa.
“Jangan pernah rasa tempat orang lain macam rumah kita sendiri. Ketinggian adab itu merendahkan takhta kita,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan yang dikongsikan oleh Mierul selain turut berharap agar perbuatan seperti ini tidak menjadi tabiat pada masa akan datang.
“Perangai tak bertamadun betul lah. Paling pantang orang letak kaki atas or tepi celah seat, jenis berbual tak pandang kiri kanan dan yang main phone screen terang kemain. Dalam wayang kot, common sense kelaut dalam.
“Tak normal tapi dekat wayang mostly memang banyak jenis manusia macam ni. Bila kita tegur, tarik muka perli-perli. Same to bila kena tegur dengan pekerja wayang tu, ehh marah balik pekerja wayang tu dah pehal ek.
“Kene tegur nanti confirm riuh. Biasalah orang-orang bodoh ego dia tinggi. Tak sedar diri tu bodoh.
“Ada camera CCTV, patut kena denda RM100 diorang semua ni. Baru terciduk nak bayar.
“Aku tengok orang angkat kaki kat dalam kereta pun dah pelik, apatah ini di dalam panggung ramai orang yang melihatnya. Adab dimana adab,” antara komen-komen netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Isntagram & X Mierul Aiman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengarah terkenal negara, Mamat Khalid dilaporkan telah meninggal dunia sekitar pukul 12.30 pagi tadi ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River, Perak.
Berita tersebut turut disahkan Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah yang memaklumkan Allahyarham telah dikejarkan ke hospital selepas pengsan di restoran miliknya di Tanjung Malim.
“Dukacita dimaklumkan bahawa seorang lagi permata seni tanah air, Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid telah menghembuskan nafas yang terakhirnya sebentar tadi sekitar pukul 12.30 pagi pada usia 58 tahun.
“Beliau jatuh pengsan di Sarang Art Hub Tanjung Malim dan menghembuskan nafas yang terakhir di dalam ambulan ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River.
“Maklumat awal, jenazah akan dikebumikan di Ipoh esok,” katanya menerusi satu kenyataan.
Justeru, seluruh barisan kepimpinan Seniman Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian yang mengejutkan itu.
“Seniman mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh,” katanya lagi.
Sementara itu, berita pemergian Allahyarham turut dikongsi beberapa selebriti tanah air seperti Zul Ariffin, Didie Alias, Zalif Sidek dan ramai lagi di Instagram.
Untuk rekod, Mamat sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal pada 25 Januari 2019 lalu akibat masalah paru-paru dan jantung serta ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Petaling Jaya.
Allahyarham yang juga adik kepada kartunis terkenal negara, Datuk Lat meninggalkan seorang balu iaitu Hasmah Hassan serta lima cahaya mata.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!