Selepas lebih dua tahun tidak muncul dengan mana-mana single terkini, penyanyi Indah Ruhaila tampil dengan single terbaru berjudul Pudar.

Diangkat sebagai salah satu runut bunyi drama Nur 2 yang kini menemui penonton TV3 menerusi slot Samarina, bintang ini mengharapkan reaksi baik peminat, sekali gus bakal menaikkan kembali namanya di persada seni.

Malah, dia mengakui sudah jatuh cinta dengan melodi dan lirik lagu ciptaan sepenuhnya Amylea Azizan ini meski pertama kali mendengar demonya.

“Pertama kali mendengar lagu ini, saya cukup terusik dengan melodi dan liriknya. Apatah lagi apabila saya diberitahu Amylea bahawa lagu ini asalnya ditulis khas untuk watak ‘Nur’ berdasarkan plot untuk edisi pertama drama tersebut.

Ads

“Saya berharap apa yang lagu ini cuba sampaikan, saya berjaya terjemahkan menerusi nyanyian saya. Sekiranya ada yang menyatakan nyanyian saya ini berjaya menyentuh hati mereka, alhamdulillah,” katanya.

“Pudar merupakan single terbitan dan edaran Nova Music (M) Sdn. Bhd. dan boleh didapati di semua muzik digital serta juga iTunes bermula 29 Mac 2019 lalu.

Sementara video muzik rasminya pula boleh ditonton menerusi saluran YouTube Nova Music Videos bermula hari ini. Cant Wait!

Ads

Foto: Ihsan Nova Music Malaysia

Ads

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI