Teka-teki hubungan percintaan pelakon Intan Ladyana dan Harris Alif akhirnya terjawab apabila pasangan seleberti ini memaklumkan mereka bakal disatukan 6 Februari depan.

Khabar gembira itu dikongsi mereka khas bersama peminat menerusi satu sidang media yang disiarkan di saluran YouTube milik Harris secara langsung.

Mengharapkan agar hari bahagianya akan berjalan dengan lancar, Harris turut menjelaskan mereka sepatutnya mendirikan rumah tangga pada Mac.

Selain Dapat Tajaan Barangan Kemas Bernilai RM13.5 Juta, Persiapan Majlis Nikah Harris Alif-Intan Ladyana Sudah 95 Peratus Siap

“Jadi hari ini tujuannya kenapa kita adakan sidang media pada hari ini, kami berdua akan berkahwin pada 6 Februari 2021. Jadi harapnya semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

“Kenapa pilih tarikh perkahwinan 6 Februari sebab tarikh yang lain dah ada yang tempah dan sebagainya. Sepatutnya tarikh yang kami cadangkan adalah pada 6 Mac,” katanya.

Ads

Sementara itu, Harris turut mendedahkan mereka sudah saling melakukan persiapan majlis perkahwinan lebih awal dan bersyukur kerana ia dipermudahkan meski terpaksa berdepan dengan pandemik.

“Dari segi persiapan, boleh dikatakan ia sudah hampir 95 peratus selesai dan kami berdua sebenarnya lakukan persiapan awal iaitu selepas merisik.

“Saya dan keluarga hantar rombongan merisik selepas sebulan ulang tahun kelahiran Intan pada bulan Jun. Jadi selepas merisik, kami berdua menyiapkan beberapa persiapan perkahwinan,” katanya jujur.

Ads

Mengenakan persalinan sedondon merah jambu cair, Intan memberitahu dirinya turut menerima tajaan barang kemas bersempena dengan majlis nikah dan resepsi yang bakal berlangsung.

“Syukur Alhamdulillah kami menerima tajaan barang kemas daripada CERES yang berjumlah kira-kira RM13.5 juta. Ia merangkumi pelengkap gaya untuk akad nikah dan malam resepsi nanti, insya-Allah.

“Selain tajaan tersebut, ada juga beberapa tajaan lainnya seperti busana perkahwinan dan deko majlis itu nanti,” jawab Intan sambil mengucapkan terima kasih buat pihak yang sudi memberikan tajaan.

Ads

Selain Dapat Tajaan Barangan Kemas Bernilai RM13.5 Juta, Persiapan Majlis Nikah Harris Alif-Intan Ladyana Sudah 95 Peratus Siap

Pasangan ini akan melangsungkan empat majlis iaitu majlis berinai, nikah, resepsi dan juga bertandang.

Terdahulu hubungan, pasangan yang mempunyai jarak usia 17 tahun ini mulai dapat dihidu ramai sejak Mac tahun lalu.

Ikuti temu bual penuh mereka di sini;

https://www.youtube.com/watch?v=UZTfDNOlEiU

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI