Kehangatan bola sepak antara pasukan Harimau Malaya dan Vietnam dengan keputusan seri dua sama merupakan perlawanan sengit berlangsung malam tadi di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Selain para selebriti yang hadir, ada juga Instafamous yang turut sama memberi sokongan dan sorakan buat pasukan Harimau Malaya.
Malah, kehadiran mereka turut mendapat perhatian ramai dan mendapat likes tinggi saat muat naik foto di stadium menerusi media sosial.
Antara Instafamous yang telah berkongsi suasana happening di stadium semalam adalah;
Dalam dunia ini setiap daripada kita dikatakan mempunyai tujuh orang memiliki wajah yang mirip dan hampir sama.
Mungkin pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu sudah menemui salah seorang kembarnya yang dipercayai seorang pegawai tentera, yang mana mempunyai wajah saling tak tumpah seperti bapa kepada empat cahaya mata itu.
Malah, Shuib atau nama sebenar, Shahmira Mohamad, 38, turut meminta mana-mana followers di Instagram miliknya yang mengenali jejaka tersebut agar memautkan (tag) posting Shuib kepada si empunya badan.
“Yeeeee macam sama, tapi bukan, salah salahhhhh.
“Ada yang kenal ke abang ni, tolong tag dia please… teringin nak jumpa,” tulis Shuib di ruangan kapsyen.
Shuib turut meletakkan tanda pagar ‘#macam sama tapi bukan’ dan #tabik hormat.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis terhibur dengan perkongsian Shuib malah sempat mengusik penyampai radio Suria FM itu.
“Tuan! Awak diam-diam join Malbatt ek,” komen pelakon Hairul Azreen.
“Akhirnya kantoi juga Shuib… Aku dah kata jangan ambil gambar waktu kau dalam uniform. Kan orang dah dapat cam,” coret penyampai radio Suria FM, Ajak.
“Samaaaaa samaaa,” titip Fara Fauzana.
“Boleh buat cerita kembar atau adik-beradik ke,” komen pelakon Yasmin Hani.
Sementara itu, netizen yang dikenali sebagai Faizshaffee pula berkata, lelaki yang dicari Shuib itu merupakan sepupunya yang dikenali sebagai Khairul Anuar yang merupakan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
“Ni sepupu saya, done claim,” tulisnya.
“Ni Tuan Khairul Anuar TLDM, pegawai cawangan latih Malbatt 9,” komen netizen @mr.herylee.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Shuib
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersempena sambutan Maal Hijrah 1446H esok ( 7 Julai), sebuah acara perhimpunan istimewa dipanggil Malam Ehsan Untuk Insan dianjurkan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Dataran Karnival, perkarangan Stadium Shah Alam.
Menerusi keterangan pihak penganjur, acarabertemakan Gaza Bangkit yang turut mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Selangor itu dijangka bakal dibanjiri lebih 60,000 umat Islam bermula dari jam 6 petang hingga ke tengah malam.
Menyemarakkan lagi kecintaan kepada Baginda Rasulullah SAW termasuk kemelut yang masih berterusan di Gaza, Palestin, pelbagai aturcara pengisian kerohanian dirancang termasuk ceramah pendakwah nusantara, Abdul Somad Batubara.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, Sani Araby Al – Kahery, acara dengan kemasukan percuma itu disifatkan sebagai wadah untuk mengenang peristiwa penting dalam kalendar Islam.
“Tentunya juga acara ini sebagai tanda solidariti berterusan kita buat masyarakat di Palestin.
“Tuntas acara juga sebagai kesatuanhati dan juga kebersamaan Ummah dalam mendepani pelbagai mehnah yakni ujian dan cabaran Allah untuk manusia.
“Ehsan dizaman ini sangat diperlukan oleh setiap Insan. Kasih sayang yang diajarkan Baginda Rasulullah SAW terbaik dijadikan panduan sepanjang zaman untuk kita hidup santun dan diredhai,” kata Sani Araby.
Tambah Sani Araby lagi, orang ramai yang bakal hadir digalakkan memakai pakain bertemakan #GazaBangkit.
“Kemasukan percuma. Jika boleh bawalah tikar dan payung untuk keselesaan selain sempurnakan solat sebelum majlis.
“Justeru ini juga adalahpanggilan khas untuk semua pencinta keamanan dan Palestina untuk hadir beramai-ramai bagi menzahirkan sokongan dan bulatkan tekad perjuangan kita dari kejauhan.
“Marilah kita bersama berhimpun memeriahkan acara sambutan Maal Hijrah ini dengan pengisian ‘Recharge Hati, sekali gus mendengar tausiyah bermakna sebagai tanda solidariti bersama untuk saudara kita di sana,” katanya.
Sani Araby berkata lagi program ini juga akan disemarakkan dengan pelbagai aktiviti termasukberselawat bersama kumpulan qasidah terkenal, Angham Anisah dan bacaan doa akhir tahun 1445 Hijrah dan doa awal tahun 1446 Hijrah.
Program ini juga diharapdapat memupuk rasa kesatuan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.
Untuk rekod,kerajaan memilih Al-Falah Pemacu Malaysia Madani sebagai tema sambutan Maal Hijrah kali ini.
Tema ini adalah manifestasi dari intipati ajaran Rasulullah SAW dan ia merupakan satu tema yang sangat signifikan bagi memacu umat di negara ini ke arah kejayaan yang hakiki dunia dan akhirat.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hos Gegar Vaganza 9, Nabil Ahmad tampil membuat kejutan istimewa bersempena dambutan ulang tahun perkahwinan ke-11 bersama isteri, Nazirah Ayup secara langsung di pentas rancangan realiti popular itu.
Terlihat sebak terharu, Nabil menjemput isterinya yang mesra disapa Zira, naik ke pentasmenuju ke kek tiga tingkat yang tersedia.
“Hari ini memang hari yang istimewa buat saya, saya ingin menjemput isteri naik ke atas bagi menyambut anniversary perkawinan kami.
“Kerana terlalu sibuk jadi kita sambut di atas pentas,” katanya sambil diiringi iringan muzik petikan Leman Band yang memainkan lagu Dealova.
Nabil pada masa sama turut mengucapkan penghargaan buat isterinya itu dan berterima kasih kerana membesarkan anak-anak mereka.
Pelawak dan pelakon itu turut berdoa supaya dia hanya memandang isterinya dan tidak melihat wanita lain.
“I sayang You sehingga Allah memisahkan kita,” kata Nabil.
Nazirah menguntum senyum manis dan bergenang air mata terharu dengan kejutan itu.
Imbas kembali, Nabil, 39, bernikah dengan Nazirah, 34, pada 30 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Naira Mikayla, 10, Layla Medyna, 7 dan Mishall Imani, 3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!