Isteri kepada pendakwah bebas Da’i Farhan, Dr. Erin ada memuji suaminya bermain bola sepak beraksi di padang.

Memuat naik foto kejayaan suami yang telah pun berjaya menjaringkan kira-kira 100 gol menerusi 18 perlawanan, Dr.Erin turut akui suaminya dilihat macho ketika bermain bola sepak.

Malah, pada entri sama, Dr. Erin mendedahkan dia juga pernah aktif dalam sukan taekwondo hingga pernah mendapat liputan di dada akhbar.

“Akak ni zaman sekolah dulu ada blackbelt taekwondo. Pernah masuk surat khabar, abah yang baca dan simpan dalam diam.

IKLAN

“Abah banggalah tu dengan anak seorang ni. Bangga dah masuk paper English la katakan. Ketika itu kira wow sangat muka depan okey, Sabah Championship of Taekwondo, tahun berapa saya tak ingat. Akak juara sparring,” tambahnya.

“Sukan ni bagi akak buat kita bagi nampak macam beauty with style gitu, mesti nak kawan dengan budak-budak sukan juga lah. Nak nak yang pandai main bola macam Farhan!

IKLAN

“Seksi habisla tengok suami main kat padang macam macho sangat. Apapun saya tetap jurusorak kamu,” tulis Dr. Erin.

“Seksi Habis Tengok Suami Main Kat Padang Macam Macho Sangat,” – Dr.Erin Puji Suami Main Bola

IKLAN

Lalu perkongsiannya itu turut mendapat reaksi para pengikutnya.

Terdahulu, pasangan ini pernah mendapat perhatian apabila pendakwah itu menceraikan isteri pertama yang sedang hamil selepas mereka berdua mendirikan rumah tangga lebih tiga bulan lalu.

Foto: Instagram Dr.Erin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI