Pelakon, Datin Elvina Mohamad yang pernah terpalit dengan kisah sensasi tidak lama dulu mengakui apa yang berlaku mematangkan diri.
Bagaimanapun ibu beranak satu ini mengharapkan yang terbaik buat dirinya sekeluarga.
Cuma, dia sempat memberi pesan kepada sesetengah wanita supaya menjaga batas pergaulan.
“Kepada wanita di luar sana kalau dah tahu lelaki yang didekati itu suami orang, jagalah batas pergaulan.
Ads
“Malah kalau ada lakukan salah sekali pun, sekurang-kurangnya mengaku dan meminta maaf, bukan tegakkan benang yang basah.
“Sebab kalau kita sudah lakukan kesilapan tetapi masih tidak mengaku walau dah jelas, itulah sebenarnya yang mengeruhkan lagi keadaan sebenarnya,” katanya kepada MH.
“Tak perlulah nak keluar dengan suami orang sebab nanti ia boleh timbulkan fitnah dan syak wasangka orang,”tambahnya lagi.
Ads
Dalam perkembangan lain, Elvina baru sahaja selesai penggambaran drama pendek sebanyak enam episod berjudul Geng Mak Mak yang turut menampilkan pelakon berstatus ibu seperti Nad Zainal, Rita Rudaini dan ramai lagi.
“Kiranya ini drama saya yang pertama selepas berehat lebih setahun selepas tempoh berpantang. Setakat ini, saya hanya berani ambil tawaran yang tidak memerlukan masa panjang.
Ads
“InsyaAllah selepas raya nanti saya akan timbang tawaran berlakon di dalam drama yang lebih panjang,” tambahnya.
Kumpulan Sans Therapeutics Berhad secara rasmi mengumumkan pengambilalihan X-Beauty & Aesthetic, pada majlis menandatangani perjanjian di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Pada majlis itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sans Therapeutics Berhad, Dr Tan San Chin, turut mengumumkan penambahan perkhidmatan Sans Aesthetic Wellness, yang memfokuskan kepada estetika dan ‘keindahan kesejahteraan’.
Malah selepas pengambilalihan itu, X-Beauty & Aesthetic secara rasmi akan dinamakan semula sebagai Sans Aesthetic Wellness dan turut mengambil alih enam cawangannya yang terletak di Kota Damansara, Sri Petaling, Cheras, Puchong dan Nusa Bestari, Skudai.
Berikutan itu, pelanggan sedia ada yang ingin mendapatkan rawatan di cawangan Uptown Damansara, akan berpindah ke cawangan Kota Damansara.
“Kepada semua bekas ahli X-Beauty & Aesthetica, kami di Sans Aesthetic Wellness berjanji akan meneruskan perkhidmatan seperti sebelumnya kepada pelanggan.
“Sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab dari segi sosial, kami optimis untuk terus mengekalkan integriti dan tanggungjawab agar menjadi penanda aras dalam industri rawatan kecantikan serta terus mengutamakan keselesaan pelanggan,” katanya.
Dr Tan San Chin pada masa sama mengharapkan agar pelanggan terus memberi kepercayaan kepada syarikat dalam urusan penyelesaian peralihan ini dan sentiasa memastikan pelanggan mendapat perkhidmatan yang terbaik.
“Kepada mereka yang masih menjalani rawatan berterusan dengan X-Beauty & Aesthetic, beliau menggalakkan mereka mendaftar di cawangan terbabit dengan membawa resit asal bagi mendapatkan rundingan secara personal.
“Sementara itu, kami juga mencari rakan kongsi perniagaan menerusi sistem francais untuk mengembangkan lagi rangkaian perniagaan ini di mana kami merancang untuk membuka lima lagi cawangan kedai.
“Syarikat juga merancang untuk mengadakan penyenaraian awam dalam tempoh tiga tahun akan datang,” katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif X-Beauty & Aesthetic, Datuk Jess, iaitu wakil dalam perjanjian peralihan itu, berkata, syarikat sedang melakukan penstrukturan semula organisasi selepas berhadapan dengan wabak Covid-19, dua tahun lalu.
“Saya yakin Sans Therapeutics Berhad adalah kumpulan korporat yang memiliki reputasi dan berkemampuan menawarkan produk berkualiti serta perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
“Sekali gus pelanggan yakin mengenai pertumbuhan dan prospek kumpulan,” katanya.
Sans Aesthetic Wellness turut melancarkan Lab Series, iaitu set baharu produk penjagaan kulit sehenti.
Siri Lab ini diperbuat daripada bahan semula jadi yang dibangunkan oleh pasukan yang mempunyai lebih 30 tahun kepakaran dalam menghasilkan produk penjagaan kulit menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D)
Ia dilihat sebagai penyelesaian terbaik untuk merawat kulit yang bermasalah agar sihat semula.
“Kalau boleh kami mahu orang kalau bercakap mengenai kecantikan, akan ingat kepada kami. Sebab itulah bermula dengan pelancaran ini, kami giat untuk terus mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan kepada semua, tidak mengira budaya.
