Instafamous Beby Tora Tora atau Nur Atierah Zulfatie menegaskan seorang wanita harus mempunyai simpanan dan perancangan tersendiri.
Ia penting andai si suami mula menimbulkan masalah dalam rumah tangga yang dibina.
Malah jelasnya lagi, si isteri harus bijak berdikari dan memastikan rumah dan kereta yang dimiliki diletakkan atas namanya.
“Lama betui tak selfie dngn suami kita, sibuk dia cari rezeki ..kita sbgai wanita yang dh brkahwin ,kita kena ada juga duit dn simpanan .at least kita ada backup bila suami kita buat prngai.
“yala skurangnya suami pun takut nak tnggai kita .klau tnggai pun ,dia la yang rugi sbb hilang kita yang pandai jaga dia,pandai brdikari ,pandai smua la, pastikan rumah ,kereta nama isteri tau,
”tulisnya.Dia turut berkongsi bahawa seorang isteri boleh memegang wang suami sebagai perancangan kewangan keluarga.
“Gaji suami pun wanita boleh pegang heheheh ..skurangnya kita tau duit suami habis kemana ..wanita la pengurus kewangan suami klau nak tau ..
“suami tak bnyak songeh takpa ..dia bagi kita pegang duit tu ..yala duit suami duit isteri .duit isteri ttap duit isteri hahahaha,”
selorohnya lagi.Walau bagaimanapun, kenyataan wanita yang popular dengan video ‘mukbang’ ini menerima reaksi pelbagai netizen.
Ada yang menyarankan agar dia lebih menjaga kata-kata kerana kata-kata itu ibaratnya bagai satu doa.
Foto : Instagram Beby Tora Tora