“Sekiranya Ada Masalah, Saya Pasti Mereka Boleh Cakap Pada Waktu Itu Juga Dan…,” – Nabila Razali

Share

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali tampil menjawab spekulasi yang mendakwa dia dikatakan tidak profesional sewaktu menjadi tetamu undangan sebuah stesen radio baru-baru ini.

Meski namanya tidak disebut menerusi satu artikel yang berkaitan, namun ramai yang menganggap insiden tersebut merujuk kepada dirinya.

Menurutnya, dia sendiri tidak tahu perkara seperti ini boleh dijadikan isu dan sekiranya dia ada membuat kesilapan, dia sepatutnya diajak berbincang secara matang.

“Saya dalam industri ni tidaklah lama, saya juga masih baru dan yakin ada banyak lagi perkara yang perlu dipelajari.

“Mungkin itu adalah salah satu perkara yang saya terlepas pandang ketika itu. Saya rasa okay untuk buat perkara sedemikian.

“Pada masa itu pun saya tak rasa yang saya seperti sedang berkerja kerana saya anggap semua seperti kawan-kawan saya.

“Sekiranya ada masalah, saya pasti mereka boleh bercakap pada waktu itu juga dan tidak sepatutnya jadi bahan penceritaan untuk orang ramai,” katanya.

Tambah penyanyi lagu Peluang Kedua itu lagi, program tersebut difahamkan telah pun dibatalkan namun Nabila tetap juga hadir bagi memenuhi jemputan pada saat akhir.

“Kalau nak diikutkan, program tersebut dibatalkan saat akhir, namun dipanggil semula. Lalu saya tetap hadir bagi menjalankan tugas promosi projek terbaru saya.

“Jadi saya tak rasa itu satu isu yang besar dan patut dibahaskan ketika ini. Semuanya boleh dibawa berbincang,” katanya kepada MH.

Enggan mengeruhkan lagi keadaan, Nabila menjelaskan dia sebolehnya tidak mahu membuat sebarang masalah termasuk dengan pihak media.

Pada masa sama, dia turut memohon maaf andai ada tingkah sebelum ini mengguriskan hati sesiapa dan berharap agar perkara sedemikian tidak berlaku lagi.

Published by
Aizam Manaf