“Meski cabaran mendatang menjadi lebih sukar dengan situasi semasa, namun kami percaya servis dan kualiti terbaik yang diberikan kepada pelanggan menjadi survival kami secara langsung” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Susulan isu Datuk Aaron Aziz yang didakwa namanya telah digugurkan dalam filem terbaharu arahan Syamsul Yusof, The Original Gangster (TOG), pelakon Sharnaaz Ahmad tampil memberikan respon berikutan namanya turut dipetik oleh pengarah tersebut, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di laman Twitter dan Instagram, Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, berkata dia tetap berada di belakang Syamsul dan memberikan sepenuh sokongan terhadap pengarah berkenaan.
Sharnaaz berkata demikian ketika memberi jawapan balas kepada netizen yang memintanya agar menarik diri daripada projek filem tersebut.
“Sharnaaz, Beto tarik daripada projek Sol (Syamsul) bod* tu please!!” tulis netizen terbabit.
Sharnaaz kemudian menjawab, “Tidak, kerana kami profesional. Kami tidak akan tarik diri sehingga projek ini selesai. Personal is personal.”
“As a director, you have my full support and respect, without a doubt. YANG TAHU JE TAHU.
“Yang banyak bercakap, takut terselak kain sendiri kanda, take note,” tulis Sharnaaz.
Dalam pada itu, bapa kepada Jebat Jayden itu juga meminta semua pihak agar menghormati bulan Ramadan dan tidak menimbulkan sebarang pergaduhan di bulan mulia ini.
“Hormatilah Ramadan, tak perlu gaduh-gaduh. Syaitan pun off day, jadi siapa yang syaitan sebenarnya,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Syamsul menerusi sesi sidang media menjelaskan punca Aaron digugurkan adalah disebabkan masalah kesihatan yang dialami aktor tersebut selain beberapa sebab lain.
Syamsul turut menyatakan keputusan tersebut bukanlah pilihannya tetapi melibatkan banyak pihak termasuk produser dan pelakon lain terlibat.
Dalam kenyataan itu juga, Syamsul turut menyebut nama Sharnaaz dan Beto Kusyairy.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Yatt Hamzah atau nama sebenarnya Haryati Hamzah telah bekongsi cerita mengenai kes kecurian yang berlaku di kedai dobi layan diri milik suaminya, Muhammad Zulfadli yang terletak di Seremban 2, Negeri Sembilan.
Kongsi Yatt, insiden tersebut berlaku apabila pakaian milik pelanggan telah hilang dan dicuri oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Bukan itu sahaja, Yatt juga telah berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan insiden kecurian tersebut.
“HATI2 DENGAN SI PENCURI DOBI INI WAHAI SEMUA PENDUDUK SEREMBAN..Siapa Orang Seremban di sini? Kenal tak atau ada ternampak lelaki ni malam tadi sekitar jam 12-12.40 MALAM di kawasan DOBI YAMAMOTO, GARDEN HOMES, SEREMBAN 2, NEGERI SEMBILAN?
“Jika ada maklumat tentang lelaki ni sila hubungi suami saya Zul @zulfadhli_khiruddin
di no 0124078090 DENGAN KADAR SEGERA UTK MEMBANTU SIASATAN POLIS.
“MELALUI RAKAMAN CCTV DOBI YAMAMOTO ITU, LELAKI INI DIPERCAYAI TELAH MENCURI 1 BAKUL BESAR BERISI PAKAIAN KAMI SEKELUARGA DAN CADAR KATIL DGN BAKUL PINK TU SEKALI, YG SDG DICUCI SEKITAR JAM 12.25-12.40 TENGAH MALAM TADI, 19 JAN 2021 DAN KETIKA ITU SAYA DAN SUAMI SERTA ANAK2 MENINGGALKAN SEKEJAP CUCIAN UTK MEMBELI MAKANAN. DAN APABILA DTG SEMULA KE DOBI BERKENAAN, BAKUL PINK ITU TELAH LESAP BERSAMA DG SEMUA PAKAIAN YG SDG DICUCI.
“JIKA ADA MAKLUMAT TTG KEJADIAN INI ATAU JIKA ANDA ADA DI KEDIA DOBI BERKENAAN SEKITAR JAM 12.20-12.40 TENGAH MALAM TADI, MOHON HUBUNGI Kami ASAP dan jika sesiapa ada pengalaman menguruskan kes seperti ini boleh juga share di sini utk pengetahuan bersama krn ini merupakan kali pertama kejadian seumpama ini menimpa kami sekeluarga.
“Doakan agar SI PENCURI MENDAPAT PENGAJARANNYA DAN TIADA LG KEJADIAN SEPERTI INI BERLAKU PD SESIAPA PUN DI MANA2 KEDAI DOBI LEBIH2 LG DLM WAKTU PKP INI. AMIIIN.. TERIMA KASIH. #yattmengayat #fromtheheartofaMujahidah #darihatiseorangmujahidah #pencuridobi #pencuri #kecuriandikedaidobi,” tulisnya panjang lebar.
Sekadar informasi, Yatt pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Mutalib Shukor pada 29 Mac 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Suci Hanania Malaika.
Bagaimanapun, rumah tangga mereka berakhir pada tahun 2015.
Kemudian, Yatt mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Zulfadli dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Foto: Instagram Yatt Hamzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Firsta Yufi Amarta Putri dari Jawa Timur dinobatkan sebagai Puteri Indonesia 2025 dalam acara gilang-gemilang yang berlangsung semalam, 2 Mei 2025, bertempat di Pusat...