Penyanyi, Zizi Kirana mendedahkan dirinya tidak mempunyai perancangan untuk berhenti daripada dunia nyanyian meski pun kini dia telah memutuskan untuk berhijab sepenuhnya.
Menurut Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, menyanyi sudah menjadi sebahagian daripada kehidupannya dan ia juga merupakan minatnya sejak daripada kecil.
“Nak kata saya akan berhenti menyanyi itu mungkin tidak. Memang sejak dari umur 3 tahun dah mula suka menyanyi. Perasaan suka menyanyi tu memang dah melekat dan sebati dalam diri saya.
“Jadi, saya tidak akan berhenti selagi suami saya izinkan. Kita ikut sahaja keadaan itu membawa saya ke mana,” katanya kepada MH.
Ketika ditanya adakah dia mempunyai perancangan untuk mengeluarkan lagu selain daripada genre rap, isteri kepada pelakon, Yusof Bahrin ini memaklumkan lagu-lagu berentak rancak masih lagi menjadi pilihan utama para peminat.
“Sebelum ini saya pernah keluarkan lagu balada cuma penerimaannya sedikit kurang. Itu yang buatkan saya hairan. Orang lebih gemar saya menyanyi lagu bergenre rancak dan rap.
Ads
“Ditambah pula sekarang mereka juga suka mendengar saya mengalunkan selawat-selawat. Jadi, kalau perancangan untuk keluarkan lagu balada ini, mungkin bukan sekarang. InsyaAllah pada masa hadapan.
“Sepanjang bulan Ramadan nanti saya akan keluarkan beberapa alunan selawat bersama qariah terkenal, Ustazah Farhatul Faizurah,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Zizi akui teruja apabila bakal menyambut ketibaan bulan Ramadan bersama suami tercinta buat pertama kalinya.
Ads
Menurut Zizi, Yusof juga merupakan seorang suami yang tidak terlalu memilih bila melibatkan soal makanan.
“Ramadhan ini merupakan kali pertama saya akan berpuasa bersama suami. Saya pun dah tanya Yusof awal-awal. Dia ni jenis sahur makan makanan berat atau ringan je?
“Adakah kena masak beriya tapi dia cakap dia tak kesah. Dia kata dia akan makan je apa yang ada. Roti pun okay sebab dia tak makan banyak pun masa sahur.
“Fokus untuk memperbanyakkan ibadah sepanjang bulan Ramadan nanti,” ujarnya.
Ads
Terdahulu, Zizi baru sahaja melancarkan single terbarunya yang berjudul Pijak.
Pijak kini sudah tersedia di semua digital platform manakala video muziknya pula boleh ditonton di saluran YouTube Zizi sendiri.
Zizi telah mendirikan rumah tangga bersama Yusof pada tanggal 19 September tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Zizi Kirana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Intan Najuwa mengakui banyak cabaran yang perlu dilalui sepanjang mendukung watak sebagai Siratul menerusi drama terbaru lakonannya, Tak Sempurna Mencintaimu yang kini rancak bersiaran menerusi slot Akasia TV3.
Menurut Intan, dia sebolehnya untuk cuba memberikan yang terbaik menerusi watak Siratul yang dibawa, sementelah drama tersebut merupakan naskhah yang diadaptasi daripada novel yang mempunyai ramai pengikutnya.
“Karektornya sedikit berbeza dengan apa yang diceritakan mengenai novel. Siratul digambar sebagai wanita yang lemah-lembut, bagaimanapun apabila ia mahu divisualkan, saya cuba tukarkannya menjadi seorang lebih lebih tegas dan banyak cakap sikit.
“Cabaran banyak sebenarnya, terkadang Siratul rasa gembira, kemudian sedih dan meroyan. Drama ini mempunyai 28 episod, jadi untuk imbangkan watak tersebut, macam-macam yang berlaku. Misalnya ketika dia masih belum dan sesudah berkahwin,” katanya.
Pada masa sama, Intan juga tidak menafikan penggambaran drama berkenaan menjadi lebih mudah kerana timbulnya keserasian di antara dia bersama hero, Redza Rosli.
Jelasnya, mereka berdua kerap berbincang bagi menghidupkan babak bersama.
“Sejujurnya saya sangat suka bekerjasama dengan Redza kerana dia seorang pelakon yang sangat ‘memberi’. Malah setiap babak bersama kami akan berbincang terlebih dulu dan ia memudahkan.
“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan saya pun boleh ‘get along’ dan chemistry kita berdua sangat kuat di dalam drama ini. Tak dapat dinafikanlah, memang sangat senang bekerja dengannya.
“Mustaqim lakonan Redza memberi energi kepada karektor Siratul dan ia sekali gus membuatkan ia seimbang dengan baik.
“Saya berharap agar drama ini dapat diterima dengan baik, sama-sama naikkan ratingnya nanti. Ini kali pertama saya bergandingan dengan Redza di samping beberapa pelakon senior lainnya,” katanya lagi.
Lantas, rata-rata netizen sangat terhibur apabila melihat gambar tersebut. Malah, peminat merasakan gelagat penyanyi yang terkenal dengan lagu Di Matamu itu kelihatan sangat comel.
Alahai kelakar dan comel betul Sufian ni. Masih minum susu dalam botol ke Baby Pian?
Foto : Instagram Sufian Suhaimi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kehebatan yang dipamerkan oleh pasangan beregu lelaki badminton Malaysia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin RUmsani tidak boleh disangkal.
Sejak digandingkan kembali, pasangan beregu ini berjaya memahat kejayaan demi kejayaan yang signifikan lantas melonjakkan nama mereka sebagai atlet yang digeruni di gelanggang badminton.
Terbaharu dalam hantaran platform X Shuttlehard, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin telah melonjak ke ranking kedua dunia, sekali gus menyamai rekod pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sebelum ini.
🚨 Kemaskini Ranking Dunia BWF 🌏
Ranking Terbaik Kerjaya ⬆️
Beregu Lelaki
Kemaskini ranking selepas kejohanan pembuka tirai musim 2025 menyaksikan Gandingan Tangan Kuat #BadmintonMalaysia, Goh Sze Fei / Nur Izzuddin 🇲🇾 bakal mencapai kedudukan sebagai Beregu Lelaki ranking… pic.twitter.com/I1mfvtfgG0
“Kemaskini ranking selepas kejohanan pembuka tirai musim 2025 menyaksikan gandingan tangan kuat Badminton malaysia, Goh Sze Fei dan Nur Izzudin bakal mencapai kedudukan sebagai beregu lelaki ranking ke dua dalam ranking dunia BWF.
“Perkembangan ini disahkan susulan kegagalan pasangan dari China, Liang Wei Keng dan Wang Chang yang gagal mempertahankan gelaran Juara Terbuka Malaysia,” tulis kenyataan di akaun tersebut.
Tahun 2024 menjadi tahun kebangkitan pasangan beregu ini apabila berjaya merangkul tiga gelaran dunia iaitu Terbuka Jepun, Terbuka China bertaraf super 1000 dan Terbuka Finland.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Tony Eusoff berkongsi pengalaman dirinya pernah ditegur seorang individu yang menyangka dia tidak berpuasa hanya kerana dilihat makan di siang hari.